Wednesday, June 29, 2011

EDISI KHAS: KERAJAAN MALAYSIA SALAH STRATEGI TANGANI ISU BERSIH 2.0

TIPsNIAGA.COM - POLITICS - Post #323


EDISI KHAS: 
KERAJAAN MALAYSIA SALAH STRATEGI TANGANI ISU BERSIH 2.0
CUBA ANALISA BUTIRAN YANG BERIKUT


PERUTUSAN EDITOR
  • EDISI KHAS mengenai ISU BERSIH 2.0 ini bukan bertujuan menyokong atau membangkang Perhimpunan BERSIH 2.0 yang di jadualkan berlangsung pada 9hb July 2011 ini.
  • Editor TIPsNIAGA.COM berpendapat bahawa Pihak Kerajaan yang Memerintah Negara Malaysia telah melakukan beberapa KESILAPAN dan SALAH STRATEGI di dalam Menangani ISU BERSIH 2.0 ini dari SUDUT PENYELESAIAN MASAALAH sebagai PEMERINTAH yang di lantik oleh RAKYAT AWAM.
  • Dimana PENELITIAN KERAJAAAN terhadap ISU BERSIH ini TIDAK DI TAFSIR dan TIDAK DI ANALISA dari SUDUT PENTADBIRAN NEGARA.
  • Disini pihak Editor TIPsNIAGA.COM mengambil kesempatan untuk membentangkan beberapa PERKARA yang di katakan KESILAPAN dan SALAH STRATEGI.
  • Artikel ini adalah LANJUTAN daripada Post#314 http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/06/isu-bersih-kerajaan-malaysia-harus.html
SIPNOSIS PENGANJURAN BERSIH
  • Mula terbentuk pada Tahun 2005 sebagai Platform untuk MENGGALAKKAN KERAJAAN yang MEMERINTAH agar lebih BERSIH atau TELUS di dalam PROSES PILIHAN RAYA NEGARA dan secara RASMI nya di lancarkan pada 23hb November 2006
  • BERSIH di anggotai oleh Anggota Parti-Parti Pembangkang, Wakil-Wakil dari NGO seperti SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), WDC (Women Development Collective), WAMI (Writers Alliance for Media Independence)
  • Untuk Maklumat lanjut mengenai MATLAMAT BERSIH, sila rujuk melalui Link ini: http://bersih.org/?page_id=352
8 PERKARA TUNTUTAN BERSIH 
  1. Bersihkan Daftar Pemilih
  2. Pembaharuan Undi pos
  3. Penggunaan Dakwat Kekal
  4. Minimum 21 hari Tempoh Kempen
  5. Akses Bebas dan Adil kepada Media
  6. Memperkukuhkan Institusi Awam
  7. Hentikan Rasuah
  8. Hentikan Politik Kotor
KOMENTAR EDITOR
MENGENAI TUNTUTAN BERSIH
  • 8 TUNTUTAN BERSIH di lihat BOLEH di selesaikan di MEJA RUNDINGAN di antara Pihak Kerajaan dan Penganjur BERSIH seawal Tahun 2006 lagi.
  • Dimana Pihak Kerajaan yang Memerintah BOLEH melakukan RUNDINGAN dan mencari TITIK PERSEFAHAMAN dengan TUNTUTAN tersebut.
  • Kerana SEMUA JENIS TUNTUTAN tersebut di lihat sebagai "PERKARA BIASA" di dalam SISTEM POLITIK & PEMERINTAHAN DEMOKRASI yang di AMALKAN oleh Negara Malaysia dari Penubuhan MALAYSIA itu sendiri.
  • Dan semua jenis Tuntutan tersebut LEBIH MENUNTUT kepada AMALAN yang LEBIH BERDEMOKRASI dalam URUS-TADBIR NEGARA yang berkaitan dengan PROSES PEMBERIAN UNDI RAKYAT yang seharus nya TELUS dan BEBAS daripada juga CAMPUR-TANGAN Pihak yang Memerintah.
MENGENAI PERSEPSI KERAJAAN
  • Kerajaan yang Memerintah (UMNO/BN) di lihat MENGAMBIL ISU TUNTUTAN BERSIH ini dari SUDUT KEPARTIAN yang "DI BAWA" kedalam IDEOLOGI KERAJAAN.
  • Dan BUKAN BERTINDAK dari SUDUT sebagai SEBUAH KERAJAAN yang "BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT" yang seharus nya "BEKERJA" untuk MENYELESAIKAN SEMUA MASAALAH dengan CARA yang BERHEMAH dan BIJAKSANA.
  • Serta BUKAN melakukan TINDAKKAN yang SEBALIK NYA seperti melakukan TENTANGAN yang MENGGUNAKAN PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG dengan TUJUAN MENGHALANG atau MEMBANTUTKAN TUNTUTAN
DARI SUDUT TUNTUTAN
TUNTUTAN BERSIH adalah BERPUNCA daripada:
  • KETIDAK-SEDIAAN Pihak Kerajaan yang Memerintah untuk MENGHAPUSKAN semua SALAH-LAKU dan SALAH DASAR secara SUKARELA.
  • Apa juga USAHA Pembaharuan atau Transformasi POLISI yang berkenaan dengan 8 TUNTUTAN tersebut di lakukan TIDAK SECARA 100% BERKESAN 
  • Dan MASEH MENINGGALKAN beberapa "RUANG KEPENTINGAN" untuk PARTI MEMERINTAH yang DI LIHAT sebagai TIDAK TELUS dan TIDAK ADIL melalui SISTEM DEMOKRASI yang DI AMALKAN.
  • Dimana Kerajaan yang Memerintah sekarang sememang nya memiliki REKOD-REKOD BURUK mengenai TINDAKKAN mereka di dalam sesuatu PROSES PILIHAN RAYA dan TADBIR URUS NEGARA.
STRATEGI KERAJAAN SEKARANG
MENGGUNAKAN KUASA UNDANG-UNDANG, MEDIA dan JENTERA PERKHIDMATAN AWAM dan PARTI yang Memerintah serta KUASA yang mereka miliki melalui KEMENTERIAN DALAM NEGERI dengan:
  • Tidak Meluluskan Permohonan PERMIT untuk Perhimpunan BERSIH dengan ALASAN bahawa Perhimpunan tersebut akan MENGANCAM KESELAMATAN NEGARA.
  • Menggunakan KUASA POLIS untuk Menghalang apa juga bentuk SOKONGAN dan KAITAN terhadap Penganjuran & Slogan Perhimpunan BERSIH.
  • Melabelkan Perhimpunan BERSIH sebagai PERHIMPUNAN HARAM
  • Melabelkan Penganjur BERSIH sebagai PENGACAU KEAMANAN NEGARA
MELAKUKAN KEMPEN
  • Pihak Kerajaan yang Memerintah juga Melancarkan KEMPEN-KEMPEN untuk MENGHALANG Perhimpunan BERSIH dengan Memperhebatkan TEKANAN seperti Menggunakan SEMUA MEDIA CETAK dan ELEKTRONIK yang menggambarkan Perhimpunan BERSIH itu adalah SALAH, HARAM dan TIDAK DI RESTUI oleh RAKYAT.
