Friday, February 11, 2011

INDUSTRI PERNIAGAAN #2 - Post 94

TIPsNIAGA.COM Posting #94

INDUSTRI PERNIAGAAN #2
Apakah BANGSA Perniagaan?

TOPIK
Topik ini saya ketengahkan sebelum penerangan mengenai semua sektor indusrti di mulakan kerana topik ini akan membantu kefahaman yang paling asas.
Apakah BANGSA perniagaan?, benarkah wujud sesuatu BANGSA dalam perniagaan?, adakah perniagaan di miliki oleh sesuatu BANGSA?....Mari ikuti penerangan selanjutnya semoga ia benar-benar dapat melakukan pembaikan minda yang mungkin telah di serap dengan pelbagai tanggapan mengenai perniagaan.




DEFINASI
Definasi perniagaan bermula dari aktiviti JUAL dan BELI (telah diterangkan di post yang lalu) dan setiap PENJUALAN harus ada BARANG atau produk untuk di BELI oleh pihak yang berminat. 
Apabila pihak pembeli berminat dengan sesuatu barangan yang di jual oleh pihak penjual, maka aktiviti tersebut menjadi JUAL & BELI dan kemudian di istilahkan sebagai NIAGA.
Perkataan PERNIAGAAN pula wujud daripada pensyarikatan aktiviti JUAL & BELI untuk memudahkan segala urusniaga yang semakin membesar dan berurusan dengan ramai orang. 
Lalu sebuah SYARIKAT itu wujud dan di jenamakan menurut kehendak seseorang itu, agar orang ramai yang pernah melanggan penjualan barangan mereka akan terus INGAT dengan satu nama yang rasmi.
Contohnya
Seorang penjual yang bernama ALI menjual permaidani atau karpet, lalu ia namakan syarikat nya sebagai ALI KARPET, maka dengan nama ALI KARPET pihak pembeli tahu dan pasti mereka tidak membeli dari pihak yang berlainan. 
ALI merujuk kepada nama Penjual dan KARPET merujuk kepada barangan yang di jual, kerana akan ada lebih dari seorang yang menggunakan perkataan KARPET jika mereka datang dari cabang yang sama seperti Mohamed Karpet, Ghapoor karpet, Udani Karpet dan sebagainya.
Penjenamaan seperti inilah yang mula mencipta Penjenamaan Produk , Promosi dan Pengiklanan dan ia terus di amalkan hingga ke hari ini.


FAKTA
Berbalik kepada JUAL & BELI, melalui sistem ini sesiapa sahaja yang ADA sesuatu barang atau produk untuk di jual boleh melakukan jualan dan mereka boleh menjual barangan tersebut kepada siapa sahaja yang berminat untuk membeli.






Jadi jika di lihat dari aktiviti ini dari sudut Demand & Supplyurusan Jual & Beli ini TIDAK di tujukan kepada:-
  • Siapa orang yang membeli
  • Berapa umur pembeli
  • Apa jantina pembeli
  • Apa Bangsa pembeli
  • Apa Agama pembeli
  • Apa Negara pembeli

Semuanya itu TIDAK ADA dalam Do's & Don't's JUAL dan BELI. 
Yang PERLU ADA ialah BARANG / PRODUK dan WANG.


Begitu juga halnya dengan pihak pembeli, mereka juga tidak tertakluk untuk memastikan siapa itu, siapa ini, apa itu apa ini ketika untuk membeli, mereka dalam konteks ini hanya berminat keperluan mereka terhadap sesuatu barang dan kemampuan mereka untuk MEMBELI.


Oleh yang demikian, dari ASAL USUL aktiviti JUAL dan BELI yang kemudian di sebut sebagai PERNIAGAAN tidak ada kriteria yang menyebut BANGSA, AGAMA dan NEGARA. 
Bermakna aktivi Jual & Beli itu adalah berbentuk BEBAS atau FREE BUSINESS ZONE.


