Friday, February 04, 2011

JENIS PERNIAGAAN #1 - Post #65

TIPsNIAGA.COM Posting #65

JENIS PERNIAGAAN #1
Peniaga Bermusim


PENIAGA BERMUSIM adalah orang-orang yang HANYA berniaga pada waktu-waktu tertentu seperti tibanya sesuatu PERAYAAN sesuatu KAUM diNegara masing-masing.
Mereka terdiri dari semua lapisan masyarakat serta kaum dan datang dari pelbagai jurusan pekerjaan. Mereka berniaga mengikut TEMPOH sesuatu Perayaan dan akan menjual keperluan yang diminati sewaktu Perayaan tersebut akan berlangsung.


PENIAGA BERMUSIM seperti ini ada juga yang mempunyai pekerjaan tetap atau pekerjaan yang tidak tetap, tetapi fokus atau matlamat mereka tetap sama iaitu meraih keuntungan daripada Musim-Musim Perayaan tertentu.
Jika mereka menjual sesuatu produk yang sangat dimainati ramai, maka perniagaan mereka tidak menemui sebarang masaalah untuk dihabiskan sebelum tibanya Hari-Hari Perayaan, dan jika mereka menjual produk-produk dari jenis yang agak mahal, maka mereka perlu berhati-hati apabila memperuntukkan stok barangan untuk dijual. Tetapi, golongan peniaga seperti ini selalunya memiliki perniagaan TETAP dan memiliki KEDAI sendiri, jadi jika barangan mereka tidak habis dijual sewaktu Musim Perayaan, mereka hanya memulangkan stok tersebut kedalam kedai untuk dijual secara biasa.


STRATEGI  BERNIAGA BERMUSIM
Baby not for sale!!!
Kebanyakannya akan menumpukan jualan kepada keperluan-keperluan ASAS RumahTangga seperti kain langsir, sarung kusyen, cadar-cadar, sarung bantal, pakaian-pakaian, perhiasan-perhiasan, perkakas memasak, perkakas membuat kuih muih, dan ada juga yang memilih menjual makanan bermasak seperti lauk pauk dan kuih muih.
Dengan menumpukan kepada keperluan ASAS, mereka tidak terlalu khuatir barangan mereka sukar dijual kerana rata-rata apabila tiba sesuatu Musim Perayaan, orang ramai akan mula untuk menukar barangan dan keperluan didalam rumah mereka kepada barangan yang baharu supaya nampak cantik dan berbeza daripada sebelumnya, dimana mereka akan menerima kunjungan tetamu-tetamu keluarga.


Oleh yang demikian, Strategi berniaga secara musiman ini sangat baik untuk diambil kesempatan tersebut, kerana PERMINTAAN terhadap sesuatu barangan keperluan Asas didalam Rumahtangga meningkat daripada hari-hari yang biasa.


Cuma, para peniaga bermusim ini harus mencari sumber-sumber bekalan daripada pembekal-pembekal yang benar-benar JUJUR didalam berurusniaga kerana itu akan menentukan HARGA JUALAN sesuatu barangan atau produk. Peniaga Bermusim harus BIJAK MEMILIH Pembekal, jika tiak mereka tidak dapat keuntungan seperti yang diharapkan.
Sebaik cara iala dengan cuba mendapatkannya terus daripada Pengimport atau Pengilang produk-produk tersebut, langkah ini akan dapat mengurangkan kos jika dibeli daripada ORANG TENGAH atau EJEN-EJEN JUALAN.


Begitu juga untuk produk makanan seperti KUIH MUIH, sebaiknya dapatkan bekalan terus daripada PEMBUAT bukan melalui Orang Tengah yang telah mengambil untung daripada jualan kepada anda. Dan anda pula dapat mengawal Harga Jualan supaya tidak terlalu MAHAL dan dapat bersaing dengan Peniaga-Peniaga Bermusim yang lain.


Pembelian yang paling baik ialah dengan membelinya secara TUNAI kerana langkah ini akan dapat mengurangkan harga belian dan mengelakkan anda daripada menanggung hutang, tetapi pastikan pembelian yang dibuat tidak keterlaluan dan semestinya berdasarkan kemampuan anda untuk menjualnya.
Tetapi jika ada pilihan pembayaran seperti BILL TO BILL atau KREDIT dengan jangkamasa tertentu, pastikan anda membayarnya bila tiba waktunya, jangan dilengahkan kerana ia mungkin akan merugikan anda jika Faedah Pembayaran Lewat dikenakan terhadap anda.

Ini harus diambil kira dan diberi perhatian yang serius, jika tidak usaha anda berniaga secara bermusim tidak membawa apa-apa keuntungan. Dan Wang Untung jangan dibelanjakan kesemuanya, buat Peruntukkan untuk berniaga diMusim Perayaan yang lain.


Tetapi elakkan diri daripada berniaga Produk-Produk Berjenama TIRUAN kerana akan mendatangkan masaalah besar jika pihak berkuasa membuat operasi pembenterasan. Berniaga dengan cara yang jujur.


MODAL
MODAL untuk berniaga secara bermusim juga mungkin besar dan kecil dan bergantung kepada jenis Produk yang anda pilih untuk dijual, juga tapak berniaga yang anda pilih.
Ini adalah kerana disetiap Tapak Niaga akan berbeza kadar SEWAnya dan bergantung kepada populariti sesuatu kawasan.


Yang penting anda hanya perlu memperuntukkan Modal untuk:-

  • Sewa Tapak
  • Pembelian Produk-Produk
  • Kos Pengangkutan
  • Kos Makan Minum
  • Gaji Pekerja / Pembantu

Semak kemampuan Modal anda jika mahu berniaga dengan cara ini.


editor

No comments:

Post a Comment