Saturday, February 12, 2011

INDUSTRI PERNIAGAAN #4 - Post 96

TIPsNIAGA.COM Posting #96


INDUSTRI PERNIAGAAN #4
Pertumbuhan Tidak SEIMBANG....


Kesemuanya ada Lapan (8) Sektor Utama dalam Industri Perniagaan seperti:-
- Sila rujuk ke Post #93 -
  1. Basic Materials
  2. Consumer Goods
  3. Industrial Goods
  4. Healthcare
  5. Technology
  6. Utilities
  7. Financial
  8. Services
PERTUMBUHAN & PENGLIBATAN para Usahawan tempatan (local entrepreneur) dalam beberapa sektor Industri Utama tidak simbang dan Indusri tersebut ialah:-

Kumpulan A
  1. Basic Materials (Asas Sumber Asli)
  2. Consumer Goods (Barangan Pengguna)
  3. Industrial Goods (Barangan Industri)
  4. Technology (Teknologi)
  5. Utilities (Kemudahan Awam)
Dimana ramai yang menumpukan untuk memulakan dan membuka perniagaan didalam sektor Industri Utama seperti:-

Kumpulan B
  1. Healthcare (Kesihatan)
  2. Financial (Kewangan)
  3. Services (Perkhidmatan)
PUNCA MASAALAH

TUMPUAN kepada  Sektor Kumpulan B seperti Healthcare, Financial dan Services bukan di sebabkan oleh PERMINTAAN atau Demand di dalam sektor ini terlalu tinggi TETAPI kerana sektor ini TIDAK MEMERLUKAN:-
  1. Kepakaran yang tinggi
  2. Penggunaan Teknologi yang canggih
  3. Pengetahuan yang mendalam
  4. Kebolehan reka-cipta
  5. Modal yang besar
  6. Pekerja yang ramai
Sebab-sebab yang lain pula seperti:- 
  1. Ramai Usahawan di dalamnya
  2. Mudah melakukannya
  3. Banyak bantuan di terima dari pihak kerajaan (bantuan & sokongan)
  4. Semua lulusan pendidikan akademik formal boleh melakukannya
  5. Pasaran yang terbuka luas

Ini berpunca daripada latar belakang pendidikan ramai Usahawan yang kebanyakannya bercorak Akademik atau jurusan-jurusan yang tidak selaras di dalam Industri-Industri yang menuntut kepakaran dan teknologi yang maju, canggih serta berinovasi tinggi.
Golongan usahawan ini lebih cenderung untuk terlibat dan bertindak sebagai Pembekal bahan-bahan kegunaan semua Industri samada sebagai Pemborong ataupun sebagai Orang Tengah (broker) kerana ianya:-
  • Mudah di kerjakan
  • Cepat di selesaikan
  • Keuntungan yang segera
  • Tidak ada tanggungjawap khusus
  • Tidak perlu menyimpan stok
  • Tidak perlu pekerja yang ramai
  • Overhead yang rendah    
Bagi yang menjadi Usahawan yang memiliki Kilang-Kilang pembuatan dan pengeluaran pula juga terbatas bilangannya dan lebih daripada separuh Usahawan yang memiliki Kilang juga cenderung untuk menghasil benda-benda dan barangan yang berbentuk Mudah seperti:-
  • Penghasilan minuman & makanan untuk kesihatan yang asas
  • Barangan keperluan rumahtanggan yang asas
  • keperluan awam juga yang asas.

Jadi untuk melihat Usahawan Tempatan membuka kilang-kilang untuk menghasilkan barangan rekaan & ciptaan syarikat mereka untuk keperluan Barangan Pengguna (Consumer Goods) seperti barangan:-

  • Mesin Pembasuh & Pengering Pakaian
  • Peti Sejuk
  • Alat Penghawa Dingin
  • Kipas Angin
  • Dapur Memasak / Oven / Microwave
  • Televisen / Radio / Home Theater
  • Komputer Riba / Peribadi / Komersial
  • Pelbagai Peralatan Elektrik
Maseh tersangat kurang atau tidak wujud, cuba anda lihat di dalam rumah anda sendiri adakah sesuatu JENAMA barangan rumahtangga seperti yang di senaraikan menggunakan JENAMA Orang TEMPATAN?

Sebenarnya, di dalam hal ini akan membabitkan polisi sesebuah kerajaan untuk bagaimana menghasilkan modal insan terhadap rakyat mereka sendiri.
Jika sesebuah kerajaan itu cenderung dan bergantung kepada sumber-sumber asli dalam negara, maka polisi pendidikan dalam negara akan menjurus kearah industri tersebut seperti Pertanian, Penternakan & Perikanan dan pembangunan infrastruktur awam.
Dan pihak kerajaan seperti ini akan menyandarkan tanggungjawap untuk menghasilkan produk-produk canggih serta berteknologi tinggi kepada pengusaha-pengusaha luar negara. 
Dengan meletakkan harapan pada suatu hari nanti semua Industri yang berteknologi tinngi itu akan di ambil alih oleh Rakyat Tempatan.
Itulah sebabnya bagi Kerajaan Malaysia khususnya banyak melakukan USAHASAMA (JV) antara Syarikat-Syarikat Tempatan serta Syarikat GLC dengan Syarikat-Syarikat berteknologi tinggi dari luar negara.


BAHASA PERNIAGAAN
Dari segi Perancangan Jangkamasa Panjang, Perlaksanaan serta kecenderungan untuk menjayakan projek seperti itu adalah cerah dan boleh di capai dalam masa terdekat dan Pelajar-Pelajar bakal lulusan bagi Jurusan-Jurusan yang berteknologi tinggi juga seimbang untuk memenuhi permintaan pasaran untuk jangkamasa terdekat, kerana di Negara Malaysia telah banyak Institusi Pengajian Tinggi yang menawarkan Kursus-Kursus bagi Teknologi Industri Utama teratas.


Cuma pengguasaan BAHASA INGGERIS di kalangan pelajar-pelajar yang bakal menjadi Pakar-Pakar dan Usahawan di dalam Industri Utama ini perlu di tingkatkan kerana BAHASA PERNIAGAAN DUNIA MENGGUNAKAN BAHASA INGGERIS.

Kerana persaingan dalam dunia perniagaan sebenar adalah sangat sengit dan memerlukan kepantasan dan kecekapan minda untuk melakukan sesuatu keputusan dengan cepat dan tepat.
Jika penguasaan Bahasa Inggeris tidak begitu baik, maka masa untuk mengalih bahasakan sesuatu Terma Perniagaan yang di tulis dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia (umpamanya) sudah memakan masa dan di situlah segala kerugian untuk merebut peluang dalam persaingan boleh berlaku.


KAMUS KHAS
Tidak salah untuk mengekalkan BAHASA KEBANGSAAN Negara masing-masing untuk segala urusan dalam menjalankan perniagaan, tetapi Sebuah KAMUS PERNIAGAAN yang menterjemahkan semua Terma-Terma Perniagaan dalam Bahasa Inggeris kepada BAHASA MELAYU (umpamanya) harus di buat segera dan KAMUS tersebut di WAJIB kan kepada semua Usahawan untuk memilikinya. 
Ini sebagai langkah menjimatkan masa untuk mencari pengalihan bahasa yang cepat serta tepat. langkah ini telah di lakukan di Negara JEPUN dan Negara-Negara maju  yang bukan berbahasa Inggeris.

Yang penting ialah VISI dan MISI untuk menembusi semua sektor INDUSTRI UTAMA dapat di lakukan oleh semua Usahawan serta berjaya melangkah ke peringkat GLOBAL.

editor

No comments:

Post a Comment