Saturday, February 26, 2011

MODEL PERNIAGAAN #6 - Post #139

TIPsNIAGA.COM Posting #139


MODEL PERNIAGAAN #6
PENGURUSAN ISLAM DENGAN PENGURUSAN KONVENSIONAL
APAKAH PERBEZAAN NYA


PENGURUSAN ISLAM DENGAN PENGURUSAN KONVENSIONAL sebenar nya tidak wujud PERBEZAAN di dalam STRUKTUR KEILMUAN NYA, ia tetap sama dengan menggunakan TEKNIK & TAKTIK yang ASAS seperti yang di gunakan di dalam mengatur STRATEGI untuk PENGURUSAN :-

  1. PEMASARAN PRODUK & PERKHIDMATAN
  2. PENJUALAN PRODUK KEPADA PENGGUNA
  3. PEMBELIAN BAHAN MENTAH DARI PEMBEKAL
  4. PENGAMBILAN & PENYELIAAN SUMBER MANUSIA
  5. PENGATURAN SUMBER KEWANGAN
SEMUA NYA tetap sama sebagaimana di dalam Pengurusan Konvensional.


ASAS PENGURUSAN
  1. MEMASTIKAN segala perjalanan sesebuah SYARIKAT berjalan lancar di semua bahagian operasi seperti yang di tetapkan di dalam ASAS PENTADBIRAN sebagai INDUK kepada segala PENGURUSAN.
  2. SETIAP BAHAGIAN PENGURUSAN melapor terus dan di bawah tadbir kepada PENTADBIR SYARIKAT yang kini JAWATAN tersebut SELALU NYA DI TUGASKAN di tugaskan kepada PENGARAH SYARIKAT. (company's Directors)
ELEMEN ASAS PENGURUSAN
  1. SUMBER MANUSIA
  2. CARA MELAKUKAN
SUMBER MANUSIA merujuk kepada :-
  1. PEKERJA / KAKITANGAN Syarikat
  2. RAKAN NIAGA / KONGSI sebagai Pemegang Saham
  3. RAKAN NIAGA sebagai PEMBEKAL segala keperluan Syarikat
  4. RAKAN NIAGA sebagai BANKER untuk Urusan kewangan
CARA MELAKUKAN merujuk kepada :-
  1. TEKNIK menjalankan TUGAS yang menjadi Tanggungjawap setiap PEKERJA / KAKITANGAN
  2. TEKNIK yang berbeza di SEDIAKAN khas untuk setiap TUGAS di setiap BAHAGIAN
  3. Dan setiap PEKERJA dan KAKITANGAN di ajar untuk melakukan TUGAS hanya menurut Tanggungjawap yang di amanahkan di BAHAGIAN masing-masing
  4. SETIAP BAHAGIAN di pantau dan di urus oleh seorang Ketua yang di gelar sebagai PENGURUS.
MATLAMAT PENGURUSAN
  1. UNTUK MENEPATI segala SASARAN PERNIAGAAN yang telah di tetapkan oleh LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT yang juga sebagai PEMEGANG SAHAM atau PEMILIK BERSAMA kepada Syarikat yang menjalankan perniagaan.
GARIS PANDUAN / POLISI
  • DALAM sesebuah Syarikat AKAN WUJUD GARIS PANDUAN yang berupa POLISI SYARIKAT yang di lakar oleh Para Pemegang Saham untuk menentukan HALATUJU PERNIAGAAN yang selaras dengan UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN & NEGARA.
DI SINI PERBEZAAN YANG WUJUD
  • DI BAHAGIAN ini sahaja PERBEZAAN itu wujud di antara PENGURUSAN KONVENSIONAL dengan PENGURUSAN ISLAM.
  • IAITU LAKARAN GARIS PANDUAN atau POLISI yang di lakar dan di tetapkan oleh Para Pemegang Saham atau pemilik Syarikat.
ANTARA PENGURUSAN KONVENSIONAL & ISLAM
KONSEP KONVENSIONAL
  • Menetapkan MATLAMAT untuk meraih KEUNTUNGAN untuk Syarikat seberapa banyak yang mampu di lakukan oleh Para Pekerja dan Kakitangan, bermakna semakin tinggi jumlah keuntungan yang dapat di raih maka ia di anggap sebagai CEKAP dan EFISIEN.
  • Setiap TUGASAN hanya perlu MENEPATI segala SYARAT & PERATURAN yang di TETAPKAN oleh UNDANG-UNDANG sesuatu Negara.
KONSEP ISLAM
  1. Didalam menetapkan MATLAMAT untuk meraih KEUNTUNGAN bagi Syarikat, selain dari mematuhi segala Syarat & peraturan Undang-Undang Negara, Pihak Penggubal Polisi Syarikat HARUS MENERAPKAN segala :-
  • SYARAT  menurut Undang-Undang ISLAM
  1. UNSUR RIBA' di elakkan di dalam Sistem Kewangan Syarikat dalam menjana KEUNTUNGAN
  2. UNSUR HARAM di elakkan di dalam Semua Sistem Bahagian Pengurusan Syarikat
  • KEPERLUAN menurut tuntutan ISLAM segala :-
  1. KEPERLUAN menurut Undang-Undang ISLAM
  2. UNSUR SIRATUL RAHIM di perkukuhkan
  3. UNSUR TOLONG MENOLONG di tekankan
  4. UNSUR HORMAT MENGHORMATI di jadikan amalan
  5. UNSUR KASIH MENGASIHI SESAMA UMAT di utamakan
  6. UNSUR SEDEKAH & ZAKAT di beri keutamaan.
RUMUSAN
Sepanjang beberapa Posting di dalam menerangkan KONSEP PERNIAGAAN ISLAM, saya merasakan setakat artikel ini ia telah di terangkan dengan panjang lebar merentasi pelbagai TAJUK

Dan saya merasakan ia sudah memadai untuk di jadikan PANDUAN kepada sesiapa untuk MEMAHAMI TOPIK ini secara asas.
Saya menyeru kepada USAHAWAN & PENIAGA ISLAM agar mempelajari segala ILMU PERNIAGAAN ISLAM melalui PUSAT PENGAJIAN YANG BERTAULIAH dan BERTARAF DUNIA agar semua MAKLUMAT yang di pelajari adalah MAKLUMAT YANG TEPAT.

Secara peribadi saya tidak mahu melibatkan diri di dalam PENGAJARAN PERUNDANGAN ISLAM yang di kenali sebagai SHARIAH PERNIAGAAN kerana Bidang ini memerlukan kepakaran dan pengetahuan yang tersendiri dan saya bukan orang yang layak untuk mengajar TOPIK di sini secara terperinci.

Di harap apa juga Tips dan Panduan yang telah di tulis melalui pelbagai Topik PERNIAGAAN BERKONSEPKAN ISLAM dapat menyuntik KEFAHAMAN ASAS untuk meneruskan pembelajaran seterus nya di bidang ini.

editor

No comments:

Post a Comment