  • Dimana SETIAP AKHBAR, RADIO, TELEVISION dan BLOG-BLOG yang PRO-KERAJAAN di gunakan untuk KEMPEN ini.
  • Dengan TUJUAN untuk MENJELASKAN kepada RAKYAT bahawa Perhimpunan tersebut TIDAK BOLEH DI SOKONG kerana BERTENTANGAN dengan KEHENDAK KERAJAAN.
  • Dan Pihak Kerajaan juga menggunakan SEMUA JENTERA PARTI KERAJAAN untuk menonjolkan TENTANGAN terhadap Penganjuran BERSIH dengan melakukan LAPORAN-LAPORAN POLIS sebagai TANDA MENYOKONG TINDAKKAN KERAJAAN yang menghalang Perhimpunan BERSIH.
  • JENTERA KERAJAAN yang terdiri daripada Badan, Pertubuhan, Persatuan yang PRO-KERAJAAN di gerakkan untuk melakukan TENTANGAN.
MENGAPA STRATEGI KERAJAAN INI DI KATAKAN SEBAGAI KESILAPAN
DARI SUDUT TUJUAN & NIAT
  • Menunjukkan KERAJAAN yang Memerintah sebagai "LARI" dari 8 TUNTUTAN yang sangat MUDAH di Uruskan dan MUDAH di selesaikan.
  • Dengan TUJUAN atau NIAT yang jelas untuk TIDAK MAHU semua 8 TUNTUTAN tersebut DI UBAH kerana akan menjejas pelbagai KEPENTINGAN PARTI yang Memerintah.
  • Dan akan MENYUSAHKAN & MELEMAHKAN KUASA yang di miliki sekarang untuk Berkuasa LEBIH LAMA 
DARI SUDUT PEN-STRATEGI-AN
  • Dari Sudut PSIKOLOGI KEMANUSIAN atau SAINS SOSIAL, Strategi Kerajaan yang MENGHALANG dengan TUJUAN untuk MENGALIHKAN PERHATIAN RAKYAT daripada MENUNTUT kepada PERUBAHAN dalam 8 TUNTUTAN telah membangkitkan lebih banyak TENTANGAN RAKYAT kepada Pihak Kerajaan yang Memerintah.
  • Kerana 8 TUNTUTAN yang MUDAH tidak dapat di PERSETUJUI oleh Kerajaan yang Memerintah di lihat sebagai NIAT Kerajaan tidak JUJUR dan MAHU keadaan yang di Tuntut itu BERKEKALAN.
  • Dan SEMUA KEMPEN KERAJAAN yang MELABELKAN Penganjuran Perhimpunan BERSIH sebagai HARAM dan PENGACAU kepada KETENTERAMAN AWAM di lihat oleh RAKYAT sebagai LANGKAH KERAJAAN untuk MENYEMBUNYIKAN NIAT SEBENAR KERAJAAN untuk TIDAK MAHU AKUR dengan 8 TUNTUTAN BERSIH.
KESAN DARIPADA TINDAKKAN KERAJAAN
  • Akan lebih MENEKAN JIWA & PERASAAN RAKYAT UMUM untuk terus MENENTANG KERAJAAN yang sediaada dan berpaling MENYOKONG Penganjuran BERSIH 2.0
  • Menggalakkan dan "Memanaskan Hati" banyak Pertubuhan dan Persatuan "HARAM" atau "BAWAH TANAH" yang selama ini "SENYAP" untuk "KELUAR" menentang Kerajaan yang Memerintah dengan Menyokong KUAT BERSIH dan akan mengambil "KESEMPATAN" di dalam Perhimpunan AWAM untuk melakukan pelbagai KEKACAUAN yang di anggap sebagai ANGGOTA PERHIMPUAN BERSIH.
  • "MEMBERI RUANG" kepada "KUASA-KUASA" dari LUAR NEGARA untuk "MEMBERI BANTUAN" dari PELBAGAI SUDUT kepada PENGANJURAN PERHIMPUAN BERSIH di sebabkan oleh KEKERASAN PENDIRIAN KERAJAAN yang di lihat TIDAK DEMOKRATIK.
  • Dan AKHIR NYA, Corak PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 yang sepatutnya berjalan dengan AMAN akan BERTUKAR kepada KEKACAUAN POLITIK yang boleh MENUMPAHKAN DARAH RAKYAT UMUM
  • Kerajaan pula akan Menuding Jari kepada Pihak Penganjur BERSIH sebagai Pihak yang BERTANGGUNG JAWAP dan di ambil Tindakkan melalui Peruntukkan ISA
  • Dan SUDAH TENTU ini tidak akan MENYENANGKAN HATI Negara-Negara KUASA BESAR dan mereka akan pula "MENGATUR" pelbagai Tindakkan Balas seperti Sekatan Ekonomi dan Memaksa Kerajaan yang Memerintah untuk BERUNDUR atas Nama DEMOKRASI.
APA YANG SEHARUS NYA KERAJAAN LAKUKAN
DARI SUDUT KEPIMPINAN
  • HENTIKAN semua KEMPEN PROVOKASI yang di lakukan terhadap 8 TUNTUTAN BERSIH
  • Pihak KERAJAAN yang Memerintah HARUS KEMBALI kepada STRATEGI SELAMAT dengan membawa semua yang terlibat KE MEJA RUNDINGAN.
  • KERAJAAN harus MENGETEPIKAN KEPENTINGAN POLITIK KEPARTIAN di dalam menangani ISU BERSIH ini dan KEMBALI sebagai KERAJAAN yang DI LANTIK RAKYAT untuk TADBIR-URUS NEGARA.
  • KAJI 8 TUNTUTAN dan BERSEDIA untuk melakukan PERUBAHAN dengan PENDEKATAN yang BOLEH DI PERSETUJUI RAMAI.
  • TANGANI ISU BERSIH secara ISU DALAMAN dan TIDAK PERLU di lakukan KEMPEN-KEMPEN yang berbentuk PROVOKASI terhadap 8 TUNTUTAN dan NASIHATKAN RAKYAT dengan MENEKANKAN bahawa KERAJAAN BERSEDIA BERUNDING DENGAN AMAN.
BENTUK MAJLIS KONSULTASI NEGARA
  • Untuk MEMBINCANGKAN secara TELITI semua SARANAN BERSIH yang melibatkan semua yang terlibat secara PROFESIONAL.
  • Letakkan ISU 8 TUNTUTAN ini sebagai MASAALAH NASIONAL dan harus di selesaikan dari SUDUT KENEGARAAN dan bukan dari SUDUT POLITIK KEPARTIAN.
  • Dimana SEMUA ISU di bincangkan SECARA TELUS dan DI CARI TITIK PERSEFAHAMAN yang boleh di guna-pakai untuk KEPENTINGAN RAKYAT & NEGARA.
  • Ini adalah kerana Kerajaan telah mewujudkan beberapa BADAN yang menangani beberapa ISU seperti RASUAH dengan mewujudkan Institute Intergirti Nasional (link: http://www.iim.com.my/v3/pin/bm/index.htm) dengan Suruhan Jaya Pencegah Rasuah (link:http://www.sprm.gov.my/), tetapi maseh memiliki RUANG untuk memperbaiki apa juga KELEMAHAN yang maseh KETARA.
KERANA KERAJAAN YANG IKHLAS, JUJUR DAN TELUS DI DALAM TADBIR-URUS NEGARA AKAN DI HORMATI DAN DI SOKONG OLEH SEMUA LAPISAN RAKYAT DARI PELBAGAI LAPISAN PENDIDIKAN, BANGSA, AGAMA DAN KEPARTIAN.

