Thursday, February 03, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #7 - Post #61

TIPsNIAGA.COM Posting #61

MEMBANGUN PERNIAGAAN #7
Perkhidmatan atau Services - part two


Melalui Post #61 anda telah diberitahu mengenai jenis-jenis Perniagaan yang berupa Perkhidmatan atau Services dan melalui posting ini anda dibawa untuk memahami APAKAH yang harus anda TEPATI ketika memberikan JANJI kepada Pelanggan.


Perkara UTAMA berkenaan  JANJI ialah:

  • Tawaran HARGA harus sama dengan apa yang anda IKLANKAN
  • Tawaran JENAMA PRODUK harus sama dengan yang di IKLAN
  • Tawaran SPESIFIKASI PRODUK harus sama dengan yang di IKLAN
  • Tawaran JAMINAN MUTU harus sama dengan SPESIFIKASI PRODUK
  • MASA atau WAKTU PENGHANTARAN yang TEPAT
  • Dan APA JUGA TAWARAN yang di IKLANkan harus sama dengan Pelanggan BELI
Disini jelas bahawa MENIPU atau PENIPUAN dilarang keras didalam Dunia Perniagaan terhadap Masyarakat PENGGUNA.



Kepada yang memberi KHIDMAT KEPAKARAN tertentu pula seperti Golongan PROFESIONAL, anda harus tepati APA yang anda JANJI seperti:-

  • Jenis-Jenis Kerja Profesional yang anda Tawarkan
  • Nilai UPAH yang di JANJI
  • MUTU Hasil Kerja yang anda lakukan
  • KEBERKESANAN Kepakaran yang anda beri
  • JANGKA MASA yang ditetapkan
  • Faedah-faedah  dari kepakaran anda
  • Dimana APA YANG ANDA JANJI harus MENJADI seperti apa yang anda TAWARKAN.

Kes-kes penyelewengan khidmat yang diberikan oleh Golongan Professional banyak berlaku pada hari ini atas desakan Ekonomi yang meningkat di peringkat Global dan semua Golongan Profesional tidak terkecuali.


Ini menunjukkan bahawa Golongan Profesional yang lebih TERPELAJAR juga mengabaikan NILAI-NILAI Kemasyarakatan, Kebudayaan dan Keagamaan masing-masing demi mencari UNTUNG SEGERA, dimana mereka tidak mengkaji dan menilai secara khusus IMPAK yang akan menimpa mereka jika sabit kesalahan, dan NAMA mereka sebagai Anggota Profesional akan terjejas teruk sehingga ada yang dikeluarkan daripada Persatuan Profesional masing-masing.


editor

No comments:

Post a Comment