Monday, February 28, 2011

MODEL USAHAWAN #4 - Post #143

TIPsNIAGA.COM Posting #143


MODEL USAHAWAN #4
USAHAWAN BANKER
SIAPA KAH MEREKA...


DALAM Golongan USAHAWAN akan wujud segolongan Usahawan yang suka atau gemar menjadi BANKER tidak rasmi kepada Usahawan yang lain dengan membantu memberi PINJAMAN WANG dalam jangka pendek atau panjang. 


USAHAWAN BANKER  seperti ini juga di kenali sebagai FUNDER di kalangan Usahawan yang lain.
USAHAWAN BANKER seperti ini kebanyakan nya telah memiliki perniagaan mereka sendiri atau Hardcore Business tetapi lebih suka membuat PELABURAN di luar perniagaan mereka.


JENIS USAHAWAN BANKER
  1. Memberi PINJAMAN atas dasar MENOLONG tanpa apa-apa SYARAT - 100% ikhlas
  2. Memberi PINJAMAN dengan BERSYARAT atas dasar PINJAMAN WANG
  3. Memberi PINJAMAN dengan BERSYARAT atas dasar KERJASAMA dalam tempuh tertentu
  4. Memberi PINJAMAN dengan SYARAT akan MEMEGANG EQUITY dalam Syarikat anda
  5. Memberi PINJAMAN dengan SYARAT pembayaran balik dalam menurut KETETAPAN mereka
PENJELASAN
No.1
  • Usahawan Banker jenis ini suka menolong atas dasar KEIKHLASAN ingin membantu tanpa meletakkan apa-apa syarat asalkan pertolongan mereka benar-benar akan membantu Usahawan yang dalam kesusahan membangun semula.
  • Mereka lebih YAKIN pada diri dan keputusan yang di lakukan dengan tidak ada PERASAAN TAKUT atau CURIGA terhadap orang lain.
  • Mereka tidak memerlukan PENJAMIN
  • Mereka di kenali sebagai DERMAWAN atau  SANTA CLAUS
No.2
No.3
  • Usahawan Banker jenis ini pula hanya akan memberi Pinjaman dengan Syarat Pembayaran Balik dalam Tempuh yang mereka TETAPKAN.
  • Selalunya hanya dalam JANGKAMASA PENDEK dan tertumpu kepada PEMBIAYAAN PROJEK yang JELAS & KUKUH seperti Projek Kerajaan.
  • Projek Kerajaan sebagai JAMINAN PINJAMAN
  • Di kenali juga sebagai PROJECT FUNDER

No.4
  • Usahawan Banker jenis ini pula akan menetapkan Syarat untuk mereka MEMEGANG EQUITY dalam Syarikat anda sepanjang Tempuh Pinjaman.
  • Selalunya KADAR FAEDAH agak tinggi daripada biasa.
  • Pegangan EQUITY sebagai JAMINAN PINJAMAN
  • Dikenali juga sebagai BUSINESS FUNDER
No.5
  • Usahawan Banker jenis ini pula tidak berminat dengan Syarat-Syarat yang ketat tetapi mereka hanya menetapkan TEMPUH BAYARAN BALIK mengikut KETETAPAN mereka.
  • Selalunya KADAR FAEDAH yang di kenakan adalah 100% atau lebih.
  • Mereka memerlukan JAMINAN PINJAMAN yang berbentuk HARTA
  • Dikenali juga sebagai LOAN SHARK atau AHLONG
RUMUSAN
WALAU apa juga KATEGORI mereka, kepada anda yang membuat atau menerima PINJAMAN daripada GOLONGAN ini di nasihatkan supaya lebih berhati-hati di dalam membuat PERSETUJUAN.



  1. PASTIKAN Semua SYARAT yang di tetapkan itu MAMPU di penuhi
  2. Dan dapatkan khidmat PEGUAM untuk membantu anda meneliti dan melakar SURAT PERJANJIAN agar anda tidak terjerumus di dalam masaalah PERUNDANGAN NEGARA.
  3. Dan GUNAKAN OPTION ini sebagai LANGKAH ALTERNATIF untuk mendapatkan PEMBIAYAAN PERNIAGAAN anda.
editor

No comments:

Post a Comment