Editor's Note
EDISI KHAS ini adalah Pendapat dan Saranan Peribadi Editor TIPsNIAGA.COM dan tidak berkaitan dengan mana-mana Ideologi Parti-Parti Politik

Editor 
TIPsNIAGA.COM
DrSoul Loren

Tuesday, June 28, 2011

BIOTECHNOLOGY BUKAN ILMU YANG BAHARU

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS NEWS - Post #322


BIOTECHNOLOGY BUKAN ILMU YANG BAHARU
APAKAH ITU INDUSTRI BIOTECHNOLOGY


ILMU BIOTECHNOLOGY
  • Ilmu Biotechnology mula di kesan PENGGUNAAN NYA sekitar 10 Ribu Tahun yang lalu di dalam PROSES Orang Dahulu kala untuk Membuat Wine atau Arak, Beer dan Roti.
  • Tetapi Para Saintis mempercayai Penggunaan Ilmu Biotechnology ini telah di gunakan lebih lama dari jangkaan masa tersebut.
  • Orang-Orang dahulu kala yang tidak berpendidikan juga telah menggunakan Kaedah Biotechnology ini di dalam Proses Penanaman Tumbuh-Tumbuhan untuk menghasilkan Hasil Tanaman yang lebih Baik an lebih Tahan dari Ancaman Serangga hanya dengan hanya Mengenal-Pasti Benih-Benih dari Pohon yang Terbaik.
  • Termasuk di dalam Proses Pembiakan Binatang Ternakan bagi Menghasilkan Baka yang lebih Baik dan Tahan Lasak.
  • Ini menjelaskan bahawa Ilmu Biotechnology ini wujud secara Semula-Jadi di dalam sesuatu kehidupan dan Manusia hanya perlu melakukan sedikit Kajian untuk mengetahui segala POTENSI yang tersembunyi di dalam nya.
APA ITU BIOTECHNOLOGY
  • Biotechnology adalah Merujuk kepada PROSES KEJURUTERAAN (engineering) terhadap Kehidupan Organisma daripada sesuatu Produk yang berupa Tumbuh-Tumbuhan atau Binatang untuk MENGHASILKAN Sesuatu yang Produk yang lain.
  • Dimana pelbagai Organisma yang terdapat di dalam Bahan Asal seperti Tumbuh-Tumbuhan dan Binatang boleh menghasilkan Produk-Produk untuk di jadikan pelbagai Kegunaan lain kepada Manusia.
  • Ini merangkum kepada Proses-Proses Penghasilan Makanan, Ubat-Ubatan, Teknologi Pembiakan dan  Penternakan di dalam Industri Asas Tani dan Sumber kehidupan Asli.
PENGEMBANGAN BIOTECHNOLOGY
  • Di dalam Era baharu, Ilmu Biotechnology ini pula di beri KEMAJUAN daripada Kajian-Kajian yang di jalankan terhadap SEJARAH kehidupan manusia Zaman Silam.
  • Dan pada Tahun 1919, Keilmuan di dalam Kerja-Kerja Pemprosesan tersebut di perkenalkan dengan nama "BIOTECHNOLOGY" oleh Seorang Jurutera Hungary yang bernama Karl Ereky dan nama tersebut kekal hingga ke hari ini.
  • Kerana pada ASAS NYA, Keilmuan Biotechnology ini adalah PROSES PENGENALAN DNA dan TEKNIK MENGASINGKAN DNA untuk MEWUJUDKAN Organisma yang lain bagi Membentuk sesuatu Bahan dan Produk yang Baharu.
  • Dimana sehingga ke hari ini KAJIAN-KAJIAN maseh lagi BERTERUSAN untuk MENGHASILKAN pelbagai BAHAN & PRODUK yang baharu daripada PROSES BIOTECHNOLOGY.
INDUSTRI BIOTECHNOLOGY
  • Pada hari ini 24 Negara terlibat dengan PENGKAJIAN MENDALAM melalui lebih 62 buah Syarikat yang telah melakukan pelbagai KAJIAN & PEMBANGUNAN PRODUK menerusi Biotechnology termasuk Negara Malaysia dan lebih 20 Ribu Syarikat lain pula terlibat dalam Penghasilan Produk Biotechnology di seluruh Dunia.
  • Dan Industri ini di bawah The Biotechnology Industry Organization (BIO) berpangkalan di Amerika Syarikat yang Mengawal-Selia semua Perkembangan Industri BIO di seluruh Dunia
  • Industri Biotechnology ini di Dominasikan oleh Industri FARMASEUTIKAL dengan Bantuan dari Kemajuan Teknologi IT yang telah membantu Proses-Proses PENGKAJIAN BIO dengan kewujudan Peralatan yang Serba Canggih.
  • Pengembangan Industri Biotechnology ini juga dapat berkembang dengan PESAT di sebabkan oleh SOKONGAN KUAT yang di berikan oleh KERAJAAN-KERAJAAN di seluruh Dunia untuk Usaha Menghasilkan Produk-Produk yang membawa banyak Kebaikan kepada Seluruh Manusia.
SENARAI 24 NEGARA PENGKAJI
  • 1) Australia 2) Belgium 3) Brazil 4) Canada
  • 5) China 6) Cuba 7) France 8) Germany 
  • 9) India 10) Italy 11) Japan 12) Malaysia
  • 13) Netherlands 14) New Zealand 15) Pakistan
  • 16) Romania 17) Singapore 18) South Korea
  • 19) Spain 20) Sri Lanka 21) Switzerland 
  • 22) Tanzania 23) United Kingdom 24) United States
SEKTOR INDUSTRI BIOTECHNOLOGY
Sektor Industri Biotechnology ini adalah Industri yang terlibat secara langsung di dalam Penghasilan Produk & Perkhidmatan di dalam Sekmen yang berikut:
  1. Tenaga 
  2. Makanan 
  3. Kimia
  4. Penjagaan Kesihatan (farmaseutikal) 
  5. Pertanian 
  6. Pemulihan Metal 
  7. Kawalan Pencemaran 
HARTA INTELEK
Semua HASIL PENEMUAN yang di hasilkan melalui BIOTECHNOLOGY ini adalah HASIL HARTA INTELEK dan di DAFTAR melalui pelbagai PENDAFTARAN HAK seperti 
  1. INTELLECTUAL RIGHT
  2. PATENT
  3. COPYRIGHT
  4. TRADEMARK
Oleh kerana itu, anda di nasihatkan agar lebih berhati-hati di dalam URUS-NIAGA di dalam Industri Biotechnology ini supaya anda tidak melanggar apa-apa HAK CIPTA terhadap sesuatu produk yang di perniagakan.

