Wednesday, February 02, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #2 - Post #56

TIPsNIAGA.COM Posting #56

MEMBANGUN PERNIAGAAN #2
Langkah Yang Perlu.....PEMBELIAN - part two


Dibahaigan pertama melalui Post #55 kita telah mengetahui untuk bagaimana mencari dan membeli produk-produk melalui cara-cara lain bagi mengurangkan Harga Belian tanpa menjejaskan Margin atau keuntungan yang biasa bagi sesuatu produk.
Ini tertumpu kepada sesuatu produk yang "Sudah Siap" atau End or Finish Product, tetapi bagaimana pula jenis-jenis perniagaan seperti MASAKAN atau jenis-jenis MAKANAN?....Bagaimanakah untuk mengurangkan KOS?




Mengurangkan Kos bagi jenis-jenis Makanan dan Masakan.....


Setiap Makanan atau Masakan akan menggunakan Bahan Mentah seperti Beras, Tepung, Gula, Garam, Minyak Masak, Gas Memasak, Lada, Asam, Garam dan yang sebagainya itu PERLU juga untuk DICARI bekalan yang dibeli dengan harga yang rendah dari Pembekal-Pembekal yang lain jika Pembekal yang sediaada tidak mahu menurunkan Harga Jualan kepada anda.


Harus diFAHAMI bahawa setiap Produk yang dijual didalam PASARAN akan ada HARGA RUNCIT...akan ada HARGA BORONG...akan ada HARGA KILANG, cara membelinya lebih bergantung kepada SIAPA ANDA dan apa peranan anda didalam bidang pembekalan dan peruncitan...Jika anda MAMPU untuk MEMBAYAR, tidak akan ada sesiapa yang boleh menghalang anda membeli.


Kerana itu, jika anda seorang Peniaga Kedai Makanan atau Restoran anda perlu BERUSAHA mendapatkan bekalan bahan-bahan memasak dengan Harga Belian yang terendah yang mungkin, ini akan dapat mengurangkan KOS PEMBELIAN dan akan meningkatkan margin Keuntungan. Jika perkara ini tidak anda ambil berat maka perniagaan anda akan menemui jalan buntu jika anda tidak dapat menanggung segala kos operasi yang lain disebabkan kegagalan anda untuk mendapatkan Harga Belian bagi bahan-bahan Mentah serendah yang mungkin.


Jangan MENYALAHKAN pihak Kerajaan kerana sesuatu Bahan itu NAIK HARGA yang menyebabkan keuntungan anda berkurangan. Kerana menyalahkan Kerajaan tidak akan dapat menurunkan Harga sesuatu bahan..Anda seharusnya berfikir untuk bagaimana untuk membelinya dengan harga yang rendah, samaada dengan pembelian borong dan sebagainya.


Seperkara lgi ialah dengan membuat suatu KERJASAMA dengan Peniaga-Peniaga dari bidang yang sama untuk sama-sama MEMBELI STOK BAHAN MENTAH secara BORONG dan BANYAK dari Pembekal atau Pengedar. Langkah ini akan dapat menjimatkan kos pembelian dan harga belian menjadi rendah.
Ini banyak dilakukan oleh Kumpulan-Kumpulan tertentu seperti Dewan-Dewan Perniagaan luar Negara bagi membantu Ahli-Ahli mereka, lantas dapat menjamin perniagaan mereka itu berkembang maju walaupun didalam keadaan Ekonomi yang merudum. Inilah juga PERANAN mereka sebagai DEWAN PERNIAGAAN.


Kenaikan sesuatu HARGA BAHAN MENTAH juga jangan dijadikan ALASAN untuk menaikkan Harga Jualan Menu-Menu atau Produk Makanan anda kerana langkah ini tidak dikatakan sebagai langkah yang BIJAK, melainkan jika langkah pencarian bagi mendapatkan harga yang lebih rendah itu tidak berhasil.


Ini BUKAN suatu SARANAN yang tidak munasabah ataupun yang MUSTAHIL dilakukan kerana didalam Dunia Perniagaan, kesepakatan dan kerjasama sesama PENIAGA adalah Tiang Kemajuan Para Peniaga. Jika mereka tidak mahu bertolak ansur dan tidak mahu bekerjasama sesama Peniaga malah mereka menimbulkan perpecahan, itu bukan ETIKA didalam Dunia Perniagaan yang sebenar.


Cuba pandang Ke Negara China, Jepun dan Korea, Peniaga-Peniaga mereka amat dan sangat koperatif atau sangat tolong menolong diantara satu dengan yang lain, mereka mempunyai matlamat yang bercorak dan bersemangat KEBANGSAAN yang sangat tinggi. Dan  Etika tersebut mereka bawa dan guna-pakai walau dimana mereka berada. Ini juga RAHSIA KEJAYAAN mereka didalam Dunia Perniagaan


editor

No comments:

Post a Comment