Monday, February 07, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #3 - Post #75C

TIPsNIAGA.COM Posting #76

PEMBANGUNAN PRODUK #3
Permulaan R&D - Bermula Dimana...


Dua (2) posting yang lepas sudah disebutkan berkenaan kepentingan R&D dalam sesebuah Syarikat atau Organisasi dan sekarang persoalan berkenaan dengan DIMANA HARUS DIMULAKAN R&D TERSEBUT?


Untuk Syarikat-Syarikat Besar kemungkinan masaalah ini tidak timbul kerana sejak dari awal lagi Organisasi Pentadbiran & Pengurusan syarikat mereka telah dilakar dan dapat bergerak dengan licin TETAPI berbeza dengan Syarikat-Syarikat yang bersaiz KECIL dimana Bahagian Pentadbiran & Pengurusan memerlukan R&D yang berterusan.
Ini disebabkan oleh pertumbuhan syarikat tersebut daripada AWAL yang ditubuhkan dan bergerak secara berperingkat menurut keperluan semasa perniagaan, kerana itu Bahagian Pentadbiran & Pengurusan Syarikat menjadi TUMPUAN UTAMA R&D sebelum melangkah kepada Hal-Hal Pembangunan Perniagaan dan Pembangunan Produk.


Sebab sebagai Pengusaha Syarikat, anda perlu melakukan KAJI SELIDIK terhadap segala Keupayaan, Kebolehan dan ketidakupayaan, kelemahan didalam bahagian tersebut terlebih dahulu. 
Dan anda perlu MENGGARISKAN bahagian-bahagian yang wujud diatas kertas untuk MELIHAT dimana anda perlu memberi perhatian dan melakukan perubahan sejajar dengan pembangunan Syarikat. 
Periksa dan semak pada Bahagian-Bahagian berikut:-


A) Fungsi-Fungsi & Tanggungjawap


1...Lembaga Pengarah
     Bahagian Pentadbiran

2...Pengurus / Penyelia / kakitangan
     Bahagian Kewangan


3...Pengurus / Penyelia / Kakitangan
     Bahagian Pengilangan / Pemprosesan /    Pembungkusan

4...Pengurus / Penyelia / kakitangan
     Bahagian Penyimpanan / Penghantaran


5...Pengurus / Penyelia / Kakitangan
     Bahagian Pemasaran / Penjualan


6...Pengurus / Penyelia / Kakitangan
     Bahagian Pembelian Bahan-bahan Mentah & Bekalan


B) JENIS KAJI SELIDIK

  • Wujud atau Tidak Wujud bahagian-bahagian tersebut - Jika tidak wujud soalannya perlukah diwujudkan
  • Keberkesanan setiap Fungsi-Fungsi Ketua-Ketua Bahagian dan Kakitangan
  • Selidik semangat kerjasama atau Teamworks sesama mereka
  • Cari kelemahan-kelemahan yang menyekat sebarang kemajuan
  • Kenal pasti bahagian-bahagian yang banyak masaalah
  • Senaraikan segala permasaalahan yang wujud dengan sebab-sebab ianya berlaku
  • Jangan tertinggal mana-mana bahagian
  • Gunakan tenaga pembantu jika perlu



C) LAKAR TINDAKKAN SEGERA


Buat penganalisaan segera terhadap permasaalahan dengan mengkategorikan jenis-jenisnya kepada:-
  • Masaalah Sikap & Sifat semua kakitangan secra semulajadi
  • Masaalah pengurusan & Penyeliaan serta Penguatkuasaan peraturan / undang-undang / polisi syarikat
  • Masaalah Teknikal peralatan / mesin-mesin / jentera-jentera
  • Masaalah kekurangan / kesukaran mendapatkan bekalan bahan mentah
  • Masaalah Peruntukkan bajet dan kewangan pada setiap bahagian
  • Masaalah kekurangan Pekerja & Kakitangan
  • Masaalah untuk menembusi Pemasaran Negeri / Negara / Global
  • Masaalah Penjualan dengan pesaing-pesaing termasuk harga-harga jualan produk
  • Kedudukan Kewangan Syarikat
  • Buat laporan - What To Do First



D) KEUTAMAAN

  • Setiap masaalah akan ada KEUTAMAAN untuk diselesaikan terlebih dahulu, gunakan kebijaksanaan anda sebagai PENERAJU Syarikat untuk membuat keputusan yang cekap berdasarkan segala KEPENTINGAN Urus-Niaga Syarikat.
  • Elakkan membuat keputusan yang berbentuk terlalu peribadi kerana itu suatu langkah yang bahaya dan akan menjejas kemajuan syarikat, seperti anda mempertahankan seseorang yang anda kenali tetapi dia mendapat banyak Aduan atau komplen daripada ramai kakitangan kerana sikap dan sifat yang buruk, sebagai seorang 
  • Ketua Syarikat anda perlu bertindak tegas bukan kerana ramai orang tidak sukakan orang tersebut tetapi ianya harus DILANDASKAN untuk KEPENTINGAN Syarikat.
  • Bersifat TERBUKA & ADIL didalam melakukan sebarang KEPUTUSAN
  • Jika tidak dapat melakukan atau membuat sebarang keputusan, dapatkan khidmat nasihat dari orang-orang yang berpengalaman.
  • Jangan biarkan sesuatu MASAALAH BERLARUTAN tanpa sebarang penyelesaian kerana itu akan memburukkan lagi keadaan.


Selamat Melakukan R&D....

editor

No comments:

Post a Comment