Jika pada hari ini di takdirkan ada para peniaga yang membuat garisan atau borderline untuk menyekat, menindas, mendiskriminasikan sesuatu BANGSA, AGAMA dan NEGARA, maka mereka secara langsung telah melanggar ETIKA sebenar Urus-Niaga perniagaan JUAL & BELI seperti yang ASAL.


POLITIK
Yang melakukan sesuatu SEKATAN terhadap apa juga penjualan dan pembelian barangan dari sesuatu BANGSA, AGAMA dan NEGARA adalah bermotifkan POLITIK yang pula melibatkan sesuatu Negara dengan Negara yang lain.


Di mana punca nya rentetan dari peperangan yang berlaku di masa silam atau sebagai langkah pemulauan terhadap sesuatu Negara yang mengamalkan pemerintahan yang kuku besi atau yang tidak menerima sesuatu BANGSA dan AGAMA di dalam Negara-Negara masing-masing. Ini adalah KEPUTUSAN POLITIK dan bukan keputusan perniagaan.


FIKIRAN PERKAUMAN
Begitu juga hal nya dengan Fikiran Perkauman atau seperti Bangsa Melayu, Bangsa Cina, Bangsa India dan Bangsa-Bangsa yang lainnya.
Dimana perasaan perkauman itu terbit berdasarkan ingin membantu bangsa nya sendiri dan bukan dari asas dan etika yang wujud dalam dunia perniagaan.


Contohnya Di Malaysia
Bangsa dari bangsa MELAYU sering menggunakan kaedah BANGSA dan AGAMA dalam menjalankan perniagaan mereka, seperti perkataan:-

  • "Melayu mesti tolong Melayu"
  • "Ini perniagaan Orang Melayu"
  • "Ini cara nak tolong Melayu"
  • "Saya buat ni nak tolong peniaga Melayu"
  • "Saya nak Melayu jadi kaya"
  • "Kalau Melayu tak tolong Melayu - siapa lagi nak tolong?"
  • "Mari semua tolong sesama Melayu"
Dan ada banyak lagi perkataan-perkataan seperti itu yang sering di guna-pakai oleh Orang Melayu ketika menjalankan urusan perniagaan. Sebenarnya tidak ada ISTILAH atau ETIKA dalam Dunia Perniagaan yang menyebut atau menggariskan perkataan-perkataan seperti itu - TIDAK ADA!
Ia hanya di lakar oleh Penggubal-Penggubal Strategi Jualan dari pelbagai Bangsa dan Agama yang mahu mengambil kesempatan daripada sekmen sesuatu Bangsa dan Agama bagi melariskan penjualan produk-produk mereka sejak berzaman lagi kerana berurusan dengan bangsa dan Agama yang sama di lihat MUDAH jika di bandingkan berurusan dengan bangsa dan dari Agama yang lain. 
Ini HANYA merupakan satu STRATEGY sahaja.


KESAN PSIKOLOGI
Penggunaan Strategi yang tertumpu kepada sesuatu Bangsa, Agama dan Negara sebenar nya akan menimbulkan Kesan-kesan Psikologi di peringkat umum, di mana sesuatu Bangsa, Agama dan Negara yang tidak tersenarai dalam gagasan pemasaran dan penjualan sesebuah syarikat itu akan merasa TERPINGGIR, TERHINA dan akan menerbitkan rasa ketidakpuasan hati di kalangan mereka.


Jika sesebuah syarikat dan Negara itu kewarganegaraan nya berbilang Bangsa seperti di Malaysia, maka tindakkan seperti itu akan dan boleh membuat KERESAHAN KAUM dan akan menjurus kepada konflik-konflik Politik yang mendalam. Dan pihak yang memerintah akan menerima kesan daripada Strategi tersebut dan akhirnya seluruh rakyat kerugian.


