Friday, February 18, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #1 - Post #114

TIPsNIAGA.COM Posting #113


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #1
Apa Itu Psikologi Perniagaan?


Bidang PSIKOLOGI bukan hanya terdapat di Hospital atau di Pusat rawatan pesakit mental sahaja, tetapi Bidang Psikologi ini wujud di semua sekmen kehidupan manusia, binatang, unggas dan apa juga makhluk yang bernyawa, jadi Bidang Psikologi ini cukup luas pemakaiannya dan tidak tertumpu kepada sesuatu hal sahaja.


DEFINASI PSIKOLOGI PERNIAGAAN
Psikologi Perniagaan merujuk kepada SEGALA TINDAKKAN (movements or events)& GERAK LAKU  (gestures) yang di pamerkan melalui :-



  • Strategi Perniagaan
  • Strategi Pemasaran & Penjualan
  • Strategi Pengiklanan
  • Strategi Penjenamaan
  • Kempen & Promosi
  • Tawaran Naik & Turun Harga
  • Maklumat & Spesifikasi
  • Reka Bentuk dan Keupayaan Pengilangan Produk
  • Keupayaan Perkhidmatan
  • Index Kemajuan & Kemunduran
  • Index Pengguna
  • Index Bursa Saham & Kewangan
  • Index Hartanah / Komoditi / Pengeluaran
  • Index Populasi / Politik Sesuatu Negara
  • Perjanjian & Peperangan
  • Ucapan-Ucapan Politik Pemimpin Kuasa Besar Dunia
  • Dan pelbagai lagi perkara yang berkaitan.....

Oleh yang demikian, setiap Tindakkan dan Gerak-Laku itu akan MEMBAWA sesuatu MAKSUD yang HARUS DI FAHAMI oleh semua Usahawan, Peniaga, Pegawai dan Pekerja-Pekerja di dalam Dunia Perniagaan.
Dan setiap MAKSUD yang DI FAHAMI dan di sampaikan melalui sesuatu Tindakkan dan Gerak-Laku itu pula HARUS di lakukan PENILAIAN SEGERA bagi tujuan melakar STRATEGI TINDAK BALAS samaada yang bercorak MENERIMA atau MENOLAK daripada menjejas atau untuk memangkin perniagaan yang sedang di jalankan, juga di sebut sebagai CARA MEMBACA.




DI SEKTOR KEWANGAN
Di Institusi Kewangan samaada yang bercorak Perbankkan, Pelaburan, Insuran, Hartanah dan Komoditi, Orang-Orang yang bertanggungjawap untuk memerhati dan mengikuti semua perkembangan semasa perniagaan di namakan sebagai ANALYST, samaada di sebut Business Analyst, Shares Analyst, Property Analyst, Financial Analyst atau Commodities Analyst...
Mereka bertugas untuk mencari dan memahami apakah maksud-maksud dari semua tindakkan dan gerak-laku di dalam bidang masing-masing. 


DI SEKTOR KERAJAAN
Analyst yang di libatkan dengan segala urusan niaga Kerajaan di kenali sebagai ECONOMIC EXPERT atau Pakar Ekonomi dari pelbagai Institusi atau Sektor Perniagaan termasuk khidmat para Akademik dari pihak University di Jabatan Ekonomi.


Golongan ini lah yang akan melakukan semua KAJI-SELIDIK mengenai sesuatu perkembangan semasa dan MENASIHATI pihak Kerajaan dengan pelbagai LAPORAN untuk di guna-pakai oleh pihak Kerajaan di dalam membuat sebarang KEPUTUSAN.


KESELURUHAN NYA
Pada Keseluruhan nya, semua yang bertugas samaada sebagai Businesses Analyst atau Economics Experts, menggunakan platform BUSINESS PSIKOLOGI untuk memahami apa yang tersirat dan apa yang tersurat.
Yang berlainan hanya Sektor dan Jenis Perniagaan yang terlibat, dimana cara untuk menghasilkan sesuatu JAWAPAN kepada sesuatu PERGERAKAN di dalam Dunia Perniagaan ADALAH SAMA!.




APA KAITAN DENGAN PENIAGA BIASA
Psikologi Perniagaan BUKAN HANYA sesuai untuk di guna-pakai oleh Sektor dan Jenis Perniagaan yang bercorak BESAR dan bertaraf GLOBAL sahaja, tetapi ia sangat dan maseh di perlukan di dalam Sektor Perniagaan yang lebih kecil, mahupun yang bercorak PENIAGA TEMPATAN.


Kerana Bidang Psikologi Perniagaan itu sangat UNIVERSAL serta boleh di aplikasikan di dalam semua corak perniagaan pada masa ini.


KEBAIKAN NYA
Jika Pengusaha dan Peniaga kecil dan Sederhana dapat MENGUASAI Cara-Cara untuk MEMAHAMI sesuatu TINDAKKAN dan GERAK-LAKU di dalam sekmen masing-masing, ia akan dapat MEMBANTU mereka dari segi Pengurusan dan Pentadbiran Perniagaan dengan lebih CEKAP dan BERKESAN.
Dimana perkara-perkara yang boleh mendatangkan sesuatu KERUGIAN akan dapat di kesan lebih awal dan juga akan dapat mempersiapkan perniagaan anda dengan langkah berjaga-jaga daripada di landa masaalah yang lebih besar.




CARA UNTUK MEMAHAMI / MEMBACA
Cara-Cara untuk MEMAHAMI / MEMBACA sesuatu TINDAKKAN dan GERAK-LAKU yang di pamerkan oleh golongan tertentu di dalam Dunia Perniagaan AKAN di jelaskan melalui Posting-Posting selanjutnya, di mana Post #114 ini hanya sebagai PEMBUKAAN kepada TOPIK PSIKOLOGI PERNIAGAAN.


TUJUAN
PENERANGAN mengenai Psikologi Perniagaan ini di jadikan sebagai salah satu dari Topik Utama sebagai LANGKAH membantu para Usahawan dan Peniaga memahaminya dengan jelas, walaupun mereka tidak berpeluang untuk belajar secara khusus bidang Psikologi Perniagaan ini.


Di harap dengan penjelasan demi penjelasan mengenai TOPIK ini akan benar-benar membantu Golongan Usahawan dan Peniaga walau di mana mereka beroperasi.


Selamat maju Jaya.....


editor

No comments:

Post a Comment