Saturday, February 05, 2011

JENIS PERNIAGAAN #9 - Post #73

TIPsNIAGA.COM Posting #73

JENIS PERNIAGAAN #9
Anggota FRANCHISE - Bertaraf Pekerja atau Usahawan




Dalam Sistem FRANCHISE, setiap Franchisee atau yang membeli HAK untuk berniaga menggunakan Penjenamaan Jenama Syarikat Induk (Franchisor) ditakrifkan sebagai RAKAN NIAGA BERKONTRAK atau BERSYARAT atau Contracted Affiliate Partner.(Franchisee)








SEBAB-SEBAB
No.1
Setiap Franchisee PERLU mengeluarkan MODAL ASAS untuk segala keperluan pembukaan CAWANGAN yang menggunakan Jenama Franchisor secara TOTAL. 
Pihak Franchisor pula bertanggungjawap untuk segala Hal-Hal Pemasaran seperti sokongan Pegiklanan, bekalan Bahan-Bahan dan keperluan ASAS sesuatu produk atau Perkhidmatan


No.2
Setiap HASIL JUALAN tertakluk kepada PEMBAYARAN ROYALTI kepada Pemilik Jenama Syarikat Induk.


No.3
Franchisee LAYAK menerima semua KEUNTUNGAN BERSIH setelah Royalti dijelaskan kepada Franchisor.


Oleh kerana didalam Terma & Syarat Perjanjian diantara Franchisor dengan Franchisee hanya menegaskan kedudukan Franchisee sebagai PENERIMA HAK untuk berniaga menggunakan Jenama Franchisor dan harus menguruskan pentadbiran dan pengurusan Cawangan dengan penyeliaan yang MINIMA daripada Franchisor, maka kedudukan Franchisee dalam Dunia Perniagaan ditafsir sebagai USAHAWAN.
Bezanya dengan Sistem Franchise dengan Sistem MLM hanya MODAL dan HAK BERNIAGA.


Dimana melalui Sistem Franchise, jika anda tidak mahu meneruskan perniagaan tersebut walaupun telah mengeluarkan Modal yang besar, pihak Franchisor TIDAK AKAN MEMBELI KEMBALI Cawangan tersebut daripada anda. 
Jika ini berlaku, anda perlu mencari PEMBELI untuk mengambil alih perniagaan anda itu sebagai langkah mengurangkan kerugian.
KERANA didalam Kontrak Franchise, and hanya DIBERI HAK menggunakan JENAMA Franchisor dan bukan sebagai Rakan Niaga Bersekutu atau pemegang Saham atau Pekerja bagi Franchisor. 
Oleh sebab-sebab itu jika anda BATALkan perjanjian, segala kerugian akan ditanggung oleh anda sendiri.


FRANCHISE ALA MLM
Ada juga Syarikat-Syarikat bersistemkan KONVENSIONAL yang mengadaptasikan Sistem Franchise untuk mengembangkan perniagaan mereka, MENCAMPURKAN beberapa kaedah yang diguna-pakai didalam Sistem MLM seperti memberi:-

  • Hak berniaga kepada Pengusaha Kecil (berkontrak)
  • Dengan segala keperluan Kiosk atau Kedai disediakan
  • Beserta dengan produk-Produknya sekali
  • Hanya perlu mengeluarkan Wang Pendaftaran untuk menjadi AHLI

Syarikat seperti ini terlebih dahulu MENGADAPTASIKAN SISITEM FRANCHISE dan mendapatkan LESEN FRANCHISING terlebih dahulu. 
Dan apabila mereka berkembang dan ingin corak pemasaran yang lebih agresif lagi, mereka mengadaptasikan beberapa Sistem MLM sebagai strategi seterusnya.


Itulah sebabnya pada hari ini kita dapat melihat beberapa Syarikat Franchise beroperasi sebagaimana Syarikat MLM seperti Syarikat: 
 Nelson's Franchise (M) Sdn Bhd. (Hanya CONTOH)


Dari segi perundangan, pendekatan yang diambil oleh syarikat tersebut tidak menyalahi Undang-Undang Syarikat atau Negara, kerana mereka memiliki Lesen-Lesen yang diperlukan dan bergerak secara berperingkat. 
Syarikat ini hanya mengadaptasikan kaedah dalam MLM tetapi bukan membuat jualan melalui Sistem MLM yang berbentuk Hiraki atau Piramid. Dimana setiap Kiosk mereka maseh mengamalkan Sistem Jualan TERUS kepada Pelanggan.


editor

No comments:

Post a Comment