KENALI PRODUK dan SASARAN
Itu sebabnya dalam banyak posting telah banyak kali di sebut, sebagai seorang Usahawan atau Peniaga..Anda perlu kenali produk anda sendiri dan harus tahu siapa sasaran pengguna nya. 
Jika anda membuat suatu produk kesihatan untuk menghindar gejala Penyakit Jantung umpama nya, bermakna  produk tersebut amat sesuai untuk ORANG-ORANG (bukan bangsa, agama atau negara) yang dalam golongan sasar iaitu umur mereka dalam lingkungan 25 tahun keatas!, yang terdedah kepada penyakit Jantung! 


Dan ia tidak harus di sasarkan hanya untuk ORANG MELAYU, KELUARGA MELAYU, PENIAGA MELAYU sahaja..sedangkan Produk itu untuk UMUM yang tidak mengira Bangsa, Agama dan Negara.....


Terkecuali jika syarikat anda membuat, mengilang, memasar dan menjual produk seperi SEJADAH, AL QURAN, KITAB-KITAB ISLAM, DAGING HALAL, MAKANAN HALAL, PAKAIAN MUSLIMAH atau apa juga yang berbentuk barangan kegunaan sesuatu Kaum, Bangsa dan Agama. baharu lah Strategi Pemasaran & Penjualan nya DI FOKUS kepada golongan-golongan yang sesuai, menurut kesesuaian produk dan pengguna!


JIKA MAHU MENOLONG BANGSA SENDIRI
Jika ada sesiapa yang mahu menolong bangsa mereka sendiri di dalam dunia perniagaan, anda perlu tahu jawapan dari soalan-soalan seperti berikut:-
  • Wang Modal - Berapa banyak?
  • Apa Cara-Cara berniaga dalam bidang yang di inginkan?
  • Apa Latar belakang akademik dan keluarga?
  • Ap Visi & Misi?
  • Apa Minat & Kesungguhan?
  • Apa Komitmen?
  • Apa Kesedian dari segi Mental & Fizikal?
  • Adakah sanggup Korban Masa?
  • Adakah sanggup Korban Wang Ringgit?

ATAU
  • Sudah berniaga berapa lama?
  • Apa jenis perniagaannya?
  • Apa kekuatan & kelemahan syarikatnya?
  • Kenapa perniagaan tidak berkembang?
  • Apa yang menghambat kemajuan?
  • Pernah kah mendapat pertolongan atau bantuan Kerajaan atau Bank?
  • Apa Strategi yang di guna-pakai?
  • Berapa Modal telah di labur?
  • Apa Misi & Visi akan datang?
Dengan menganalisa perkara-perkara seperti itu, baharu lah langkah-langkah memberi pertolongan dan bantuan boleh di salurkan dan di gerakkan, samaada ianya di rujuk kepada badan-badan bantu diri seperti Dewan & Persatuan Perniagaan, Agensi Kerajaan ataupun pihak kementerian yang bertanggungjawap mengenai Keusahawanan ataupun Peniaga-Peniaga secara individu memberikan tunjuk-ajar dan apa juga bantuan menurut keikhlasan masing-masing. (bukan untuk mengambil kesempatan)
ATAU
Tubuhkan BUSINESS COACH CENTRE untuk Usahawan baharu untuk semua bidang yang berkonsepkan LATIHAN AMALI selain bantuan TEORI yang berlainan dari konsep Consultancy mahupun Motivatoring, dimana setiap Business COACH adalah pakar di bidang masing-masing atau Specialist, dan menggunakan konsep One to One Coaching Method (personalised)


Bab ini terletak di bahagian STARTEGI PEMASARAN & PENJUALAN - Sub: Pembangunan Perniagaan syarikat.

Nota:
Model Business Coaching Agency amat terbatas di Malaysia, ini juga ruang bagi yang berminat untuk memasuki sekmen ini.
RUMUSAN
Dengan serba sedikit penerangan mengenai DEFINASI dan ASAL USUL PERNIAGAAN akan dapat membantu semua pembaca untuk memahami konteks perniagaan dari sudut yang jelas.

Di harap semua yang terlibat akan dapat berfikir secara rasional dan perlu mengubah pendekatan yang tidak relevan dan rasional dengan sesuatu keadaan.


editor

No comments:

Post a Comment