Friday, February 25, 2011

MODEL PERNIAGAAN #2 - Post #135

TIPsNIAGA.COM Posting #135


MODEL PERNIAGAAN #2
KONSEP NIAGA KEAGAMAAN
Perniagaan BERKONSEPKAN ISLAM


PERHATIAN UNTUK SEMUA PEMBACA, 
ARTIKEL INI MENERANGKAN MODEL PERNIAGAAN YANG BERKONSEPKAN ISLAM...Para PEMBACA dari KEPERCAYAAN AGAMA yang lain maseh boleh mengikuti nya kerana CARA MENJALANKAN PERNIAGAAN dalam ILMU PERNIAGAAN itu TETAP SAMA, yang berbeza hanya KEPERCAYAAN sesuatu AGAMA di dalam PERLAKSANAAN MENJALANKAN PERNIAGAAN.


DEFINASI PERNIAGAAN BERKONSEPKAN ISLAM


ILMU PERNIAGAAN AKAN TETAP SAMA dan tidak berubah di dalam Ilmu Pentadbiran dan Pengurusan nya, dan apabila sesuatu KONSEP KEAGAMAAN di masukkan ke dalam sesuatu Perniagaan, itu DI ISTILAH sebagai SUATU KONSEP yang menurut sesuatu KEPERCAYAAN AGAMA seperti yang terdapat di dalam Agama-Agama Islam, Christian, Hindu, Sikh, Buddha, Tao dan sebagai nya.


Manakala Perniagaan yang BERKONSEPKAN ISLAM akan memberi GARIS PANDU kepada PENIAGA mengenai :-
  1. APA YANG DI TERIMA DALAM ISLAM 
  2. APA YANG DI LARANG DALAM ISLAM.
Ini merujuk kepada PERUNDANGAN DARIPADA AGAMA ISLAM yang harus di patuhi oleh semua PENGANUT nya.
Oleh kerana itu, setiap PERNIAGAAN yang di jalankan menggunakan KONSEP ISLAM.


Harus MENEPATI SEGALA UNDANG-UNDANG yang di tetapkan di dalam SYARAK ISLAM supaya apa yang di lakukan di dalam perniagaan itu menjadi BERSIH dan TERHINDAR dari perkara-perkara yang di larang untuk KESEJAHTERAAN semua  UMAT ISLAM dan PENDUDUK DUNIA.


SEBAGAI PENIAGA
Sebagai seorang PENIAGA yang mahu menggunakan KONSEP PERNIAGAAN ISLAM dan MENGKHUSUSKAN Penjualan produk dan Perkhidmatan untuk UMAT ISLAM.


Mereka secara ASAS nya harus menepati segala keperluan Perundangan ISLAM yang wujud untuk sesuatu jenis produk yang di hasilkan. Dan tidak harus melakukan perkara yang bertentangan dengan suruhan ISLAM.
Jika melakukan yang bertentangan, itu bermakna peniaga tersebut TIDAK MENGIKUTI KONSEP PERNIAGAAN yang di tuntut oleh ISLAM yang sebenar.


YANG DI TUNTUT OLEH ISLAM
Contoh A
  • Hasil sesuatu Pembuatan Produk HARUS dari Sumber yang HALAL dari bahan-bahan ASAS pembuatan nya, seperti ingin menggunakan PATI AYAM, harus di pastikan AYAM yang di gunakan telah DI SEMBELIH menurut UNDANG-UNDANG ISLAM.
  • Jika AYAM tersebut tidak di sembelih menurut ISLAM maka PATI AYAM tersebut tidak boleh di klasifikasikan sebagai HALAL dan Produk yang di keluarkan yang menggunakan PATI AYAM itu juga TIDAK HALAL dan TIDAK BOLEH DI GUNAKAN oleh UMAT ISLAM.
  • Ini adalah CONTOH bagaimana ISLAM mensyaratkan segala PERUNDANGAN di dalam sesuatu PEMBUATAN atau PENGHASILAN sesuatu Produk untuk UMAT ISLAM.
Contoh B
  • Begitu juga dengan MAKANAN seperti KFC atau McDonald yang menyediakan Makanan HALAL kepada pelanggan ISLAM, mereka harus MEMASTIKAN setiap produk yang di buat dari Hasil ternakan harus menepati SYARAT yang di tetapkan oleh ISLAM, yang merangkum daripada :-
Bahan Asas Pembuatan
  1. Asal Usul Bahan yang di gunakan
  2. Cara Memproses Bahan
  3. Cara Penyiapan Produk
  4. Cara Menjual Produk
SEMUA NYA ADA SYARAT & CARA ISLAM YANG PATUT DI PATUHI Oleh semua PENIAGA yang terlibat dengan sesuatu Produk untuk Umat ISLAM.


