Monday, May 02, 2011

REVIEW #32 : PENJAGAAN UNTUNG & RUGI - Post #222

TIPsNIAGA.COM - Business Review - Post #222


PENJAGAAN UNTUNG & RUGI
APA YANG PERLU ANDA JAGA


Perkara Penjagaan Untung & Rugi atau Profit & Loss sering di tanyakan dan di jadikan subjek yang sangat popular di kalangan Peniaga dan Usahawan.
Kerana Penjagaan Untung & Rugi ini nampak sahaja Mudah dan senang di tangani tetapi di dalam keadaan yang sebenar akan ramai orang terkeliru untuk meletakkan di mana kepentingan di dalam nya.


KEBIASAAN AMALAN
  • Untung & Rugi selalu nya di ambil kira suatu Jangka Masa seperti di ambil daripada masa Aktivi Perniagaan 12 Bulan yang lalu untuk membuat Perkiraan Untung & Rugi sesuatu Perniagaan.
  • Dimana Setiap Perbelanjaan yang di gunakan sepanjang 12 Bulan yang lalu terhadap apa juga Pembayaran yang di lakukan untuk semua jenis tanggungan dan perbelanjaan akan DI TOLAK dengan Jumlah dari Pendapatan yang DI JUAL
  • Dan BAKI Pendapatan tersebut DI KIRA sebagai KEUNTUNGAN.
LAPORAN UNTUNG & RUGI
  • Laporan Untung & Rugi adalah di kehendaki oleh Undang-Undang Syarikat dan ia harus di lakukan dengan TEPAT & BETUL.
  • Dimana Istilah TEPAT & BETUL itu menjurus kepada AMALAN untuk Menjaga segala DOKUMENTASI KEWANGAN dengan sempurna dengan CATATAN yang BERDASARKAN PERNIAGAAN yang sebenar menerusi Dokumen-Dokumen Penjualan dan Perbelanjaan yang di lakukan.
  • Ini TERMASUK segala WANG SYARIKAT yang anda GUNAKAN untuk KEGUNAAN PERIBADI di mana ianya DI ANGGAP sebagai PINJAMAN SEMENTARA dari Wang Syarikat anda dan anda perlu MEMBAYAR nya kembali kepada Syarikat.
BAGAIMANA UNTUK MENYENARAIKAN PENDAPATAN & PERBELANJAAN 
Anda perlu Senaraikan PENDAPATAN kepada Dua (2) Sumber dan PERBELANJAAN kepada Tiga (3) Sumber seperti:-

PENDAPATAN
1...PENDAPATAN PERNIAGAAN - HASIL JUALAN
  • Setiap Penjualan harus di sertakan dengan Invois Jualan yang Sah
  • Setiap Wang Penjualan harus Di Masukkan ke dalam Bank Syarikat
  • Dan melalui Bank Syarikat dapatkan Laporan Kewangan secara Bulanan sebagai ALAT untuk mengetahui Jumlah Jualan yang Telah Di Terima dengan Yang Belum Di Terima.
  • Dengan Cara ini anda akan TAHU berapa banyak Wang yang belum DI BAYAR dari Pelanggan. (bagi penjualan berkredit)
2...PENDAPATAN PERNIAGAAN - SUMBER LAIN
Selain daripada Sumber Pendapatan dari Penjualan, setiap Syarikat akan mendapat Sumber Pendapatan dari Sumber yang lain seperti:
  • Wang Faedah-Faedah dari Wang Simpanan di Bank-Bank
  • Wang Sewaan dari Hartanah seperti  Bangunan, Kedai, Pejabat, Tanah dan sebagai nya
  • Kesemua Sumber Pendapatan ini adalah menjadi HAK Syarikat yang bertaraf Sendirian Berhad dan harus di masukkan kedalam Penyata Kewangan Syarikat bagi mengetahui Untung & Rugi nya.
PERBELANJAAN
1...KOS ASAS PRODUK
  • KOS PEMBELIAN untuk Bahan-Bahan ASAS bagi membuat sesuatu Produk
  • KOS TENAGA KERJA untuk melakukan kerja-kerja Pembuatan Produk
  • KOS JENTERA & PERALATAN untuk Proses Pembuatan produk
  • Dan KOS-KOS yang berkaitan dengan Pembuatan Produk
2...KOS PERBELANJAAN PERNIAGAAN
  • KOS GAJI PEKERJA
  • KOS SEWA atau ANSURAN BANGUNAN
  • KOS PENTADBIRAN
  • KOS INSURAN 
  • KOS LAIN YANG BERKAITAN
  • Semua KOS harus di jelaskan dalam Penyata Kewangan
3...KOS PERALATAN
  • KOS Pembelian Peralatan, Mesin dan Jentera yang di beli untuk Operasi Perniagaan
  • Ini termasuk segala Kelengkapan di dalam Pejabat
  • Kesemua ini di klasifikasikan sebagai Fixed Assets atau Capital Assets
  • Dimana setiap Syarikat HARUS menyimpan setiap Rekod Pembelian untuk Aset seperti ini, di mana ianya akan di gunakan untuk menilai KEMEROSOTAN NILAI terhadap sesuatu Aset yang di miliki atau Depreciation
ISTILAH UNTUK GABUNGAN PENDAPATAN JUALAN & PENDAPATAN SUMBER LAIN
  • Apabila Jumlah PENDAPATAN dari HASIL PENJUALAN di Campur dengan HASIL PENDAPATAN dari Sumber lain, maka JUMLAH TERKUMPUL itu di NAMAKAN sebagai TURNOVER
  • Apabila Jumlah TURNOVER di Tolak KOS ASAS maka Jumlah yang Tinggal di NAMAKAN sebagai GROSS PROFIT
  • Dan Apabila Jumlah GROSS PROFIT ini pula di Tolak KOS PERBELANJAAN dan KOS PERALATAN maka Jumlah yang Tinggal itu pula di NAMAKAN sebagai NET PROFIT
PENJELASAN TERMA

1...TURNOVER - PENDAPATAN KASAR
2...GROSS PROFIT - KEUNTUNGAN KASAR
3...NET PROFIT - KEUNTUNGAN BERSIH

ULASAN
  • KERANA kepentingan yang sebegitu PENTING, anda di nasihatkan agar mendapatkan Pekerja yang Sesuai dan Berkelayakan untuk bekerja untuk menjaga Hal Ehwal Kewangan Syarikat.
  • Supaya setiap MAKLUMAT & SUMBER PENDAPATAN akan dapat di rekodkan dengan TEPAT & SEMPURNA.
  • Itu juga sebabnya mengapa Jawatan AKAUNTAN di wujudkan sebagai Orang yang Bertanggung Jawap terhadap Hal-Hal Kewangan Syarikat.
editor

No comments:

Post a Comment