Monday, February 28, 2011

MODEL USAHAWAN #5 - Post #144

TIPsNIAGA.COM Posting #144


MODEL USAHAWAN #5
USAHAWAN KECIL & USAHAWAN BESAR
SIAPAKAH MEREKA...


DALAM bidang KEUSAHAWANAN sebenarnya wujud pelbagai KATEGORI USAHAWAN tetapi pada kali ini saya lebih suka untuk mengajak anda mengenali Dua (2) JENIS USAHAWAN yang berskala KECIL dan berskala BESAR.


Kedua-dua GOLONGAN USAHAWAN ini seperti AUR DENGAN TEBING yang memerlukan dan saling berkait rapat diantara satu dengan yang lain. 
TANPA Usahawan Kecil bermakna Usahawan Besar tidak dapat beroperasi dan begitulah sebaliknya.


USAHAWAN KECIL
Usahawan Kecil lebih banyak mendominasikan sekmen perniagaan yang berbentuk KEDAERAHAN seperti di Kawasan Perumahan Kampung, Pekan dan Bandar.


Dimana mereka mengkhususkan perniagaan mereka untuk keperluan harian penduduk tempatan seperti menyediakan khidmat perniagaan yang berjenis ;-


JENIS PERNIAGAAN

  • Warung dan Kedai Makan Minum
  • Warung atau Pasar kecil menjual Sayur-sayuran / Ikan / Daging Ayam, Lembu dan Kambing
  • Warung atau Kedai Runcit menjual keperluan Dapur untuk memasak
  • Kedai Dobi / Gunting Rambut / Solekan & Andaman
  • Kedai Peralatan Alat Tulis & Buku
  • Kedai Perkakas & Peralatan Rumahtangga
  • Kedai Elektrikal / Elektronik / Komputer
  • Kedai Siber / Internet
  • Kedai Menjual & Menjahit Pakaian
  • Kedai Ubat-Ubatan & Produk Kesihatan
  • Pasar Malam / Pasar Pagi atau Tani
Golongan ini lebih selesa melakukan perniagaan dalam kategori ini yang bersesuaian dengan kemampuan Modal mereka di samping gemar berinteraksi dengan Penduduk Tempatan.
PENDAPATAN
  • Ada diantara Golongan ini yang mampu meraih Pendapatan HARIAN sehingga lebih dari RM1,000 SEHARI hanya dengan konsep niaga kecil-kecilan.
  • Tetapi ada juga yang memiliki SAIZ Kedai yang besar tetapi meraih Pendapatan harian yang kurang dari RM200 SEHARI dan itu bergantung kepada JENIS PRODUK atau PERKHIDMATAN yang mereka berikan.
USAHAWAN BESAR
  • Golongan ini pula bukan yang berniaga secara KORPORAT seperti di bandar besar tetapi mereka adalah Golongan Usahawan yang menjadi TULANG BELAKANG kepada semua USAHAWAN KECIL.
  • Tugas Usahawan ini ialah untuk memberikan perkhidmatan dengan menjadi PEMBEKAL kepada Usahawan Kecil di semua Kawasan Perumahan dalam dan luar bandar.
  • Golongan ini juga merasa selesa menjadi PEMBEKAL kepada Usahawan Kecil kerana PERMINTAAN untuk SEKMEN ini sangat MENGGALAKKAN.
  • Serta PERMINTAAN terhadap semua KEPERLUAN ASAS itu berbentuk BERTERUSAN.
  • Kerana itu mereka akan MENGEKALKAN Corak Perniagaan mereka dalam SKALA SEDERHANA BESAR agar mudah untuk berurusan dengan Usahawan kecil.
  • Golongan ini selalunya memiliki banyak CAWANGAN dan mempunyai kaitan dengan Usahawan yang lebih Besar untuk mendapatkan BEKALAN mereka pula.
  • Walaupun SAIZ PERNIAGAAN mereka dari SEGI PENDAPATAN CUKUP BESAR dan menyaingi Usahawan yang berniaga secara KORPORAT tetapi mereka kelihtan seperti Usahawan yang Kecil sahaja.
PENDAPATAN
  • Perniagaan mereka sangat menguntungkan dan berpendapatan BESAR dan ada yang mampu meraih PULUHAN RIBU RM dalam SEHARI
  • Ada yang mampu meraih JUTAAN RINGGIT dalam SETAHUN
RUMUSAN
  • Kedua-dua JENIS USAHAWAN ini adalah TULANG BELAKANG sebenar kepada semua RAKYAT TEMPATAN  untuk mendapatkan BEKALAN keperluan Hidup harian keluarga masing-masing. 
  • TANPA kewujudan mereka rakyat Tempatan akan berada di dalam kesusahan.
  • Dan KEBANYAKAN dari Golongan ini maseh menggunakan KONSEP PERNIAGAAN KONVENSIONAL dan TRADISIONAL untuk di sesuaikan dengan suasana tempatan.
  • PELUANG di dalam SEKMEN ini juga maseh terbuka LUAS kerana tidak ramai USAHAWAN BAHARU yang mahu mengambil bahagian di sebabkan KATEGORI nya yang KURANG GLAMOR.
editor

No comments:

Post a Comment