Monday, February 07, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #4 - Post #76

TIPsNIAGA.COM Posting #76

PEMBANGUNAN PRODUK #4
R&D Juga Perlu Dalam Dewan & Persatuan Perniagaan....


Sebelum saya membawa anda untuk mengetahui R&D terhadap Produk atau Barangan, saya lebih suka untuk membawa Minda anda kepada R&D dalam peringkat Pentadbiran & Pengurusan samaada yang berbentuk Persendirian, Persyarikatan dan kini kepada Dewan-Dewan serta Persatuan-Persatuan Perniagaan.


Dimana R&D ini sangat perlu serta penting untuk menilai dan mengetahui PRESTASI sebagai sebuah Organisasi yang MENGUMPUL dan MEMBANTU Ahli-Ahli yang datangnya dari Masyarakat PENIAGA.



Dimana-mana Negara di Dunia ini akan wujud Dewan-Dewan Perniagaan mengikut sesuatu KAUM atau BANGSA serta Persatuan-Persatuan Perniagaan yang berselerak tumbuh disana sini. Dan kita juga sering mendengar banyak keluhan-keluhan daripada Anggota-Anggota mereka berkenaan ketidak-cekapan pihak Dewan Atau Persatuan menangani segala masaalah Anggota mereka....Soalannya disini - MENGAPA?


SOALAN UMUM

  • ADAKAH setiap Anggota Majlis bagi sesuatu Dewan Atau Persatuan Perniagaan itu tidak berkaliber?, 
  • atau tidak ada pengalaman?, 
  • atau tidak berusaha keras?, 
  • atau tidak mementingkan masaalah Anggota?, 
  • atau..atau yang sebagainya perkara ATAU....

TUJUAN
TUJUAN saya BUKAN untuk menjelaskan Siapa SALAH dan Siapa BETUL, TETAPI saya ingin menyeru SEMUA YANG TERLIBAT agar dapat menganalisa dan memahami apakah kaitan R&D yang saya siarkan didalam setiap Pertubuhan yang mereka wakili, tidak kiralah samaada ia dibentuk oleh pihak Swasta mahupun oleh Agensi-Agensi Kerajaan. Kerana R&D cukup RELEVAN untuk semua HAL-HAL yang memerlukan KAJI SELIDIK untuk mencari suatu Formula PEMBETULAN.


DEWAN & PERSATUAN PERNIAGAAN
Tujuan UTAMA ditubuhkan untuk menjaga, membantu, menyelaras, menyokong dan apa juga keperluan perniagaan Anggota mereka didalam perniagaan. 
BUKAN setakat membantu mereka mendapatkan Lesen-Lesen, Permit-Permit, Pinjaman-Pinjaman, Premis-Premis atau Perhubungan Perniagaan dengan Peniaga-Peniaga dalam dan luar Negeri atau Negara sahaja.


TETAPI mereka harus MEMBANTU para Anggota untuk memperkemas segala urusan Pentadbiran & Pengurusan Syarikat terhadap:
  • Pembangunan Perniagaan untuk jangkamasa pendek dan panjang
  • Pembangunan Produk / Barangan dan Perkhidmatan sejajar dengan keperluan ISO

Dimana bantuan-bantuan sebegini TIDAK begitu di PENTINGKAN dengan ALASAN Tidak Mahu Mangajar Itik Berenang!. Ini suatu tanggapan yang tidak relevan lagi pada zaman ini KERANA pada hari ini Dunia Perniagaan telah dilanda oleh pelbagai KEMAJUAN dari segi Teknologi & Inovasi disetiap sudut bahagian persyarikatan.


Apa yang anda TAHU bulan lepas, tidak akan sama dengan apa yang berlaku pada hari ini mahupun hari esok, ini menunjukkan bahawa perubahan itu sentiasa berlaku dan tidak ada orang yang boleh mengatakan mereka TAHU SEMUANYA!
Oleh kerana itu, pihak-pihak seperti Dewan-Dewan & Persatuan-Persatuan Perniagaan HARUS mengambil langkah positf untuk menumpukan kepada PERKARA ini secara SERIUS, ini adalah kerana kemajuan dan kemunduran perniagaan Anggota-Anggota dibawah Pentadbiran anda yang berada di Pusat pemerintahan secara kolektif.


TINDAKKAN
JADI, Apa yang perlu Dewan & Persatuan lakukan?
Pertama, Lakukan R&D terhadap semua kegiatan perniagaan Anggota dengan menjuruskan kaji-Selidik terhadap:-
A...
  • Jenis-Jenis Perniagaan mereka
  • Saiz-saiz perniagaan
  • Saiz tanggungan kewangan
  • Saiz keupayaan pendapatan
  • Keupayaan / Kepakaran Pemilik / Pengarah Syarikat
B...
  • Cari dan Senaraikan segala PERMASAALAHAN yang mereka hadapi
  • Tentukan jenis-jenis BANTUAN yang mereka harus ikuti
C...
  • Kaji & Selidik KEUPAYAAN pihak Dewan & Persatuan untuk menangani permasaalahan tersebut dan tubuhkan Bahagian-Bahagian yang di PERLUKAN sebagai Unit-Unit KHAS menangani masaalah menurut KATEGORI.
  • Jika perlu, ambil Pakar-Pakar Profesional dalam bidang-bidang yang diperlukan untuk membantu, tetapi ianya tidak boleh dilakukan dengan kaedah "Tangkap Muat" sahaja. Dimana setiap Pakar yang dilantik itu harus benar-benar BERKELAYAKAN dan memang mahir dalam bidang-bidang mereka.
  • Arahkan dan Minta Pakar-Pakar ini untuk menyediakan INTISARI DIALOG / KURSUS / SEMINAR / KELAS secara EXCLUSIVE dan BERDASARKAN DAPATAN dari R&D pihak anda, JANGAN BIARKAN PAKAR-PAKAR ini membuat menurut apa yang mereka sukai. Ia harus dibuat secara KHUSUS tepat pada SASARAN MASAALAH.
  • Bukan dengan kaedah Mentor - Mentee, kerana kaedah ini KURANG memberikan Impak yang besar kepada PERUBAHAN disebabkan oleh Conflict Of Interest.
D...

