Friday, February 25, 2011

MODEL PERNIAGAAN #3 - Post #136

TIPsNIAGA.COM Posting #136


MODEL PERNIAGAAN #3
KONSEP PERNIAGAAN ISLAM
Perniagaan Berasaskan PRODUK HALAL




DEFINASI PRODUK HALAL
  • SEMUA PRODUK yang di cipta, di reka, di bina, di wujudkan, di hasilkan BERDASARKAN DARI SUMBER YANG 100% HALAL menurut PERUNDANGAN atau SYARAK di dalam AGAMA ISLAM.

JENIS PRODUK HALAL YANG WUJUD
  • Semua Jenis DAGING BINATANG kecuali yang DI HARAMKAN
  • Semua Jenis Produk MAKANAN yang di buat dari BINATANG kecuali yang DI HARAMKAN
  • Semua Jenis Produk MAKANAN yang di buat dari TUMBUH-TUMBUHAN
  • Semua Jenis Produk MAKANAN yang di buat dari BUAH-BUAHAN
  • Semua Jenis Produk PAKAIAN yang di buat dari KULIT BINATANG kecuali yang DI HARAMKAN
  • Semua Jenis Produk PAKAIAN yang di buat dari TUMBUH-TUMBUHAN
  • Semua Jenis Produk UBAT-UBATAN / KESIHATAN yang di buat dari sumber BINATANG / BUAH-BUAHAN / TUMBUH-TUMBUHAN kecuali dari sumber yang DI HARAMKAN
  • Semua Jenis Produk KECANTIKAN WANITA yang di buat dari sumber BINATANG / BIAH-BUAHAN / TUMBUH-TUMBUHAN kecuali dari sumber yang DI HARAMKAN
  • Semua Jenis PERKAKAS / PERALATAN atau APA JUGA PRODUK yang di buat bersumberkan yang HALAL
DEFINASI PENENTUAN HALAL
SESUATU PRODUK harus di buat melalui SUMBER dan CARA yang HALAL bermula daripada BAGAIMANA sesuatu BAHAN ASAS itu di DAPATI, samaada melalui PROSES  PERTANIAN, PENTERNAKAN DI DARAT dan LAUT, CARA PEMBELIAN harus berdasarkan PERUNDANGAN ISLAM dan tidak boleh dari SUMBER atau CARA yang DI HARAMKAN atau yang BERTENTANGAN dengan AJARAN ISLAM.






CONTOH A
  • Seperti sesuatu BAHAN ASAS yang DI DAPATI dengan CARA MENCURI DARIPADA ORANG LAIN
  • PENTERNAKAN yang menggunakan BAHAN MAKANAN TIDAK HALAL kepada Binatang peliharaan
  • PERTANIAN yang menggunakan PEMBAJAAN dari SUMBER dan BAJA yang DI HARAMKAN
CONTOH B
  • PENUBUHAN KILANG dan PERUSAHAAN yang menggunakan WANG dari SUMBER HARAM seperti daripada WANG PERJUDIAN, ROMPAKAN, MENGGELAPKAN WANG ORANG LAIN.
  • ATAU dari sumber WANG RIBA' dari sesuatu PELABURAN yang juga tidak HALAL di dalam PERUNDANGAN ISLAM
  • ATAU dengan MENGAMBIL ALIH Perniagaan Orang lain TANPA KERELAAN atau PERSETUJUAN dengan CARA PENIPUAN.
KESEMUA CONTOH yang di sebutkan ini adalah DASAR untuk bagaimana ingin membuat sesuatu PRODUK dari SUMBER atau CARA yang DI HALALKAN.


INI membawa MAKSUD bahawa jika seseorang PENIAGA itu mahu MENGHASILKAN sesuatu PRODUK yang di TAKRIFKAN sebagai 100% HALAL, maka mereka HARUS MEMATUHI segala PERUNDANGAN ISLAM yang wujud. 
Apa juga yang di lakukan secara BERTENTANGAN dengan Perundangan ISLAM maka ia di anggap TIDAK HALAL.