PERKEMBANGAN TERKINI
NEGARA CHINA
  • Negara CHINA sekarang telah memberikan TUMPUAN kepada Industri Biotechnology ini dengan memberikan PELABURAN BAHARU sebanyak 2 Trillion Yuan (US$308.5b / RM925.5b) untuk jangka masa 5 tahun yang akan datang.
  • Keutamaan Pembangunan Rancangan China Ke-12  (2011-2015) adalah di dalam Bio-Farmasi, Bio-Kejuruteraan, Bio-Pertanian dan Bio-Pembuatan yang akan membawa manfaat kepada Rakyat China
  • Dimana Kerajaan China menjangkakan akan dapat mewujudkan 1Juta Pekerjaan di dalam Industri ini selain untuk meraih Kebaikan dari produk-produk yang di hasilkan.
  • Dan PIAWAIAN atau STANDARD yang di utamakan ialah INOVASI Biotechnology perlu bergantung kepada Jaminan Standard Domestik untuk Keselamatan Pemakanan, Kebersihan, Penjagaan Kesihatan, Makanan dan Dadah dan Diagnosis Penyakit dan Pencegahan
NEGARA MALAYSIA
  • Melalui Syarikat  Malaysia Bio-XCell Sdn Bhd telah membelanjakan sebanyak RM950Juta membina HUB Biotechnology di Iskandar Malaysia (Johor)
  • Dimana HUB atau PUSAT INDUSTRI BIOTECHNOLOGY ini di wujudkan untuk menempatkan pelbagai Industri Bio-Farmasi & Biotechnology
  • Dan Syarikat Bio Xcell telah di laporkan berjaya menarik pelaburan sebanyak US$200Juta ke dalam HUB Bio Iskandar Malaysia.
  • Dan Pelaburan tersebut datang nya daripada Para Pelabur daripada Negara India, Perancis dan Amerika Syarikat. (Biocorn of India, Metabolic Explorer of France & Glycos Biotechnologies of United States)
DUNIA
  • Bioteknologi dalam Sektor Pertanian telah sampai kemuncak dan baru-baru ini, 100 Crore Hektar Tanah telah disemai dengan Tanaman Bioteknologi di Amerika Syarikat sebagai Tanaman Biotek merebak ke Timur dan Barat Afrika dan Pakistan.
  • Pada tahun-tahun lalu selepas di perkenalkan pada Tahun 1996, Tanaman Biotek merebak ketara seperti Kapas Bioteknologi dan Jagung menarik Imaginasi Petani untuk mengembangkan nya di sebabkan Potensi Pasaran yang amat menggalakkan.
  • Menurut Dr Clive James dari ISAAA mengenai "Demystifying Crop Biotechnology" berkata Bioteknologi dalam Pertanian akan memainkan Peranan Utama kerana Penduduk Global mencapai 1.000 crore pada tahun 2050.
  • Ia mengambil masa 10 tahun untuk mencapai Crore Hektar Pertama daripada sejumlah 50 dalam Tahun 2005
APA MAKSUD DARIPADA SEMUA INI
  1. Ini menjelaskan bahawa SEKTOR INDUSTRI BIOTECHNOLOGY telah memasuki Suatu ERA BAHARU di mana SEMUA NEGARA di dalam Dunia pada hari telah menjadikan INDUSTRI ini sebagai LANGKAH untuk MENGHASILKAN SUMBER MAKANAN YANG BERKHASIAT untuk Penduduk Dunia.
  2. Membuka PELUANG & RUANG PERNIAGAAN yang LUAS kepada semua PELABUR yang ingin menceburkan diri di dalam INDUSTRI ini.
  3. Yang boleh di MANFAATKAN melalui Pelbagai CABANG PERNIAGAAN yang seperti sebagai PEMBUAT & PENGILANG, PEMASAR, PENJUAL dan menjadi PEMBEKAL kepada BAHAN-BAHAN ASAS yang di perlukan dalam Industri ini dan juga KHIDMAT SOKONGAN yang Industri ini perlukan.
  4. Kerana INDUSTRI BIOTECHNOLOGY ini sangat BESAR PASARAN NYA dan BERNILAI BERBILION Dollar Amerika Setahun
editor