  • Melalui R&D yang dilakukan akan dapat diketahui Kategori-Kategori Produk / Barangan dan Perkhidmatan yang dilakukan oleh pihak Anggota, dan daripada dapatan itu pihak Dewan & Persatuan sudah tentu akan dapat mengetahui berapa besarkah saiz setiap jenis Produk / Barangan yang diperniagaan oleh Anggota Dewan & Persatuan. 
  • Cari kelemahan dari segala sistem-sistem pembelian mereka dan Cari kaedah yang bersepadu untuk bagaimana untuk mempermudahkan mereka dalam setiap Urusniaga tersebut dan mendapat pulangan yang baik dari yang sebelumnya.

CONTOH
Amalan-Amalan baik yang diamalkan oleh pihak Dewan-Dewan dan Persatuan-Persatuan Perniagaan di merata Dunia, kebanyakan daripada mereka akan menubuhkan sebuah atau beberapa buah SYARIKAT BAHARU dimana setiap Anggota Dewan atau Persatuan mereka menjadi PEMEGANG SAHAM.


Melalui Syarikat-Syarikat ini, mereka akan TUGASKAN untuk menjadi PEMBEKAL-PEMBEKAL UTAMA Produk / Barangan yang dibeli secara BORONG dari dalam dan luar Negara dan diAGIHKAN kepada Anggota yang berkenaan dengan Harga yang lebih rendah daripada kebiasaan.
Syarikat ini bukan bertujuan untuk mencari UNTUNG tetapi ditubuhkan sebagai MEKANISMA MEMBANTU.


Contohnya di Negara Malaysia, Syarikat-Syarikat Besar seperti TESCO, GIANT, CAREFOUR, KFC, McDONALD dan banyak lagi mengamalkan PEMBELIAN secara SEPADU, kemudian mereka agihkan kepada Cawangan-Cawangan mereka sendiri. 
Selain dapat mengurangkan Harga Pembelian, mereka juga dapat mengawal Harga Jualan Bahan-bahan di pasaran serta Anggota mereka tidak perlu bersusah payah untuk mencari dan membeli daripada pelbagai sumber bekalan.


Contoh Pembelian ini harus dilakukan oleh pihak-pihak Dewan-Dewan & Persatuan-Persatuan Perniagaan kerana ia bukan sahaja akan menjadi cekap tetapi perniagaan setiap Anggota akan menjadi MANTAP. 


Kesukarannya HANYA SATU....Untuk mendapatkan Persetujuan SEBULAT SUARA daripada semua Anggota. Tetapi jika Peneraju Dewan & Persatuan BIJAK & CEKAP menjalankan tugas, perkara ini tidak akan mendatangkan masaalah besar kerana TUJUAN UTAMA Dewan & Persatuan ialah untuk MEMBANTU ANGGOTA. Kesedaran ini harus ditanam kepada semua pihak.


RUMUSAN
Pada zaman ini kita jangan lagi membuang masa dengan bertelagah sesama sendiri mengenai Siapa harus itu, Siapa harus ini, TUMPUKAN SEGALA PERHATIAN terhadap Pembangunan Produk dan Perniagaan secara KOLEKTIF dan POSITIF.


Kita harus tinggalkan "Perangai-Perangai" lama yang tidak menguntungkan sesiapa, tidak salah untuk menubuhkan pelbagai Dewan & Persatuan Perniagaan, ASALKAN pergerakkannya BENAR-BENAR PROFESIONAL sebagai PROFESIONAL dalam Perniagaan.


Sebagai PENIAGA kita tidak harus MALU untuk belajar daripada Dewan-Dewan & Persatuan-Persatuan yang telah BERJAYA membawa Anggota mereka kearah KEJAYAAN didalam bidang masing-masing.
KERANA...BELAJAR itu bukan bermakna kita ini BODOH!......



editor


Juga RUJUK Post #94 ini : 
http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/02/industri-perniagaan-2-post-94.html

3 comments:

  1. Thanks a lot Dr Soul. Very imformative & insightful.

    I will refer to this advice & it will help me shaping the direction of dewan & persatuan that i joined.

    Thanks a lot again!
    :-)
    Rahman - u now me!

    ReplyDelete
  2. Your always welcome!
    I wish all the best to your Dewan & Persatuan

    Best Regards
    Dr Soul

    ReplyDelete
  3. http://www.youtube.com/watch?v=ZamMOKTd1Bw
    tolong kami,bantu kami..?

    ReplyDelete