Tuesday, February 22, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #12 - Post #125

TIPsNIAGA.COM Posting #125


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #125
PEMIKIRAN SEBAGAI PENIAGA
Apa Yang perlu Anda Fikirkan....


Melalui Posting #123 saya ada menyentuh 5 PERKARA yang harus di fikirkan oleh seseorang PENIAGA apabila mereka menjalankan perniagaan, tidak kira apakah jenis-jenis perniagaan yang mereka jalankan. 
Dimana 5 PERKARA tersebut akan dan sentiasa BERADA di sekeliling anda samaada anda mahu atau tidak mahu mengakui kewujudan nya.


Seperti di Posting #123, 5 PERKARA tersebut ialah :-
  1. PELANGGAN
  2. PENGGUNA
  3. WARGA KERJA
  4. KELUARGA
  5. NEGARA
PERSOALAN
Apa kena mengena nya 5 PERKARA tersebut dengan Perniagaan Anda dan Anda?
PERTAMA
  • Sebagai seorang USAHAWAN yang menjalankan perniagaan, anda akan memiliki 5 PERKARA tersebut secara otomatik. Atas PLATFORM tersebut lah anda berupaya untuk memulakan perniagaan walau dimana juga anda lahir, dibesarkan dan hidup serta seterus nya membuka perniagaan anda sendiri
KEDUA
  • Tanpa 5 PERKARA tersebut, anda tidak dapat MEWUJUDKAN APA-APA melalui perniagaan yang anda buka.
KETIGA
  • Kerana 5 PERKARA tersebut juga lah setiap masa perniagaan anda dapat di gerakkan dan anda akan dapat memperolehi apa yang anda rancangkan dan apa yang anda matlamatkan.
TAPAK ASAS

  • Oleh yang demikian, sebagai seorang PENIAGA, anda didalam apa juga Perancangan Perniagaan, samaada untuk melancarkan sesuatu Produk dan Perkhidmatan yang baharu,
  • Atau ingin membesarkan Pejabat atau Kilang anda beroperasi atau ingin menambah Cawangan Perniagaan. 5 PERKARA tersebut HARUS di beri perhatian yang KHUSUS.
SEBABNYA
TANPA PELANGGAN
  • Apa juga produk atau Perkhidmatan yang anda tawarkan tidak berjaya anda JUAL
  • Mereka lah yang membantu anda menyampaikan dan menjualkan segala apa yang ingin anda mahu seseorang pengguna itu gunakan.
TANPA PENGGUNA
  • Tidak akan ada PERMINTAAN untuk membeli Produk dan Perkhidmatan anda
  • Mereka lah yang memberikan anda NAFAS atau KEKUATAN untuk terus berniaga
TANPA WARGA KERJA
  • Segala Operasi Perniagaan anda tidak dapat di gerakkan
  • Kepada mereka anda sandarkan segala HARAPAN
TANPA KELUARGA
  • Anda dari mula tidak akan ada DAYA PENDORONG untuk berusaha untuk mencari pendapatan yang lebih daripada biasa dan dari awal anda tidak akan berjaya mendapat didikan persekolahan untuk menambah Ilmu pengetahuan seperti apa yang anda miliki sekarang.
  • Dari keluarga sendiri anda dilahirkan dan wujud
TANPA NEGARA
  • Anda tidak akan dapat melakukan sesuatu perniagaan secara SAH (legal) dan mendapat segala PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG untuk berniaga.
  •  Dan tanpa Negara juga anda tidak akan berjaya menjadi seseorang yang berupaya mendapatkan segala Ilmu jika Negara yang anda duduki itu tidak menyediakan segala kemudahan Pendidikan dan Pelajaran dan segala keperluan asas yang lain.


KEPERLUANNYA
  • Kerana 5 PERKARA tersebut, anda harus BERFIKIR untuk bagaimana menjadi seorang PENIAGA yang MENYUMBANG kepada 5 PERKARA tersebut secara JUJUR dan IKHLAS.
  • Kerana 5 PERKARA tersebut juga anda perlu menjalankan Perniagaan anda secara lebih berhemah dan berdedikasi agar peranan anda sebagai TEMPAT atau SUMBER kepada 5 PERKARA tersebut dapat berterusan dan bertahan selama mungkin
  • Kerana 5 PERKARA tersebut anda perlu mengelakkan daripada menjalankan Aktiviti YANG SALAH di Sisi Undang-Undang Perniagaan, Negara dan Agama masing-masing. Agar apa yang anda jalankan melalui Aktiviti perniagaan anda itu tidak mendatang masaalah dan tidak menggugat pergantungan 5 PERKARA yang di sebutkan.
JANGAN ABAIKAN

  • Sebagai seorang PENIAGA yang wujud disebabkan oleh 5 PERKARA tersebut, anda jangan MENGABAIKAN apa juga KEHENDAK dan KEPERLUAN 5 PERKARA itu dengan SENGAJA atau DI SENGAJAKAN.
  • Kerana jika anda mengabaikan nya, anda boleh di KLASIFIKASIKAN sebagai seorang PENIAGA yang berotak, yang bersifat, yang bersikap TIDAK JUJUR, TIDAK IKHLAS dan TIDAK BERETIKA sebagai seorang PENIAGA.
  • Inilah DEFINASI SEBENAR untuk menjadi seorang PENIAGA YANG BERHEMAH TINGGI, dimana segala apa yang dilakukan nya adalah akan berlandaskan 5 PERKARA YANG ASAS tersebut.
RUMUSAN
Tetapi pada Zaman dan hari ini, ramai Golongan PENIAGA yang tidak mahu berpandukan kepada 5 PERKARA ASAS tersebut kerana mereka MERASA BANGGA dengan Pencapaian dan Kebijaksanaan yang konon nya mereka perolehi dengan USAHA mereka sendiri tanpa bantuan daripada sesiapa atau Orang Lain.


Itulah yang menjadi PENYEBAB ramai Golongan PENIAGA itu GAGAL dan BERTAHAN di dalam Dunia Perniagaan. 
Dan selepas mereka GAGAL baharu lah mereka akan SADAR /  TAHU apa yang mereka ABAIKAN selama ini dan mula lah mereka memohon simpati daripada 5 PERKARA tersebut untuk MEMOHON BANTUAN bagi menaikkan mereka semula daripada KEJATUHAN.


Ini adalah kerana 5 PERKARA tersebut bertindak secara psikologi seperti 5 UNSUR UTAMA yang memberikan anda kekuatan untuk terus hidup dan memiliki kekuatan, kebijaksanaan di dalam merencana segala kegiatan perniagaan anda seperti :-
  1. AIR                               (Pelanggan)
  2. API                               (Pengguna)
  3. ANGIN                         (Warga Kerja)
  4. TANAH                        (Keluarga)
  5. ROH / SEMANGAT    (Negara)
Contoh di atas bukan di datangkan daripada mana-mana KEPERCAYAAN atau KEAGAMAAN tetapi itu adalah Simbol SEMULAJADI yang membentuk seseorang MANUSIA di dalam apa juga PROFESION atau KERJAYA mereka.
Jika anda memahami KAEDAH tersebut, anda akan mudah melakukan segala URUSAN PEKERJAAN dan PERNIAGAAN tanpa banyak masaalah.


editor

No comments:

Post a Comment