Monday, June 27, 2011

ANCAMAN TERBESAR BANGSA MELAYU

TIPsNIAGA.COM - POLITIC - Post #321


ANCAMAN TERBESAR BANGSA MELAYU
DALAM KEMAJUAN EKONOMI DUNIA


BANGSA MELAYU
  • Adalah Rumpun Bangsa dari Seluruh Kepulauan ASTRONESIA adalah Suatu Bangsa yang penuh dengan DILEMA sepanjang Zaman. (semak kembali: http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/05/swot-2-memahami-politik-negara-malaysia.html)
  • Dimana melalui FAKTA SEJARAH Bangsa Melayu telah banyak kali DI JAJAH oleh beberapa Bangsa yang lebih bertamadun dari banyak Benua lain Dunia.
  • Hanya selepas tahun 1900an Bangsa Melayu telah mula berjaya untuk menonjolkan diri sebagai SATU BANGSA yang setaraf dengan Bangsa-Bangsa Dunia yang lain.
  • Tetapi Bangsa Melayu maseh belum berjaya untuk melangkah lebih jauh di dalam Persaingan Antarabangsa di dalam Pelbagai Sudut Persaingan.
  • Dan kerana hal yang tersebut Bangsa Melayu maseh lagi berada DI TAHAP yang SAMA walaupun hidup di dalam Dunia yang serba maju pada hari ini.
APAKAH CABARAN BANGSA MELAYU HARI INI
  1. KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN
  2. KEKURANGAN SUMBER INTELEK
  3. KEKURANGAN KEBIJAKSANAAN
  4. KEKURANGAN KEBOLEHAN
  5. KEKURANGAN KEKAYAAN
MAKSUD NYA
No.1: KEKURANGAN ILMU PENGETAHUAN
  • Di dalam Negara NUSANTARA Bilangan Bangsa Melayu yang menerima Pendidikan Tinggi maseh Kecil.
  • Dan Pemberian Pendidikan yang baik hanya dapat di lakukan oleh Keluarga-Keluarga yang memiliki Taraf Ekonomi yang baik
  • Jumlah yang sedikit ini telah mengakibatkan Jumlah Bangsa Melayu yang BERILMU sangat terbatas
No.2: KEKURANGAN SUMBER INTELEK
  • Apabila Jumlah Bangsa Melayu yang Ber Ilmu TERBATAS maka SUMBER INTELEK untuk Bangsa Melayu juga TERJEJAS PERBEKALAN NYA.
  • Ini menjejaskan HASIL dari Sumber Intelek Bangsa Melayu itu KURANG dan Bangsa Melayu terpaksa bersandar kepada HASIL INTELEK dari Bangsa-Bangsa lain.
  • Juga Mengurangkan JUMLAH BRANDING yang di Hasilkan oleh Bangsa Melayu di dalam PASARAN DUNIA.
No.3: KEKURANGAN KEBIJAKSANAAN
  • Dua (2) Sebab di atas adalah BERPUNCA dari KEDAIFAN HIDUP di kalangan Besar Bangsa Melayu itu sendiri.
  • Dimana Taraf Kebijaksanaan untuk KETURUNAN Bangsa Melayu Tidak Berkembang SEJAJAR dengan PEMBANGUNAN Bangsa-Bangsa lain di Dunia.
  • Yang Perkembangan KEBIJAKSANAAN KEILMUAN Bangsa Melayu sering TERSEKAT atau TERGENDALA oleh Masaalah KEMISKINAN dan TARAF HIDUP yang amat RENDAH jika di bandingkan dengan Bangsa-Bangsa lain.
No.4: KEKURANGAN KEBOLEHAN
  • Apabila Ketiga-Tiga Sebab di atas itu BERSATU maka KEBOLEHAN Bangsa Melayu berada TERBELAKANG dari Bangsa-Bangsa yang lain.
  • Bukan sahaja Bangsa Melayu itu Terkebelakang dari Segi Pelajaran dan Ekonomi tetapi maseh lagi KETINGGALAN dari Segi PENGUASAAN BAHASA KOMUNIKASI DUNIA iaitu BAHASA INGGERIS.
  • Dimana maseh Ramai Jumlah Bangsa Melayu yang Tidak mampu untuk Bertutur dan memahami Bahasa Inggeris di dalam Negara Nusantara.
  • Dan ini telah MEMBATASKAN KEMAMPUAN mereka untuk BERINTERAKSI dengan Bangsa-Bangsa lain dari Seluruh Dunia terutama di dalam HAL Pengembangan Perniagaan dan Pertumbuhan Ekonomi.
No.5: KEKURANGAN KEKAYAAN
  • Akhir nya Bangsa Melayu itu GAGAL untuk BERADA di dalam PENTAS DUNIA dalam PERSAINGAN EKONOMI.
  • Yang bermula dari Segi Pendidikan, Pekerjaan dan Taraf Ekonomi Keluarga dan Bangsa Melayu secara Keseluruhan.
KUASA DI BAWAH GOLONGAN ELIT
