Friday, February 04, 2011

JENIS PERNIAGAAN #2 - Post #66

TIPsNIAGA.COM Posting #66

JENIS PERNIAGAAN #2
Peniaga Pasar Malam


Apabila menyebut Peniaga Pasar Malam, kita jangan mudah memperkecilkan mereka kerana didalam Sistem penjualan, Peniaga-Peniaga Pasar Malam tergolong didalam Kumpulan atau Golongan STRATEGIC SALES BUSINESS atau PERNIAGAAN PENJUALAN STRATEGIK.
Mereka MEMUSATKAN perniagaan mereka atas 1 jenis Produk dan berniaga pada Waktu-Waktu Malam tertentu yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa, tetapi kebiasaannya akan bermula dari jam 6 petang hingga ke 10 malam.


KELEBIHANNYA

  • Mereka tidak perlu mencari Pelanggan
  • Pelanggan akan datang secara beramai-ramai dimasa ditetapkan
  • Setiap malam mereka berniaga dilain-lain LOKASI
  • Hanya tertumpu kepada produk-produk tertentu
  • Sewa yang murah yang berbentuk Bulanan atau Tahunan
  • Persaingan yang tidak sengit diantara Peniaga
  • Tidak memerlukan pekerja yang ramai



KEPERLUANNYA

  • Memiliki Kenderaan sendiri untuk dijadikan Tapak Niaga atau sebagai kenderaan pengangkutan
  • Meja-Meja untuk mempamer barangan
  • Payung atau kanopi besar untuk mengelakkan HUJAN
  • Generator untuk menjana LETRIK
  • Barang-Barang JUALAN samaada berbentuk produk atau makanan dan makanan bermasak





TANGGUNGANNYA

  • Lebih kepada KOS PENGANGKUTAN
  • Minyak untuk Generator
  • Gaji Pekerja
  • Modal Pusingan
  • Kos Bahan dan keperluan 



Selainnya akan bergantung kepada kebijaksanaan Peniaga tersebut untuk menambat hati pengunjung Pasar Malam, jika mereka terpaksa bersaing kerana ada Peniaga lain yang menjual produk yang sama, mereka perlu pastikan:-

  • Produk mereka lebih baik dan bermutu
  • Lebih Murah
  • Layanan yang mesra
  • Khidmat yang cekap dan pantas



Jika itu dapat dipastikan berjalan dengan lancar, perniagaan mereka diPasar-Pasar Malam akan dapat bertahan lama dan boleh meraih keuntungan secara berterusan. 
Peniaga Pasar Malam hanya perlu menjaga DISIPLIN untuk masa-masa berniaga mereka dipelbagai LOKASI yang ditetapkan oleh pihak pengeluar lesen.


Yang penting anda memiliki sumber pendapatan yang tetap untuk menyara segala keperluan keluarga anda!


editor

No comments:

Post a Comment