Tuesday, February 08, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #9 - Post #81

TIPsNIAGA.COM Posting #81

PEMBANGUNAN PRODUK #9
R&D Pemikiran & Pilihan - BANTU & JUAL
SEKMEN BANTU DIRI KAUM #2



Satu lagi Konsep BANTU DIRI KAUM didalam Kaedah BANTU & JUAL yang saya ambil contoh dari Negara Singapura. Di Negara ini terdapat sebuah Kesatuan Sekerja yang dikenali sebagai NTUC atau National Trade Union Congress yang dipelopori oleh pemerintah, walaupun TUJUAN UTAMA Congress ini untuk menjaga HUBUNGAN diantara PEKERJA, MAJIKAN dengan PEMERINTAH tetapi lama kelamaan kefungsiannya bercambah kepada membantu AHLI untuk menambah pendapatan. Dan NTUC dengan sokongan Pemerintah menubuhkan PASARAYA-PASARAYA dibawah Anak Syarikat NTUC dan dikenali sebagai NTUC FAIRPRICE. 


KONSEPNYA 

Setiap Pekerja Kolar Biru dan kolar Putih LAYAK menjadi Ahli NTUC Induk dan diberi peluang untuk membeli SAHAM didalam NTUC FAIRPRICE dengan kadar yang rendah setiap seorang, seingat saya sekitar $S19 seorang.(jika tidak silap) Dengan pembelian Saham Syarikat NTUC FAIRPRICE, setiap Ahli layak mendapat Pulangan Dividen dalam bentuk tahunan disamping dapat membeli barang-barang keperluan seisi rumah di Pasaraya-Pasaraya NTUC FAIRPRICE dengan Rebate-Rebate Instimewa yang dimasukkan kedalam Akaun sesorang Ahli. 


Dengan ini, setiap ahli mendapat harga yang rendah tetapi potongan harga tidak diberi secara tunai melainkan dengan memberikan Point-Point tertentu. Jadi, dengan pungutan Penjualan Saham kepada Pekerja-Pekerja AM, Syarikat NTUC FAIRPRICE dapat membeli, mengimport dan mebuat, mengilang barang-barang keprluan serta produk-produk baharu dengan harga yang rendah dari pasaran, dan harga yan gditawarkan melalui Pasaraya-Pasaraya mereka juga rendah. langkah ini dapat MENJIMATKAN WANG para pekerja ketika berbelanja. 

TUJUAN NTUC FAIRPRICE
Membantu kaum Pekerja berjimat cermat dengan berbelanja ditempat / Pasaraya sendiri dengan harga jualan yang lebih murah Melayakkan setiap Pekerja menjadi Pemegang Saham Syarikat Koperasi NTUC FAIRPRICE dan menjana pendapatan Tahunan melalui pembayaran Dividen Terbuka kepada semua KERAKYATAN Membantu kaum Pekerja untuk menyimpan wang dari penjimatan berbelanja untuk perkara-perkara lain. 

Setelah lebih 30 tahun beroperasi, NTUC FAIRPRICE kini memiliki banyak Cawangan Pasaraya-Pasaraya di Seluruh Pulau Singapura, walupun ia ditubuhkan untuk Kaum Pekerja tetapi seawal penubuhannya, jualan maseh dan tetap dibuka kepada Orang Awam lainnya, bezanya mereka bukan sebagai pemegang Saham dan tidak mendapat Dividen tahunan. Tapi dapat membeli dengan harga jualan yang lebih rendah dari Pasaraya-Pasaraya yang lain. 

MODUS OPERANDI
MUDAH....Pihak NTUC FAIRPRICE dilihat membeli semua bekalan-bekalan terus samaada daripada pihak Pengilang / Pembuat didalam dan di luar negara. 

Ada banyak produk-produk yang dijual dahulu telah menggunakan JENAMA sendiri iaitu Jenama NTUC sehingga kebarangan keperluan dapur seperti Asam dan Garam. Melalui NTUC FAIRPRICE ini pula mereka menubuhkan Anak-Anak Syarikat kecil untuk membantu melakukan kerja-kerja:  
Mengimport Barangan dan  Mencari dan Membeli dari semua sumber di seluruh Dunia 
Menyimpan Barangan dan  Mengedar Barangan kepada Cawangan Pasaraya menurut permintaan
Mengilang dan Memproses seperti  kerja-kerja memproses / membungkus sesuatu produk yang dibeli secara PUKAL / BULK


Ini Tidak termasuk lagi Anak-Anak Syarikat yang bernaung dibawah NTUC yang telah dipelbagaikan jenis Perniagaan dan Perkhidmatan, semuanya di Tadbir dan di Urus oleh golongan-golongan Profesional dalam bidang masing-masing.


PENDIRIAN
Ini menunjukkan pendirian NTUC yang tidak mahu sesuatu kerja atau tugas itu hanya dipikul oleh SATU sahaja Syarikat dan akan menjejas prestasi kemajuan dengan lambakkan kerja dan tanggungjawap.
Dengan Kaedah pengagihan kerja kepada penubuhan Anak-Anak Syarikat yang lebih kecil, mereka mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan dan teratur dan setiap sektor itu hanya menumpukan kepada tugasan masing-masing.
Kaedah ini memang harus dijadikan Teladan oleh mana-mana pertubuhan untuk dijadikan sebagai MODEL OPERASI PERNIAGAAN yang sangat baik. Kerana dari segi kesan Pisikologi terhadap pekerja ia sangat baik serta tertumpu tugasannya, hasilnya setiap bahagian dapat melakukan setiap kerja dengan cemerlang.


RUMUSAN
Langkah ini telah dilihat sebagai berjaya untuk merancakkan Ekonomi kaum Pekerja dan juga kepada negara, kerana golongan pekerja adalah Sumber Utama bagi Negara Singapura yang kini dianggarkan melebihi 5 Juta orang termasuk Rakyat-Rakyat Asing.


Kini NTUC telah berjaya menyerantau dengan Konsep FAIRPRICE nya kebanyak Negara lain. Adakah Model Perniagaan ini sesuai untuk anda?....

editor

No comments:

Post a Comment