  • Pada hari ini juga KUASA di dalam sesebuah NEGARA yang di bawah Kuasa Bangsa Melayu di Monopoli oleh Golongan Elit Melayu.
  • Yang mendapat PENDIDIKAN TINGGI dan belajar di Negara-Negara Barat & Eropah serta di Negara-Negara Asia yang lain.
  • Kebanyakan daripada mereka yang BERKUASA di dalam sesebuah KERAJAAN pada hari ini adalah dari Latar Belakang Keluarga Bangsawan dan Golongan Kaya serta dari Keluarga yang menjadi Tunggak Ekonomi Negara melalui Jenis-Jenis Perniagaan mereka.
  • Hanya segelintir sahaja yang datang dari keluarga Miskin atau Susah tetapi mereka berjaya mendapatkan Pendidikan Tinggi melalui JALAN YANG SUSAH dan SERBA SUKAR.
SIKAP BANGSA MELAYU
  • Sikap Bangsa Melayu pada hari ini juga maseh belum banyak berubah didalam Menentukan KEPENTINGAN PELAJARAN dengan TUNTUTAN EKONOMI SEMASA.
  • Dimana mereka "Lebih Berkira" untuk BERKORBAN melanjutkan Pelajaran Anak-Anak ke Luar Negara atas pelbagai ALASAN.
  • Dan SIKAP tersebut dapat DI FAHAMI dengan Keadaan Ekonomi MAJORITI Bangsa Melayu yang maseh di TAHAP SEDERHANA dan MISKIN.
  • Dan KECENDURANGAN kepada KEAGAMAAN adalah LANGKAH KEGEMARAN Bangsa Melayu untuk MENGALIHKAN PERHATIAN daripada BERSAING di dalam ARUS KETAMADUNAN MANUSIA di Peringkat Dunia yang juga menuntut kepada INOVATIF KEDUNIAAN.
BANGSA MELAYU PERLU LEBIH 300 TAHUN 
  • Jika tidak WUJUD DAYA PENDESAK dan DAYA PENGGERAK untuk MEN-TRANSFORMASIKAN BANGSA MELAYU dari Golongan ELIT MELAYU pada hari ini, maka Bangsa Melayu akan bergerak secara Amat Perlahan.
  • Di dalam SEMUA PERKARA untuk MEMAJUKAN Bangsa Melayu bagi menjamin Bangsa Melayu itu berdiri Sama Tinggi dan Duduk Sama rendah dengan Bangsa-Bangsa lain Dunia hari ini dan akan datang.
  • Dan Setiap PROSES TRANFORMASI terhadap MINDA & KELIMUAN Bangsa Melayu ini akan berlanjutan untuk 300 TAHUN yang akan datang sebelum KEJAYAAN SEBENAR dapat DI HASILKAN secara MENYELURUH.
PERSOALAN MENGAPA 300 TAHUN BUKAN 30 TAHUN
  • Ini di sebabkan oleh PUSINGAN RODA KETURUNAN di dalam sesuatu Bangsa itu memerlukan lebih dari 200 PUSINGAN KETURUNAN yang dapat MENGIKIS dan MERUBAH PERSEPSI sesuatu KAUM secara keseluruhan.
  • Dan Pusingan tersebut akan merubah segala KERANGKA PEMIKIRAN yang di Warisi dengan KERANGKA PEMIKIRAN yang bersesuaian dengan KEADAAN YANG BAHARU.
  • Lihat sahaja Pelbagai CATATAN dari SEJARAH SILAM yang telah Merubah & Mencorakkan sesuatu Bangsa di Dunia ini.
  • Dimana Semakin Lama sesuatu Bangsa itu melalui PEREDARAN MASA & ZAMAN, maka semakin Tinggi Taraf Intelektual Pemikiran mereka dengan KEADAAN SEMASA.
  • Ini sesuatu yang Tidak Dapat di elakkan oleh Semua MANUSIA yang Hidup di Muka Dunia ini dan telah menjadi Satu Kemestian yang AKAN BERLAKU.
CUBA PERHATIKAN SEJARAH
Sejarah daripada Negara-negara yang memiliki KETAMADUNAN yang melebihi 300 TAHUN yang maseh Wujud di dalam Dunia hari ini seperti Negara-Negara:
  • British
  • Perancis
  • German
  • Belgium
  • Luxembourg
  • Belanda
  • Russia
  • Mesir
  • Libya
  • Negara-Negara Arab
  • China
  • India
  • Israel
Dimana pada hari ini Bangsa-Bangsa mereka sudah Tidak Lagi mengguna-pakai APA juga yang di gunakan sebagai IDEOLOGI pada Zaman-Zaman Nenek Moyang mereka dan Perkara yang sama akan berlaku terhadap BANGSA MELAYU untuk 300 Tahun akan datang.
Perkara ini juga akan MENGIKIS SIFAT-SIKAP Bangsa Melayu yang mengamalkan PEMIKIRAN yang sedang mereka AMALKAN kini kepada Suatu PEMIKIRAN yang lebih GLOBAL.