ETIKA PERNIAGAAN ISLAM
Di dalam AGAMA ISLAM wujud ETIKA untuk bagaimana menjalankan sesuatu PERNIAGAAN tanpa MELANGGAR UNDANG-UNDANG ISLAM. 


Dan Etika Perniagaan ISLAM ini selalu nya di pandang ringan oleh Para PENIAGA walaupun yang ada di antara nya adalah PENGANUT AGAMA ISLAM itu sendiri.


Ini menunjukkan bahawa seseorang PENIAGA itu TIDAK MEMPELAJARI dan TIDAK MEMAHAMI apakah TUNTUTAN daripada AGAMA ISLAM di dalam sesuatu PERNIAGAAN. Dan akhirnya mereka hanya melakukan perniagaan tersebut dengan cara yang biasa.


Melalui PEMAHAMAN yang saya dapati dari pembacaan mengenai ETIKA PERNIAGAAN DI DALAM ISLAM, saya dapati segala ETIKA dan PERUNDANGAN yang di tetapkan di dalam ISLAM sangat :-
  • Mengamalkan AMALAN YANG BERSIH & SUCI
  • Mengelakkan membuat sesuatu dari sumber yang tidak BERSIH & HALAL
  • Mengelakkan dari menggunakan Sumber yang boleh mendatangkan PENYAKIT
  • Menjauhi Amalan-Amalan Perniagaan yang berniat BURUK & JAHAT
  • Menggalakkan Peniaga agar BERSIFAT JUJUR dan JANGAN MENIPU
  • Menggalakkan meraih KEUNTUNGAN daripada Sumber yang HALAL
  • Menggalakkan menjual dengan HARGA YANG BERPATUTAN 
  • Menggalakkan KERJASAMA dan PEMBANGUNAN PERNIAGAAN secara bersama
  • Menanam NILAI-NILAI CINTAKAN MASYARAKAT dan SESAMA BANGSA MANUSIA.
  • Menggalakkan PENGAGIHAN KEKAYAAN dengan MENGGALAKKAN MENDERMA / BERZAKAT HARTA
Dan ada banyak lagi NILAI-NILAI yang baik di terapkan di dalam PERUNDANGAN untuk menjalankan PERNIAGAAN BERKONSEPKAN ISLAM.


KONSEP PERNIAGAAN ISLAM SEBENAR NYA MENJURUS KEPADA 

  1. Penyediaan Semua Sumber Produk dan Perkhidmatan yang BERLANDASKAN ISLAM
  2. Penyediaan Segala Keperluan Umat ISLAM yang berbentuk HALAL
  3. Penyediaan Prasarana & Infrastruktur yang berkonsepkan ISLAM
  4. Melakukan Etika JUAL & BELI menurut PERUNDANGAN ISLAM
  5. Melakukan SEMUA PERKARA DI ATAS TANPA MENGETEPIKAN Umat Manusia yang MENGAMALKAN AGAMA YANG LAIN dengan MEMBERIKAN LAYANAN YANG ADIL & SAKSAMA.
RUMUSAN

Ini adalah BAHAGIAN PERTAMA mengenai KONSEP PERNIAGAAN ISLAM dan Posting seterus nya akan menyentuh pelbagai lagi TOPIK supaya Para PENIAGA dapat MEMAHAMI apakah perbezaan ILMU PERNIAGAAN yang berbentuk UNIVERSAL itu dengan PERNIAGAAN YANG BERKONSEPKAN ISLAM.


editor

No comments:

Post a Comment