Wednesday, February 16, 2011

TREND PERNIAGAAN #4 - Post #108

TIPsNIAGA.COM Posting #108


TREND PERNIAGAAN #4
Penggunaan P.O.S. Sistem


P.O.S SYSTEM atau Point Of Sales System adalah Trend terkini di dalam mengendalikan segala Urusan Dalaman sesebuah Operasi Perniagaan yang melibatkan Perkhidmatan kepada para Pelanggan, di mana pada awalnya hanya Sistem-Sistem tertentu sahaja yang wujud seperti Calculator dan Electronic Cash Register (ECR) serta Komputer, tetapi Intergrasi nya tidak wujud untuk di hubung-kaitkan.


APA ITU POS System?
POS System yang melibatkan pelbagai Alat-Alat Berkomputer yang mengintergrasikan penggunaan sistem yang lain kedalam satu operasi seperti:-

  • Cash Drawer
  • Cash Receipt
  • Customer Display
  • Thermal Printer
  • Barcode Scanner
  • Debit/Credit Card reader
  • Weighing Machine
  • Credit Card Processing System
  • Customer's Signature
  • Customer Pin Pad Device
  • Atau semua Retail IT

Di bina di dalam sebuah Alat Berkomputer serba canggih dan boleh di sesuaikan untuk jenis-jenis kegunaan seperti untuk perniagaan berjenis:

  • Retail - Semua jenis Peruncitan
  • F&B Restaurants - Semua jenis Restoran
  • Storage / Warehousing kecil & besar
  • Sekolah / Institusi Pengajian / Pejabat-Pejabat Perkhidmatan Pelanggan
  • Semua jenis Perniagaan yang ada unsur-unsur JUAL & BELI & CUSTOMER SERVICES

Dimana semua kegiatan di bahagian-bahagian operasi akan dapat di lihat di dalam satu sahaja LAPORAN, dan melalui penggunaan POS System ini pihak KEWANGAN syarikat akan dapat melihat dan mengawal semua aliran kewangan dan apa juga perbelanjaan.


POS System ini ada pelbagai JENAMA di pasaran, setiap Pengusaha hanya perlu memberitahu pihak penyedia Sofware & Hardware POS System corak Operasi Perniagaan anda, dan mereka akan mengajukan jenis-jenis POS System yang sesuai.


KEBAIKAN
Dengan penggunaan POS System, syarikat anda akan dapat mengawal & mengurus segala perbelanjaan kewangan terhadap segala pembelian dan penjualan dengan baik dan berkesan, dimana melalui POS System kesemua aktiviti tersebut dapat DI KESAN dan DI LIHAT jika berlaku sebarang:- 

  • Kesilapan, salah laku dan sebagainya.
  • Ia sangat sesuai dengan jenis-jenis Operasi Perniagaan yang menggunakan WANG TUNAI atau pembayaran melalui Credit/Debit Cards.
  • Juga dapat mengesan bilangan stok-stok barangan yang telah di gunakan / dijual
  • Jumlah pendapatan dan pungutan harian/ mingguan / bulanan / tahunan
  • Juga dapat melihat segala urusan aktiviti jenis-jenis perniagaan anda beroperasi.
  • POS System juga dapat meningkatkan kelicinan Operasi Perniagaan selain mengurangkan risiko kehilangan wang kerana setiap urus niaga di catat dan di masukkan ke dalam System.

KELEMAHAN & KEBURUKAN
Setiap POS System di bina dengan peraturan yang di cipta oleh pencipta yang berbeza tetapi mempunyai tujuan yang sama, oleh yang demikian, anda perlu berhati-hati apabila ingin menggunakan dan membeli POS System yang BENAR-BENAR SESUAI dengan Operasi Perniagaan anda.


Jika anda tidak meneliti keperluannya, berkemungkinan akan banyak pembaziran berlaku dimana System yang anda beli itu tidak di gunakan sepenuhnya.


Dan anda perlu juga MELATIH setiap pekerja untuk memahami cara-cara penggunaan POS System, jika tidak, semua Data penting tidak dapat di intergrasikan sepenuhnya, itu bermakna laporan yang di keluarkan tidak tepat dan banyak kekurangan Data.


DIMANA BOLEH ANDA DAPATI
POS SYSTEM boleh di dapati di mana-mana Negara kerana ia telah menjadi salah satu KEMESTIAN di dalam apa-apa juga Operasi Perniagaan.
Anda hanya perlu mencari di Internet segala maklumat mengenai penjualan dan penggunaan POS System ini, dan pada hari ini telah ada banyak Syarikat yang mengeluarkan alat-alat POS System termasuk di Negara Malaysia.


Nilai atau Harga sesebuah Alat beserta Systemnya akan bergantung kepada jenis-jenis Software & Hardware yang sesuai dengan Operasi Perniagaan anda. 
Tetapi ia boleh dikirakan sebagai suatu Pembangunan terhadap System Pengoperasian Urusan-niaga syarikat dan boleh di takrifkan sebagai Asset Capital syarikat anda.


RUMUSAN
Untuk melicinkan segala urusan operasi perniagaan anda, adalah lebih baik anda menggunakan POS System kerana ia dapat meningkatkan prestasi dan kecekapan operasi dan dalam masa yang sama anda dapat memperolehi maklumat-maklumat operasi yang tepat, cepat dan terkawal.


POS System ini juga dapat mengurangkan dan menghapuskan penipuan di dalam urusniaga harian oleh pekerja-pekerja sendiri kerana POS System di salurkan terus kepada Bahagian Kawalan Kewangan Pusat Syarikat anda. Dimana peluang untuk melakukan PENIPUAN adalah terhad dan tipis.


Oleh yang demikian, penggunaan POS System amat di galakkan di dalam perniagaan hari ini, dapatkan maklumat terkini mengenai POS System ini, lakukan penilaian dan anda lakukan apa yang terbaik bagi syarikat anda.


editor

No comments:

Post a Comment