editor

ANCAMAN JURANG KEKAYAAN DI MALAYSIA - 2011

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS NEWS - Post #320


ANCAMAN JURANG KEKAYAAN DI MALAYSIA - 2011
SANGAT BAHAYA DARI SUDUT EKONOMI DAN POLITIK


MALAYSIA
  • Melalui LAPORAN KAJIAN WORLD BANK mengenai Taraf Kemiskinan di Negara Malaysia, Taraf Pendapatan Kemiskinan Negara Malaysia ialah RM720.
  • Dan ia di pecahkan kepada 3 BAHAGIAN iaitu 20% Golongan Berpendapatan Tinggi, 40% Golongan Berpendapatan Pertengahan dan Baki 40% adalah Golongan Bawahan.
  • Tetapi sepanjang 10 Tahun yang lalu (2000 - 2010) Pertumbuhan untuk GAJI TAHUNAN hanya 2.6% SETAHUN.
  • Dan lebih kurang 34% dari 1.3 Juta PEKERJA (442 ribu pekerja) di Malaysia maseh menerima GAJI di bawah Paras RM700 sebulan.
  • Hanya GAJI MINIMA Para Pekerja di dalam Sekmen Perkhidmatan Pengawalan Keselamatan di naikkan dari RM500-600 sebulan kepada RM700 sebulan
APAKAH YANG TERSEMBUNYI DALAM FAKTA-FAKTA TERSEBUT
No.1: Taraf Pendidikan
  • Maseh ramai Rakyat yang memiliki Taraf Pendidikan yang Maseh Rendah di bawah kelulusan SPM
  • Maseh Wujud Lepasan Sekolah yang tidak berjaya menamatkan Persekolahan Menengah atau tidak sampai ke peringkat Menengah.
No.2: Kemampuan Keluarga
  • Disebabkan oleh Kemampuan Pihak Keluarga untuk menyara Perbelanjaan Persekolahan yang terbatas untuk anak-anak.
  • Kerana mereka sendiri di dalam Kategori "MISKIN NEGARA" yang Berpendapatan Kurang dari RM700 Sebulan.
  • Pihak Keluarga terpaksa Mengutamakan "Makan Minum" daripada Pelajaran kerana "Desakan Hidup Semasa"
No.3: Dasar Ekonomi Negara
  • Kadar dan Taraf Kemiskinan Negara adalah "CERMIN" daripada setiap POLISI EKONOMI NEGARA yang di guna-pakai oleh Kerajaan.
  • Dimana 34% Golongan Pekerja yang di bawah Paras Kadar Pendapatan MISKIN (RM720) adalah "BEBAN KERAJAAN" yang terpaksa di tanggung daripada IMPLIKASI DASAR EKONOMI yang di jalankan.
  • Yang berpunca daripada "TUMPUAN EKONOMI" Pihak Kerajaan TIDAK BERJAYA menghasilkan PELAN PERANCANGAN yang BERKESAN untuk menaikkan Taraf Ekonomi Rakyat yang berada di bawah Taraf Kemiskinan.
  • Dimana Tumpuan Kerajaan lebih MUDAH DI JAYAKAN untuk Golongan Atasan dan Pertengahan Rakyat.
No.4: Sistem Pemerintahan Negara
  1. Sistem Pemerintahan Negara Malaysia yang memiliki 2 JENIS KERAJAAN juga menjadi salah Satu Faktor Penyumbang kepada MASAALAH KEMISKINAN.
  2. Dimana Negara Malaysia di PERINTAH melalui KERAJAAN PERSEKUTUAN atau PUSAT dengan KERAJAAN NEGERI.
  3. Yang Wujud Unsur-Unsur "PECAHAN KUASA" dan "PECAHAN TUGAS" serta "PECAHAN TANGGUNG JAWAP" untuk SIAPA yang harus DI PERTANGGUNG JAWAPKAN untuk MENJAGA, MENTADBIR dan MENGURUS Taraf KAYA-MISKIN setiap Rakyat dalam Negara.
  4. Yang kini TERBAHAGI di antara DUA JENIS KERAJAAN tersebut dan SUKAR untuk memastikan SIAPA yang tidak menjalankan Tugas & Tanggung Jawap dengan SEMPURNA.
No.5: Teknologi Perindustrian
  • Dalam Negara Malaysia maseh BANYAK Industri yang menggunakan TEKNOLOGI RENDAH di dalam penghasilan Produk-Produk.
  • Yang lebih menggunakan Tenaga Pekerja yang ramai untuk melakukan pelbagai Proses Pembuatan dalam Sektor Pengilangan.
  • Dan Teknologi Jentera & Peralatan Pengilangan lebih kepada Teknologi Rendah dan Semi-Auto dan tidak memerlukan Kemahiran dan Kelulusan yang Tinggi.
  • Kerana itu Pihak MAJIKAN hanya menawarkan Sejumlah UPAH KERJA yang AGAK MURAH kepada Pekerja yang BERSESUAIAN dengan jenis Teknologi yang di gunakan.
APA YANG TIADA DALAM SEKTOR BURUH MALAYSIA
No.1: GAJI MINIMA
Ketiadaan KADAR GAJI MINIMA di dalam SEKTOR SWASTA untuk:

  • Semua JENIS INDUSTRI PEKERJAAN
  • Semua JENIS JAWATAN
  • Semua JENIS KEPAKARAN & KEMAHIRAN
  • Semua JENIS KELULUSAN AKADEMIK
Keperluan 
  • Yang DI DASARKAN kepada KELULUSAN seseorang PEKERJA dengan JAWATAN dan TUGAS yang di peruntukkan di dalam sesebuah INDUSTRI.
  • Mempunyai GARIS-PANDU yang Cukup JELAS sebagai PANDUAN untuk SEMUA MAJIKAN di Seluruh Negara mengguna-pakai KADAR GAJI MINIMA yang SERAGAM 
  • Yang pula di Dasarkan dari SETIAP KELULUSAN Para Pekerja untuk sesuatu Jenis Jawatan.
No.2: MAJLIS TIGA (3) SERANGKAI

