Friday, February 04, 2011

JENIS PERNIAGAAN #3 - Post #67

TIPsNIAGA.COM Posting #67

JENIS PERNIAGAAN #3
Peniaga Kedai RUNCIT


Perniagaan Kedai Runcit ada banyak perkara yang harus diberi perhatian yang berkenaan dengan yang berikut:-


PERTAMA:
  • Tahap Modal
  • Lokasi Kedai
  • Keluasan Kedai
  • Susunan Barang-Barang
  • Kemudahan Awam
  • Hiasan Kedai
  • Iklan Papantanda
Semua ini akan memainkan peranan penting untuk kemajuan atau kemunduran perniagaan kedai runcit, dimana kekuatan MODAL akan menentukan CORAK KEDAI yang anda mampu SEWA atau BELI.
  • MODAL juga akan memainkan peranan untuk mendapatkan LOKASI yang STRATEGIK serta keluasan yang memadai.
  • Kemudahan AWAM adalah seperti Kipas Angin atau Penyaman Udara dan Ruang Legar yang memberi keselesaan bagi Pelanggan untuk bergerak didalam kedai. 
  • Dan Hiasan Dalaman akan juga menenangkan fikiran Pelanggan jika berada diruang kedai anda, ini sedikit sebanyak membantu Pelanggan meminati dan menyukai kedai anda.
Iklan Papantanda juga harus TERANG dan dapatdilahat oleh orang ramai dan menarik rekabentuknya serta NAMA kedai yang MUDAH untuk disebut dan diingati


KEDUA:
Sebagai Kedai Runcit, setiap Peniaga HARUS TAHU apakah barang-barang keperluan ASAS untuk sesebuah keluarga harus disediakan. Keperluan UTAMA bagi semua tahap UMUR seperti:-
  • Bayi Lelaki / Perempuan
  • Kanak-Kanak lelaki / Perempuan
  • Remaja lelaki / Perempuan
  • Wanita / Kaum Ibu
  • Lelaki / Kaum Bapa
  • Orang-Orang Tua lelaki / Perempuan

Dimana disetiap golongan itu akan ada keperluan mereka sendiri, kerana itu sebagai Kedai Runcit anda perlu MEMBUAT KAJIAN melalui TINJAUAN dikawasan atau lokasi Kedai anda berada, sebaik mungkin lakukan Market Segmentation Survey untuk mendapatkan segala Maklumat mengenai Penduduk dikawasan yang anda pilih.


Maklumat daripada KAJIAN boleh dijadikan sebagai GARIS-PANDU untuk melakar apakah barang-barang yang HARUS ANDA JUAL. Kedai Runcit yang dapat menyediakan KEPERLUAN AWAM akan disenangi oleh Pelanggan dan mereka tidak perlu untuk pergi jauh untuk membelinya.


KETIGA
  • Juga HARUS menyediakan Barang-Barang keperluan RUMAH seperti:-
  • Perkakas Pertukangan Kayu / Besi
  • Peralatan Bilik Air
  • Peralatan Elektrik / Gantian
  • Bahan-Bahan Pencuci
  • Dan lain-lain

Dengan cara ini, Kedai Runcit anda sekurang-kurang dapat memenuhi 90% keperluan Penduduk Kawasan tersebut dan anda dapat menyekat penduduk kawasan itu daripada keluar membeli belah ke tempat-tempat lain.


Jika Penduduk setempat keluar membeli ketempat lain itu menandakan Harga Jualan diKedai anda MAHAL!


KEEMPAT
HARGA-HARGA BARANGAN
Ini adalah satu masaalah besar bagi kebanyakan PERUNCIT kerana mereka gagal untuk mendapatkan bekalan barang-barang dengan harga yang munasabah. 
Perkara ini disebabkan oleh PERANAN ORANG TENGAH yang menjadi PENGEDAR kepada Pengimport-Pengimport Besar ataupun Pengilang.


Seperti yang telah disiarkan melalui Post yang lalu, sebagai Peruncit anda harus berusaha untuk MENCARI bekalan barang-barang daripada Pengedar-Pengedar yang menawarkan harga yang lebih rendah atau jika terpaksa anda cuba berurusan terus dengan pihak Pengimport ataupun Pengilang.


TUJUAN UTAMA 
Langkah mencari bekalan yang lebih murah ialah untuk MENGAWAL HARGA JUALAN dikedai Runcit anda agar ianya tidak MELEBEHI daripada Harga Jualan ditempat-tempat lain. 


JANGAN AMBIL KESEMPATAN untuk menjual Barangan dengan Harga yang MAHAL kerana tidak ada persaingan atau lokasi kedai runcit anda terpencil jauh dari kemudahan awam yang lain. 
Dimana dalam banyak KES, kedai-kedai runcit seperti ini tidak dapat berkembang maju dan ada Penduduk yang memulaukan mereka.


Harus diketahui bahawa Margin KEUNTUNGAN bagi Kedai Runcit adalah Purata sekitar 35%, jika anda membelinya dengan Harga yang MAHAL maka Margin Keuntungan anda akan mengecil. 


Dan margin 35% itu adalah berbentuk KEUNTUNGAN KASAR dan belum ditolak segala Tanggungan yang ada.


editor

No comments:

Post a Comment