Tuesday, March 15, 2011

PENGURUSAN #4 - Post #172

TIPsNIAGA.COM - Chapter Two -Post #172


PENGURUSAN #4
CHAIRMAN / PRESIDENT / CEO / MD 
SIAPA KAH MEREKA?


Di dalam seseuatu SYARIKAT kita akan dapati JAWATAN-JAWATAN seperti CHAIRMAN / PRESIDENT / CEO / MD. 


PERSOALAN NYA : SIAPAKAH MEREKA DAN APAKAH FUNGSI JAWATAN YANG MEREKA SANDANG?


CHAIRMAN dan PRESIDENT SYARIKAT
  • Samaada yang bertaraf EXECUTIVE atau pun yang bukan Executive adalah Individu yang di lantik sebagai KETUA UTAMA dalam sesebuah Syarikat.
  • Yang memegang TARAF sebagai EXECUTIVE CHAIRMAN / PRESIDENT, mereka BERKUASA PENUH serta AKTIF di dalam kerja-kerja harian di dalam sesebuah syarikat.
  • Manakala yang BUKAN EXECUTIVE adalah Individu yang di lantik sebagai ICON atau KETUA berdasarkan POPULARITI Individu tersebut TETAPI tidak menjalankan KERJA SEPENUH MASA tetapi di peruntukkan ELAUN sebagai IMBUHAN.
  • Mereka ini samaada PEMILIK ASAL yang telah BERSARA ataupun Individu yang di kenali oleh Si Pemilik Syarikat yang di sengajakan untuk di jadikan ICON SYARIKAT atas sebab-sebab STRATEGI PERNIAGAAN.
  • Perkataan PRESIDENT amat kurang di gunakan di ASIA tetapi penggunaan nya meluas di Eropah dan Amerika Syarikat, juga menyamai Jawatan CHAIRMAN.
  • EXECUTIE CHAIRMAN / PRESIDENT akan menjalankan KERJA seperti PENGURUS UTAMA di dalam sesebuah ORGANISASI SYARIKAT.
CEO atau Chief Executive Officer
  • Merupakan Individu yang di lantik oleh Pihak LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT untuk MENGETUAI OPERASI & PENGURUSAN PERNIAGAAN.
  • Perlantikan CEO ini akan di dasarkan kepada BILANGAN PEGANGAN SHARE Individu tersebut di dalam Syarikat, ini bermakna Individu ini memegang lebih banyak SHARE daripada Ahli Lembaga Pengarah yang lain.
  • Tetapi ada juga CEO yang tidak memiliki SHARE MAJORITI tetapi di lantik kerana KEPAKARAN & KEMAHIRAN di dalam Perniagaan yang di jalankan.
  • Dan ada juga CEO yang di lantik TANPA SEBARANG PEGANGAN SHARE dan CEO seperti ini adalah Golongan PROFESIONAL yang DI GAJIKAN sebagai CEO.
  • Jawatan CEO selalu di guna-pakai di dalam Syarikat yang memiliki RAMAI PEMEGANG SAHAM melalui SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD yang memiliki LEBIH dari 5 orang PEMEGANG SAHAM UTAMA dan melantik CEO di pandang sebagai LANGKAH BERSIFAT ADIL di kalangan Lembaga Pengarah untuk mengelakkan PEREBUTAN KUASA MEMIMPIN.
  • Jawatan CEO juga di guna-pakai di dalam Oranisasi Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun.
  • Tugas & Tanggungjawap CEO bersamaan dengan jawatan Executive Chairman / President tetapi dengan sedikit SEKATAN KUASA kerana segala KEPUTUSAN PENTING harus di rujuk kepada LEMBAGA PENGARAH - Board Of Directors.
MD atau Managing Director
  • Jawatan ini selalunya di sandang oleh PEMILIK SYARIKAT sebagai PENERAJU UTAMA PERNIAGAAN.
  • Saiz Syarikat selalu nya tidak besar dan tidak ramai PEMEGANG SAHAM dan kebanyakan nya KURANG daripada 4 Pemegang SAHAM atau hanya BERDUA sahaja.
  • Syarikat seperti ini adalah yang bertaraf SYARIKAT MILIK INDIVIDU dimana mereka tidak memerlukan AHLI LEMBAGA PENGARAH.
  • Hanya Syarikat yang berdaftar sebagai SENDIRIAN BERHAD (Sdn Bhd) sahaja yang akan wujud Jawatan Managing Director - MD
  • MD menjalankan Tugas & Tanggungjawap penuh di dalam semua Urus Tabdir Syarikat.
NOTA
SYARIKAT PEMILIKAN TUNGGAL 
  • Syarikat Pemilikan Tunggal atau Sole Proprietor TIDAK TERTAKLUK untuk menggunakan Jawatan Chairman / President / CEO atau MD kerana di dalam PENDAFTARAN SYARIKAT TELAH JELAS MEMBERITAHU MEREKA ADALAH PEMILIK TUNGGAL.
  • Oleh yang demikian mereka tidak memerlukan Nama jawatan yang tertentu, memadai dengan nama JAWATAN PENGURUS sahaja.
  • Tetapi ada juga PENIAGA & USAHAWAN dari Syarikat Pemilikan Tunggal seperti ini menggunakan Nama-Nama CEO atau MD. Ia tidak bersalahan dari segi Undang-Undang tetapi di lihat sebagai penggunaan Nama Jawatan yang TIDAK TEPAT.
RUMUSAN
  • SEMUA JAWATAN YANG DI SEBUT MERUPAKAN PENERAJU UTAMA DI DALAM SISTEM PENGURUSAN SESEBUAH SYARIKAT ATAU ORGANISASI.
  • HANYA JENIS JAWATAN NYA SAHAJA BERPANDUKAN KEPADA SIAPA MEREKA, APA JENIS PERSYARIKATAN DAN MENCERMINKAN PECAHAN KEKUASAAN MEMIMPIN.
  • APA JUGA JAWATAN YANG INGIN DI GUNAKAN, IA NYA BERGANTUNG KEPADA SESUATU ORGANISASI DAN SYARIKAT UNTUK MEMILIH YANG BERSESUAIAN DENGAN MEREKA. TIDAK AKAN ADA KESALAHAN DARI SEGI PERUNDANGAN.
editor

No comments:

Post a Comment