Friday, February 18, 2011

TREND PERNIAGAAN #9 - Post #112

TIPsNIAGA.COM Posting #112


TREND PERNIAGAAN #9
Trend MENGELIRUKAN di Akademi KECANTIKAN


Pada masa ini banyak AKADEMI KECANTIKAN di tubuhkan oleh Pengusaha-Pengusaha Syarikat dan Pusat Kecantikan dan mereka menggunakan perkataan AKADEMI bagi menarik peserta untuk mengikuti Seminar, Bengkel dan Kursus Kecantikan yang mereka anjurkan.
Jumlah rasmi tidak dapat di pastikan tetapi jumlahnya cukup banyak muncul di pasaran dengan format-format kursus yang agak sama.


APAKAH YANG MENGELIRUKAN?
  1. Kebanyakan Akademi-Akademi yang menganjurkan Kursus-Kursus Kecantikan & Rawatan Diri untuk kaum Wanita tidak di Daftar atau tidak mendapat Kelulusan Kemahiran daripada M.L.V.K
  2. Status Akademi mereka juga tidak di DAFTAR secara SAH sebagai sebuah AKADEMI yang BERTAULIAH dengan Kementerian yang bertanggungjawap iaitu Kementerian Sumber Manusia.
  3. Akademi-Akademi ini di gerakkan hanya melalui Syarikat yang berdaftar sebagai PUSAT KECANTIKAN sahaja.
YANG SEPATUTNYA
Sebelum mereka menamakan Syarikat Pusat kecantikan mereka sebagai AKADEMI, mereka harus terlebih dahulu memohon untuk mendapatkan Lesen dan Tauliah secara Peribadi dan untuk Akademi daripada:-


M.L.V.K dan KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA


Ini seperti yang tertakluk di dalam:-


PANDUAN DAN PERATURAN-PERATURAN 
PENTAULIAHAN PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA . TAHUN 2005
DAN
MAJLIS LATIHAN VOKASIONAL KEBANGSAAN (M.L.V.K)
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA MALAYSIA 
yang bertarikh 2hb Februari 2005.


Sebagai Usahawan dan Pengusaha Pusat Kecantikan untuk kaum Wanita, mereka tidak seharusnya menggunakan pendekatan yang mengelirukan seperti ini. 


Kerana apa juga yang mereka lakukan akan mempengaruhi para peserta untuk mempercayai kesahihan kursus-kursus yang mereka anjurkan sebagai SAH di bawah Undang-Undang.


Tetapi sebaliknya mereka menjalankan kursus-kursus tersebut tanpa memenuhi syarat-syarat yang di tetapkan oleh Kementerian yang bertanggungjawap. 


Trend Perniagaan seperti ini adalah sama dengan Trend Menipu Pelanggan dengan memberi MAKLUMAT yang SALAH terhadap STATUS Perniagaan yang mereka jalankan.




MODUS OPERANDI MEREKA
  • Berselindung atas Nama AKADEMI yang tidak di daftar
  • Mereka bergerak atas Lesen Perniagaan sebagai Pusat Kecantikan & Rawatan, 
  • Mereka bukan sahaja menganjurkan kursus-kursus kecantikan & rawatan kecantikan tanpa tauliah, tetapi mereka juga menjual dan mempromosikan pelbagai Produk-Produk Kecantikan dan Ubat-Ubatan dari pelbagai Syarikat untuk di jual kepada para peserta.
  • Setiap Peserta Kursus, Seminar dan Bengkel akan di gesa untuk MEMBELI PRODUK-PRODUK yang mereka promosikan. 
  • Juga menawarkan Pelbagai Pekerjaan di syarikat meraka sebagai Jurujual barangan Kecantikan, Juru Solek atau sebagai Jurulatih Kursus
TUJUAN atau STRATEGI MEREKA
  • Untuk menjual Produk-Produk Kecantikan Wanita samaada atas Jenama Syarikat mereka sendiri atau dari Syarikat-Syarikat lain.
  • Samaada dengan Konsep MLM, Single Level atau Direct Sales
  • Strategi Mengadakan Kursus, Seminar dan Bengkel Kecantikan & Rawatan Wanita, mereka akan dapat bakal-bakal pembeli dengan cara yang mudah, dengan kaedah penjualan tidak secara langsung atau Indirect Sales Strategy.
  • Strategi mengatakan mereka mengajar Kaum Wanita Berdikari dengan mengajar mereka Kursus Asas Menjana Wang dari rumah menggunakan Kemahiran yang di ajar sebagai Strategi paling berkesan untuk mendapatkan Bakal-Bakal Pembeli Produk jualan mereka.
  • TUJUAN UTAMA mereka HANYA SATU - Untuk Memasarkan & Menjual Produk Mereka dan semua kursus kemahiran adalah ALASAN nya, seperti strategi MLM.
MENURUT UNDANG-UNDANG
Jika bergerak sebagai sebuah AKADEMI BERTAULIAH,
  • Pihak Akademi tidak di benarkan untuk menjadi PENJUAL apa-apa jenis produk atau bahan dari Syarikat-Syarikat LUAR kepada Peserta Kursus Akademi secara TERUS atau DIRECT.
  • Sebagai AKADEMI, mereka hanya boleh memberi sokongan terhadap mana-mana Produk yang di dapati BAIK dan SESUAI untuk Para Peserta. 
  • TERKECUALI mereka bergerak BUKAN ATAS NAMA AKADEMI


MASAALAH TAULIAH

  • Para LULUSAN Kursus-Kursus yang di jalankan oleh pihak-pihak AKADEMI yang tidak bertauliah ini juga akan dapati bahawa SIJIL-SIJIL yang mereka terima juga tidak akan di IKTIRAF oleh mana-mana pihak 
  • Dan tidak juga boleh di jadikan sebagai SIJIL KEMAHIRAN peribadi yang SAH kerana di dapati daripada Pusat atau Akademi yang tidak BERTAULIAH dan TIDAK BERDAFTAR.
RUMUSAN
PENGUSAHA atau PENIAGA seperti ini, kebanyakan latar belakang pengalaman pekerjaan mereka banyak yang datang daripada perniagaan Direct Selling dan Multi Level Marketing (MLM).
Kerana itu mereka berpengalaman untuk melakukan pelbagai Promosi dan Seminar-Seminar MOTIVASI yang mengajak Orang Ramai untuk mengikuti Kursus-Kursus yang mereka tawarkan.
Ini merupakan TREND PERNIAGAAN yang tidak beretika dan menyalahi Undang-Undang Negara dan Perniagaan.

Kepada Pengusaha - Peniaga
Jika golongan ini mahu melakukan dengan cara yang beretika, mereka HARUS menepati segala SYARAT seperti yang di syaratkan untuk membuka sebarang AKADEMI yang menawarkan Kursus Kemahiran Diri kepada Orang Ramai. 
Lakukan Proses pendaftaran yang betul dan secara SAH. Dan jangan menggunakan Strategi Pemasaran & Penjualan Produk dan Perkhidmatan yang Mengelirukan dan Memperdayakan Orang Ramai.

Kepada orang ramai
Jika benar-benar berminat untuk belajar dan ingin memiliki SIJIL yang di iktiraf oleh pihak KERAJAAN, anda perlu belajar di Pusat-Pusat Pengajian yang BERTAULIAH yang di Iktiraf oleh Kerajaan.

Jangan sia-siakan Wang dan Masa anda begitu sahaja....

editor

No comments:

Post a Comment