Tuesday, February 08, 2011

STRATEGY #1 - Post #83

TIPsNIAGA.COM Posting #83

STRATEGY #1 
Strategi Dalam Perniagaan


STRATEGI 
Adalah salah satu perkara penting didalam apa-apa juga perencanaan didalam sesuatu perniagaan, ia telah diamalkan sejak mula lagi Dunia Perniagaan itu wujud.
Sesuatu perniagaan yang tidak memiliki apa-apa Strategi bermakna perniagaan tersebut tidak memiliki masa hadapan yang cerah dan mudah dipintas oleh para pesaing perniagaan.


Setiap bahagian didalam Pentadbiran dan Pengurusan dalam Syarikat akan wujud strategi-strategi tertentu untuk diguna-pakai seperti di bahagian:-



  • Kewangan
  • Pemasaran & Penjualan
  • Pembuatan / Pengilangan / Pemprosesan
  • Penyimpanan barang-barang
  • Perjawatan / Sumber Manusia
  • Pengiklanan / Promosi
  • Dan sebagainya, semua ada strategi yang ditentukan menurut kesesuaian.
Juga Sektor-Sektor Perniagaan samaada yang berbentuk kebendaan terhadap sesuatu Produk atau yang berbentuk Perkhidmatan yang diberikan kepada Pelanggan.

STRATEGI paling banyak digunakan di bahagian berikut, kerana bahagian ini sangat strategik dan memerlukan strategi-strategi yang baik serta berkesan jika mahu mendapatkan hasil seperti yang dirancangkan oleh pihak Syarikat seperti:-
  • KEWANGAN
  • PEMASARAN
  • JUALAN
Yang akan memerlukan PENGIKLANAN yang sangat agresif untuk mendapatkan perhatian dari Golongan yang di sasarkan.

Dan di setiap STRATEGI untuk setiap BAHAGIAN ini pula memerlukan PAKAR-PAKAR di dalam bidang masing-masing bagi melakarkan sesuatu yang berkesan, tanpa kepakaran dan pengetahuan dari golongan ini maka strategi tersebut dianggap lemah kerana kekurangan Fakta yang tepat.

Perkara inilah yang ingin di perbincangkan menerusi posting selanjutnya supaya setiap bakal Usahawan dan Peniaga yang sediaada dapat membaiki kefahaman mereka mengenai TAJUK ini.

Walaupun tajuk ini nampak mudah tetapi jika anda tidak memahami maksud dan kegunaannya dengan tepat, maka strategi yang anda lakarkan tidak berkesan serta tidak memberikan impak kepada golongan sasaran. 
Ramai juga Golongan Usahawan yang menggunakan strategi yang salah atau yang tidak kena pada tempat dan sasaran.

Oleh kerana bahagian di dalam Pentadbiran dan Pengurusan ini tersangat LUAS, maka saya hanya memberikan contoh yang tertentu sahaja tetapi ianya maseh boleh di guna-pakai pada bahagian yang lain. Anda hanya perlu menyesuaikan sahaja kaedah dan perlaksanaannya.

Sebagai tambahan maklumat, 
STRATEGI juga di guna-pakai oleh orang-orang atau Peniaga-Peniaga tertentu dengan tujuan atau maksud untuk MENIPU. Dimana perkara seperti ini banyak dan sering berlaku di seluruh Dunia pada hari ini.

Terutama sekali di medan INTERNET kerana telah banyak perniagaan telah mengadaptasikan penjualan menerusi media Internet.
Walaupun telah ada pemantauan dari pihak berkuasa tetapi pemantauan tersebut maseh belum dapat mengenal pasti antara Strategi PENIPUAN dengan Strategi yang JUJUR atau Benar kecuali melalui aduan yang dilaporkan.

Ikutilah posting selanjutnya....

editor

No comments:

Post a Comment