Wednesday, February 02, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #4 - Post #58

TIPsNIAGA.COM Posting #58

MEMBANGUN PERNIAGAAN #4
Penjenamaan Produk - part two


Seperti yang disiarkan melalui post #57, sebenarnya USAHASAMA yang hanya menggunakan produk buatan orang lain dan menjenamakan atas nama perniagaan sendiri BUKANlah suatu PEMBANGUNAN PERNIAGAAN yang disarankan didalam Etika Perniagaan....Tetapi CARA itu lebih kepada kemunduran dan merosakkan perniagaan sendiri.


CARA YANG BETUL

Cara yang betul ialah anda perlu mendapatkan sesuatu Ciptaan Produk baharu melalui Pencipta-Pencipta Produk yang dikenali dan diiktiraf hasil ciptaan-ciptaan mereka DAN anda perlu:


Pertama
Jika Anda Berkemampuan dari segi MODAL

  • Bina dan lakukan PEMBUATAN untuk pengeluaran besar-besaran anda sendiri dengan PERSETUJUAN bersama Penciptanya.
  • Lakar KONTRAK atau PERJANJIAN diantara PENCIPTA dengan SYARIKAT anda mengenai pelbagai perkara termasuk HAL-HAL Mutu, Formula, Agihan Untung, Hak Cipta dan JENAMA
  • Setiap Produk Kecantikan dan Kesihatan HARUS mendapatkan KELULUSAN untuk hal-hal Mutu, Formulasi dan bahan-bahan terlarang dan berbahaya daripada KEMENTERIAN KESIHATAN dimana-mana Negara yang ingin dipasarkan.



Kedua:
Jika Anda Tidak Mampu dari segi MODAL

  • Setelah PERJANJIAN dengan PENCIPTA diperolehi anda perlu mencari CONTRACT MANUFACTURER atau PENGILANG secara KONTRAK bagi membuat produk seperti yang difomulasikan oleh PENCIPTA
  • KONTRAK EXCLUSIVE BERASINGAN harus dibuat untuk Contract Manufacturer ini bagi MENGELAKKAN PENCIPLAKKAN produk. Dimana si Contract Manufacturer tidak boleh secara senyap MENJUAL produk atau Formula bagi produk tersebut kepada orang lain.
  • Termasuk Nilai UPAH sebagai BAYARAN untuk mereka memproses dan mengilangkannya.
Ketiga:
  • Setelah urusan dengan Pencipta dan Contract Manufacturer selesai, baharulah anda melakukan tugas-tugas PEMASARAN dan PENJUALAN 
  • Kini anda boleh MENGIKLANKAN bahawa Produk yang anda keluarkan itu adalah HAK SYARIKAT anda secara EXCLUSIVE
  • Dan anda tertakluk untuk memberi JAMINAN KESELAMATAN kepada Pengguna

Perkara-Perkara seperti inilah yang PERLU diambil bagi seseorang PENIAGA itu MEMBANGUNKAN PERNIAGAAN mereka menurut Etika Perniagaan yang sebenar BUKAN dengan mengambil JALAN MUDAH tanpa ada RASA TANGGUNGJAWAP terhadap Masyarakat PENGGUNA

editor

No comments:

Post a Comment