Tuesday, February 22, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #13 - Post #126

TIPsNIAGA.COM Posting #126


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #13
WUJUD PERASAAN TAKUT, GUSAR DAN TIDAK YAKIN
Apakah PERTANDA tersebut kepada Anda....


Ramai Golongan Peniaga yang akan merasai perasaan seperti TAKUT, GUSAR dan merasa TIDAK YAKIN kepada apa yang mereka lakukan terhadap perniagaan mereka.
Ada yang sampai tidak boleh tidur dengan lena atau terpaksa mengabaikan tanggungjawap mereka yang lain, semata-mata ingin terus berfikir dan mencari jawapan kepada apa yang merisaukan fikiran mereka.


PERSOALAN NYA
Mengapa Perasaan sedemikian itu WUJUD?


PERTAMA
Segala Perasaan itu WUJUD di sebabkan apa yang anda fikirkan itu samaada atau ianya :-
  • Adalah di luar pengetahuan anda
  • Anda tidak pernah mempelajari nya di mana-mana
  • Anda tidak pernah mengalami nya sepanjang hayat
KEDUA
  • Anda sedar anda sedang melakukan suatu kesalahan yang melanggar Undang-Undang
  • Anda sedar anda akan mengalami kerugian kerana tersalah perancangan
  • Anda sedar anda tidak mampu untuk menyelesaikan masaalah yang timbul
LAZIM NYA
  • Secara lazim nya bukan semua USAHAWAN dan PENIAGA yang serba tahu mengenai apa juga perkara di dalam Dunia Perniagaan. Kerana di dalam Dunia Perniagaan ini wujud dan memiliki pelbagai macam Ilmu Pengetahuan nya yang berbagai Bidang dan Cabang.
  • Jadi, adalah sangat mustahil bagi seseorang itu untuk mengetahui semua nya tanpa sebab yang munasabah, terkecuali jika mereka mempelajari kesemua bidang dan cabang Ilmu Perniagaan dengan tujuan ingin menjadi GURU atau Tenaga Pengajar atau sebagai Business Psychologist.
  • Dimana pada kebanyakan orang biasa, mereka hanya akan mempelajari sesuatu Ilmu itu menurut apa yang perlu mereka ketahui sahaja.
KESAN PSIKOLOGI
  • Kesan psikologi terhadap permasaalahan seperti Perasaan Takut, Gusar dan Perasaan Tidak Yakin itu menunjukkan dengan jelas bahawa, apa yang anda alami itu adalah sesuatu yang anda tidak miliki ILMU nya untuk bagaimana cara mengatasi masaalah tersebut.
  • Kerana anda kekurangan Data dan Fakta yang cukup untuk melakukan semakan dan penilaian terhadap permasalahan yang anda hadapi, tetapi Pangkalan Maklumat dan Data di dalam Pemikiran anda tidak menyimpan maklumat dan data seperti yang di kehendaki, lalu ia akan menerbitkan perasaan seperti Takut, Gusar dan Tidak Yakin.
  • Ini adalah kerana Pangkalan Maklumat dan Data yang wujud di dalam OTAK Manusia itu hanya akan mengumpul dan menyimpan segala Maklumat dan Data melalui PROSES Belajar dan Pengalaman yang pernah anda PELAJARI dan pernah anda ALAMI sebelum ini.
  • Jika perkara tersebut tidak pernah berlaku maka Pangkalan Maklumat dan Data di dalam Otak anda tidak akan mencatatkan apa-apa Data dan Fakta.
KEPERLUAN
  • Kerana itu di dalam banyak Posting, saya sering mengingatkan bahawa jika seseorang itu ingin membuka sesuatu jenis PERNIAGAAN, sebaik nya mereka PERNAH Bekerja atau pernah BELAJAR jenis Perniagaan tersebut SEBELUM mengambil langkah untuk membuka nya sendiri.
  • Ini adalah LANGKAH untuk mengelakkan daripada mengalami permasalahan yang akan sentiasa wujud di dalam urusan perniagaan yang anda jalankan.
  • Jika anda pernah melakukan dan memiliki pengalaman menjalankan perniagaan itu sebelum ini, berkemungkinan besar masaalah yang melanda anda akan dapat anda atasi dengan mudah tanpa perlu merasa Takut, Gusar atau Tidak yakin. 
  • Kerana anda sudah memiliki PENGALAMAN nya dan Pangkalan Maklumat dan Data di dalam Otak anda itu telah menyimpan segala Data-Data dan Fakta-Fakta semasa Proses anda mempelajari dan berada di dalam bidang yang sama sebelum ini.
KEYAKINAN
  • Kerana itu, kebanyakan PENIAGA yang BERPENGALAMAN amat jarang sekali mereka merasa TERTEKAN dengan MASAALAH yang wujud di dalam Perniagaan mereka, ini menunjukkan bahawa Pangkalan Maklumat dan Data yang mereka miliki penuh dengan segala Data dan Fakta mengenai apa yang mereka sedang lakukan melalui Proses mereka menjalankan perniagaan tersebut dari masa kesemasa.
  • Ini juga menunjukkan bahawa untuk menjadi seorang PENIAGA yang BERJAYA dan dapat BERTAHAN LAMA di dalam Bidang Perniagaan yang SAMA, anda perlu banyak bersabar serta mempelajari nya dari masa ke semasa tanpa perasaan jemu. hanya dengan cara tersebut sahaja anda akan dapat mengumpulkan segala Maklumat dan Data mengenai sesuatu jenis Perniagaan.
  • Dimana di dalam setiap jenis Perniagaan itu pula akan wujud jumlah MAKSIMA permasaalahan nya, jika anda telah menempuh atau telah merasai kesemua PUTARAN MASAALAH nya, maka di lain waktu jika masaalah tertentu itu wujud kembali, sudah pasti anda akan dapat menyelesaikan nya dengan mudah.
RUMUSAN
  • Oleh yang demikian, untuk mengatasi Perasaan TAKUT, GUSAR dan PERASAAN TIDAK YAKIN...Anda perlu lah banyak BELAJAR dan mencari maklumat perniagaan dengan banyakkan membaca artikel yang bersangkutan serta banyakkan bergaul dengan Orang yang berpengalaman di bidang yang sama.
  • Jangan ada PERASAAN atau MENYIMPAN ANGGAPAN bahawa setiap PENIAGA yang menjalankan PERNIAGAAN YANG SAMA JENIS adalah MUSUH ANDA!!!!!...
  • Kerana perasaan tersebut tidak akan membawa anda kemana-mana melainkan KERUNTUHAN KEPERCAYAAN dan KEHILANGAN KEHARMONIAN di dalam hidup anda sendiri.












editor

No comments:

Post a Comment