ETIKA PERNIAGAAN ISLAM 
DEFINASI
A] ETIKA YANG DI HALALKAN
  • Setiap JUAL & BELI harus di berlandaskan kepada NIAT yang BAIK, JUJUR dan IKHLAS
  • Setiap JUAL & BELI harus di lakukan dengan RASA TANGGUNGJAWAP terhadap ISLAM
  • Setiap JUAL & BELI harus di lakukan dengan AKAD atau PERSETUJUAN KEDUA BELAH PIHAK
  • Setiap JUAL & BELI harus di lakukan TANPA NIAT BURUK, HASAD DENGKI, PENIPUAN
  • Setiap JUAL & BELI harus di lakukan dengan NILAI yang MUNASABAH tanpa UNSUR RIBA'
  • Setiap JUAL & BELI harus di lakukan dalam keadaan yang MESRA PELANGGAN
B] ETIKA YANG TIDAK DI HALALKAN
  • JUAL & BELI dengan NIAT BURUK / HASAD DENGKI / MENIPU
  • JUAL & BELI dengan TIDAK ADA RASA TANGGUNG JAWAP TERHADAP ISLAM
  • JUAL & BELI dengan NILAI HARGA YANG TIDAK MUNASABAH dan wujud unsur RIBA'
  • JUAL & BELI dengan CARA PAKSAAN
  • JUAL & BELI dengan TIDAK BERSOPAN
  • JUAL & BELI dengan TIDAK WUJUD PERSETUJUAN KEDUA BELAH PIHAK
DEFINASI RIBA'
  1. SESUATU PRODUK dan PERKHIDMATAN yang di tawarkan yang SENGAJA di letakkan dengan NILAI atau HARGA yang SANGAT TINGGI daripada AMALAN BIASA atau dari NILAI PASARAN SEMASA.
  2. Dimana LEBIHAN KEUNTUNGAN daripada NILAI atau HARGA nya DI KLASIFIKASIKAN sebagai RIBA (dari bahasa Arab) atau dengan maksud KEUNTUNGAN YANG TIDAK DI HALALKAN kerana MELAMPAUI BATAS yang di benarkan oleh Agama ISLAM.
SEMUA YANG DI SEBUTKAN adalah ASAS di dalam PERNIAGAAN yang di unjurkan oleh AGAMA ISLAM untuk semua PENIAGA dan PENGUSAHA PERNIAGAAN di atas muka Bumi ini tanpa mengira BANGSA dan NEGARA mereka berasal.


PERUNDANGAN ISLAM hanya memberikan GARIS PANDUAN untuk ILMU PERNIAGAAN yang bercorak UNIVERSAL atau SEMUA BOLEH kepada ILMU PERNIAGAAN yang AKTIVITI nya di terima di dalam AMALAN AGAMA ISLAM untuk PENGANUT yang beragama ISLAM.


END PRODUCT atau PRODUK SIAP
Sesuatu End Product yang telah SIAP dan telah di jual di kedai yang samaada di jual secara Perundangan Islam atau di jual oleh orang yang beragama ISLAM, maseh BELUM TERJAMIN samaada Produk tersebut di buat melalui PROSES YANG HALAL seperti yang telah di jelaskan di atas.


Oleh kerana itu, seseorang PENIAGA ISLAM harus ada RASA TANGGUNGJAWAP untuk menyelidik ASAL USUL sesuatu produk itu samaada segala Proses pembuatan nya menurut PERUNDANGAN yang di tetapkan oleh ISLAM. Ini untuk MEMASTIKAN SESUATU PRODUK YANG DI JUAL ITU adalah HALAL untuk DI GUNAKAN OLEH Pelanggan yang beragama ISLAM.


RUMUSAN
SETAKAT INI kita telah mengetahui dan memahami bahawa DEFINASI HALAL itu bukan sahaja melibatkan penyembelihan binatang secara ISLAM atau Arak, Judi, Khinzir itu DI HARAMKAN oleh ISLAM...TETAPI ia lebih LUAS daripada itu.


Kerana ISLAM menggalakkan sesuatu AKTIVITI yang di jalankan di dalam sesuatu perniagaan itu benar-benar di lakukan berdasarkan AJARAN yang di benarkan dalam Perundangan ISLAM bermula daripada AKAR UMBI sesuatu yang ingin di lakukan.


Bersambung di Posting selanjut nya....


editor

No comments:

Post a Comment