Wednesday, February 09, 2011

STRATEGY #2 - Post #84

TIPsNIAGA.COM Posting #84

STRATEGY #2
Melakar Strategy Atasi MASAALAH


Dalam Perniagaan, seorang Bos atau CEO syarikat harus memulakan lakaran Strategi untuk melakukan sesuatu atau mengatasi sesuatu masaalah, mereka pula memerlukan sesuatu sebab untuk berbuat demikian.
Dalam keadaan yang biasa, Bos / CEO akan mula bertindak berdasarkan Laporan Mingguan atau Bulanan dari bahagian Kewangan berkenaan kemajuan penjualan syarikat.


Melalui laporan sebegini, setiap Bos / CEO harus meneliti setiap laporan samaada ianya berjalan seperti dirancang atau sebaliknya. Jika didapati hasil penjualan tidak berada ditahap yang di sasarkan maka sesuatu pembetulan harus dilakukan segera supaya masaalah tersebut tidak berlarutan.


TINDAKKAN SEGERA
Jika laporan tersebut buruk prestasi nya, maka sebagai Bos / CEO anda perlu melakukan analisa terhadap apa yang berlaku:

  • Buat mesyuarat tergempar dengan semua Pengurus Jabatan
  • Tanya mereka mengenai laporan tersebut samaada mereka tahu hasil jualan jatuh pada bulan yang lalu
  • Tanya apa pendapat mereka mengapa perkara itu berlaku, minta sebab
  • Tanya pendapat mereka, apa cara untuk mengatasinya

Melalui sesi ini anda akan mendapat maklum balas mengenai masaalah yang berlaku dan setiap Pengurus Jabatan akan memberi jawapan melalui pendapat mereka.


Tetapi pada masa itu sebagai Bos / Ceo anda tidak harus setuju atau tidak setuju dengan semua pendapat yang di sarankan TETAPI anda dalam masa yang sama harus analisa di mana masaalah itu berpunca. 
Tugas anda ialah mencari Punca atau Root of Cause.


Setalah anda dapat mengenal pasti punca nya dan dari mana ia nya bermula, anda harus bertindak segera untuk melakukan pemulihan dan kembalikan hasil jualan kepada sasaran yang di tetapkan sebelumnya. Ini anda dapat lakukan dengan meneliti jawapan serta pendapat yang diberikan oleh semua Pengurus Jabatan yang terlibat.


PERINGATAN
Pada masa ini juga, anda tidak harus memihak kepada sesiapa walaupun Pengurus A memberikan saranan yang paling baik dari yang lain, tetapi anda tidak perlu memuji atau menyokong beliau di kalangan Pengurus yang lain, ini bagi mengelakkan salah faham dan rasa terpencil di kalangan pengurus.
Jika anda ingin berikan pujian, lakukanlah secara bersemuka dengan pengurus tersebut di bilik anda sendiri, selain ia meningkatkan motivasi diri si Pengurus yang terlibat, anda juga tidak menjatuhkan semangat bekerja di kalangan Pengurus yang lain....Ini juga SATU STRATEGY


KEMBALI PADA ASAS
Dalam keadaan seperti ini, anda harus kembali berfikir dengan menggunakan Kaedah SWOT atau:-
S.....Strength          =  Kekuatan
W...Weaknesses   =  Kelemahan
O....Opportunities  =  Peluang
T.....Threats           =   Ancaman


Kekuatan
Fikirkan kembali segala Kekuatan dan Kepakaran yang ada dalam Syarikat anda
Gunakan segala kekuatan yang ada untuk mengatasi masaalah
Kelemahan
Cari di mana Kelemahan tersebut wujud
Atur strategi untuk menghapuskannya
Peluang
Cari di mana Peluang untuk mengatasi keadaan
Atur strategi untuk kembali pada landasan jika ia telah tersasar
Ancaman
Cari dari mana Ancaman itu terbit dan bagaimana ia boleh wujud
Atur Strategi untuk mengelakkan segala macam Ancaman dari berulang


Dengan Kaedah SWOT, anda akan dapat mengenal pasti sesuatu masaalah dan mencari jalan keluar dengan lebih mudah kerana itu lah ASAS untuk melakar apa juga STRATEGY.


KELEMAHAN
Sesuatu Strategy yang baharu akan GAGAL atau tidak memberikan sebarang KESAN jika anda tidak melakukan sebarang Pemantauan atau Monitoring dalam pelaksanaannya.
Anda perlu meletakkan 1 atau 2 Pengurus bagi tujuan tersebut dan anda menjadi Penggerak Utamanya, minta laporan kemajuan daripada yang bertugas.


Bos / CEO yang mengambil sikap sambil lewa atau malas untuk ambil tahu, akan mengakibatkan perjalanan urus-niaga syarikat tidak tentu hala, begitu juga dengan setiap pengurus yang di lantik untuk menerajui sesuatu Jabatan atau Bahagian.


UNTUK KESELURUHAN
Guna pakai Kaedah yang berikut untuk melakukan sesuatu lakaran mengenai Strategy


Mission & Objective              Atau  Misi & Tujuan
Environmental Scanning    Atau   Imbasan Sekeliling
Strategy Formulation           Atau   Pengolahan Strategi
Strategy Implementation     Atau   Pelaksanaan Strategi
Evaluation & Control            Atau   Penilaian dan Kawalan


Dimana setiap lakaran untuk mengatur sesuatu Strategi harus bersandarkan kepada perkara yang di sebut di atas. Dari situ anda akan mendapat ilham untuk bagaimana cara bagi mengatasi sesuatu masaalah yang timbul dan bagaimana untuk mengendalikan sesuatu sesi mesyuarat tergempar dengan para pengurus anda, apakah soalan yang penting yang perlu anda kemukakan kepada mereka. Jika anda bergerak atau berniaga sendirian, tanyakan soalan tersebut terhadap diri anda sendiri, pasti anda akan dapat mencari jawapan yang munasabah.


editor

No comments:

Post a Comment