Thursday, February 03, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #5 - Post #59

TIPsNIAGA.COM Posting #59

MEMBANGUN PERNIAGAAN #5
Penjenamaan Produk - part three


Melalui Post #58, sudah dijelaskan bahawa dengan hanya MEMBUAT KONTRAK dengan sesebuah KILANG PEMBUAT sesuatu Produk, itu tidak dapat dinamakan Syarikat anda memiliki HAK MUTLAK terhadap Produk-Produk tersebut dari segi HAK MILIK PENCIPTAAN dan PEMBUATAN...Apa lagi untuk memiliki Hak Milik INTELEK.


Oleh kerana itu, Syarikat anda TIDAK DAPAT untuk MENDAFTARKAN Produk-Produk tersebut dengan TRADEMARK atau REGISTERED PATENT kerana Syarikat anda HANYA memiliki HAK untuk MENJENAMAKAN sesuatu Produk melalui PERJANJIAN KHAS dengan pihak Pembuat atau Pengilang yang membuatnya. Hanya pihak Kilang sahaja yang boleh mendaftarkan HAK Trademark kerana mereka yang memiliki Formula pembuatan...Bukan Syarikat anda!


Disini kita akan dapat FAHAMI bahawa melalui CARA berniaga sebegini, ia tidak dapat menjamin pembangunan produk yang anda jual menurut kehendak semasa dan permintaan daripada Pelanggan. Ia adalah SERUPA dengan mengedarkan Produk-Produk yang telah di Franchisekan atau yang telah di MLMkan. Dimana yang meraih keuntungan besar adalah Pihak Pengilang!!!


Melalui Skim sedemikian juga, kita tidak dapat memastikan Pihak Pengilang benar-benar JUJUR membayar segala Royalti dan apa-apa juga pembayaran kepada Si Pencipa Produk yang sebenar, jika Si Pencipta itu adalah Pencipta yang bergerak bebas atau Freelance. Sebabnya, Produk yang ditawarkan kepada anda TIDAK DI PATENTKAN...kerana itu mereka boleh "Menjualnya" kepada ramai Pengusaha lain. Jika telah di Patentkan, mereka tidak boleh menjual HAK PENJENAMAAN sewenang-wenangnya!


Kebanyakan Pengilang seperti ini MENGGAJIKAN Pekerja-Pekerja Profesional mereka sendiri untuk bekerja hanya untuk MENCIPTA Produk-produk baharu bagi tujuan pemasaran dan pembangunan produk-produk mereka. 
Dan langkah ini tidak bersalahan dengan mana-mana Undang-Undang Negara, terkecuali Pekerja-Pekerja tersebut MENDAFTARKAN hasil kerja mereka mengikut peraturan yang disahkan oleh Undang-Undang.


Jadi, sebelum anda mengambil keputusan untuk "Membeli Produk Pasang-Siap atau Siap Segera" untuk dijenamakan atas nama Syarikat anda sendiri...Anda harus mengkajinya dengan teliti, terutamanya faedah jangkamasa panjang serta risiko yang perlu anda hadapi jika berlaku sesuatu yang tidak dijangkakan. 
Jangan hanya berfikir untuk mencari untung yang segera sahaja kerana berkemungkinan anda tidak akan bernasib baik seperti orang lain boleh terjadi.


Diperingkat Antarabangsa telah banyak kes-kes seseorang Peniaga dihadapkan keMahkamah kerana produk-produk edaran atas nama syarikat mereka mendatangkan MAUT kepada pengguna.
Dan apabila disiasat, produk-produk tersebut didapati bukan dari hasil ciptaan syarikat mereka tetapi DIBELI melalui pihak Pengilang yang mengeluarkannya dengan HAK menggunakan JENAMA sendiri. Dan mereka GAGAL untuk mendapatkan KELULUSAN dari pihak BERWAJIB apabila MENJENAMAKAN Produk tersebut di Negara produk itu dipasarkan.
Dan pihak Pengilang kurang terlibat dengan Tindakkan Undang-Undang kerana BUKAN mereka yang melanggar sesuatu Perundangan sesebuah Negara tetapi ANDA!...Dan Pihak Pengilang boleh melepaskan diri kerana Produk mereka telah menggunakan NAMA yang anda letakkan sendiri, mereka boleh MENAFIKAN sebarang Tindakkan Undang-Undang jika disabitkan.


Berhati-hati ketika membuat sesuatu keptusan perniagaan.....


editor

No comments:

Post a Comment