  • Pihak KERAJAAN - Pusat & Negeri / Melalui Kementerian Buruh
  • Pihak MAJIKAN - Swasta & Awam / Melalui Kesatuan Majikan Kebangsaan
  • Pihak PEKERJA - Swasta & Awam. / Melalui Kesatuan Pekerja Kebangsaan
Termasuk HAL-HAL:
  • Yang harus BERADA di dalam SATU MAJLIS untuk Membincangkan HAL EHWAL PEKERJA, MAJIKAN & KERAJAAN.
  • Seperti MAJLIS KONSULTASI GAJI NEGARA yang harus berfungsi LEBIH LUAS daripada di cadangkan sekarang.
  • Dan MEMBINCANGKAN dengan lebih TELUS mengenai SEMUA ASPEK PEKERJAAN yang melibatkan SEMUA Sudut Ekonomi Rakyat, Majikan dan Negara secara KOLEKTIF.
  • Seperti Kadar Upah Kerja, Hal EPF, Hal Kebajikan, Hal Keselamatan, Hal Kesihatan, Hal Persaraan, Hal Hak-Hak & Faedah ASAS untuk Golongan Pekerja yang DI UKUR dari KEMAMPUAN EKONOMI Pihak Syarikat dan Kepentingan Ekonomi Negara.
No.3: INSENTIF KERAJAAN
  • Pihak Kerajaan di dalam USAHA untuk Membangunkan INDUSTRI yang Berteknologi Rendah kepada Teknologi Tinggi harus bertindak pantas membaiki Industri -Industri Berteknologi Rendah dalam Negara
  • Dengan Memberi Insentif-Insentif  yang berbentuk GRANT kepada Para Pengusaha Pengilangan untuk MENAIK-TARAF Jentera & Peralatan Pengilangan mereka.
  • Dimana GRANT KERAJAAN harus di tawarkan untuk Pengusaha untuk MEMBELI Jentera & Peralatan yang Lebih Berteknologi agar dapat di sesuaikan dengan Program Peningkatan Gaji Minima Negara.
  • Juga Grant Pekerja untuk Menaik-Taraf Pengetahuan melalui Kursus-Kursus Vokasional Jangka Pendek untuk Pekerja yang tidak Berkelulusan dan Berkemahiran melalui SATU PROGRAM di dalam SATU BADAN VOKASIONAL NEGARA.
TRANSFORMASI PENTADBIRAN
  • Didalam USAHA KERAJAAN untuk MENGHAPUSKAN KEMISKINAN dalam Negara, Pihak Kerajaan yang memerintah HARUS terlebih dahulu melakukan TRANSFORMASI kepada hal-hal PENTADBIRAN & PENGURUSAN di dalam JENTERA KERAJAAN.
  • Yang melibatkan SEMUA KEMENTERIAN di dalam KERAJAAN PERSEKUTUAN dan di dalam KERAJAAN NEGERI.
  • Dimana SETIAP URUS-KERJA di antara KEMENTERIAN yang BERKAIT-RAPAT dengan MASAALAH PEKERJA & PEKERJAAN, TARAF KEMISKINAN dan PROGRAM PEMBANGUNAN PEKERJA & KEMISKINAN dapat DI SATUKAN dalam GERAK-KERJA YANG SAMA.
  • Dan semua HAL-HAL HALANGAN BIROKARASI harus di KURANGKAN secara KESELURUHAN dengan SATU MATLAMAT yang di persetujui bersama.
  • Dimana ini merupakan SATU GERAK-KERJA yang akan melibatkan SEMUA PARTI-PARTI POLITIK yang memegang sesuatu KERAJAAN dalam Malaysia dan IDEOLOGI POLITIK KEPARTIAN harus DI ELAKKAN sama sekali.
KEMAHUAN & TEKAD MAHU BERJAYA
  • Hanya KEMAHUAN dan TEKAD MAHU BERJAYA di Peringkat KERAJAAN akan dapat MEMASTIKAN JURANG KEMISKINAN di Negara Malaysia dapat di Kurangkan & di hapuskan.
  • Melalui GERAK-KERJA yang tidak Di POLITIKKAN dan bekerja sebagai sebuah BADAN PROFESIONAL yang melihat MASAALAH ini dari SUDUT EKONOMI RAKYAT & NEGARA
editor

Sunday, June 26, 2011

JURANG ORANG KAYA DAN MISKIN SEMAKIN MEMBESAR

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS NEWS - Post #319


JURANG ORANG KAYA DAN MISKIN SEMAKIN MEMBESAR
APAKAH FAKTOR PENYEBAB NYA


DUNIA HARI INI
  • Jika di lihat Senarai Syarikat-Syarikat dan Orang-Orang juga Negara-Negara TERKAYA DUNIA, sudah banyak REKOD DI CATATKAN.
  • Dimana dalam Negara-Negara MAJU tersenarai Orang-Orang KAYA yang memiliki Pelbagai Syarikat di bawah kekuasaan mereka.
  • Dan Senarai Orang-Orang KAYA seperti ini semakin hari mereka semakin bertambah KEKAYAAN di sebabkan pelbagai Faktor.
YANG MISKIN JUGA BERJAYA
  • Di dapati semakin MENINGKAT Sumber Pendapatan mereka dari Masa Ke Semasa
  • Ada yang berjaya KELUAR dari taraf Kemiskinan Hidup melalui pendapatan yang Bertambah
  • Ini di sebabkan oleh PERANCANGAN dan TINDAKKAN membantu Golongan MISKIN untuk keluar dari Kemiskinan oleh Kerajaan masing-masing.
TETAPI YANG SEBENAR NYA
  • JURANG di antara yang KAYA dengan yang MISKIN sebenar nya JURANG tersebut semakin MEMBESAR.
  • Walau di mana juga Golongan Miskin dan Kaya itu berada di atas Muka Bumi ini, samaada dari Negara-Negara Kaya atau yang sedang Membangun.
  • Dan berlaku di dalam Semua BENUA-BENUA NEGARA DUNIA
FAKTOR PENYEBAB IALAH
Pertama
  • Golongan yang MISKIN dapat melepasi Taraf Kemiskinan berpunca daripada Peluang-Peluang Pekerjaan yang di wujudkan oleh Para Peniaga.
  • Dan mereka di beri Peluang Pekerjaan dengan GAJI yang Memadai dan Lumayan atau yang Setaraf dengan Kelulusan dan Kemahiran Seseorang.
Kedua
  • Dengan Wujud nya Ramai Golongan Miskin yang Berpendidikan yang mendapat Pekerjaan, maka banyak pula Syarikat-Syarikat yang lebih Produktif dalam Perniagaan.
  • Syarikat ini pula dapat meluaskan lagi Operasi Perniagaan dengan Hasil yang lebih menggalakkan dan akhir nya membawa Keuntungan yang LEBIH kepada Pemilik Syarikat.
Ketiga
  • Golongan yang Miskin tetapi telah berjaya melepasi Taraf Kemiskinan TEGAR ini pula MENYUMBANG PERTUMBUHAN kepada Ekonomi dengan KUASA MEMBELI mereka yang Meningkat.
  • Dan Golongan ini telah Mewujudkan BANYAK PERMINTAAN terhadap BARANGAN PENGGUNA lantas menerbitkan banyak PELUANG kepada Para Peniaga & Usahawan.
  • Gejala ini telah meningkatkan Pertumbuhan Perniagaan di Peringkat GLOBAL kerana Semua Negara mengalami PERUBAHAN TAHAP KEMISKINAN yang bergerak sama di antara Negara.
Keempat
  • Dengan Wujud BANYAK PERMINTAAN dari PENGGUNA terhadap semua PRODUK & PERKHIDMATAN, maka banyak Syarikat-Syarikat di dalam SEKTOR PERUNCITAN, PEMBUATAN & PENGELUARAN Barangan Pengguna meningkatkan Perniagaan
  • Dimana Para Peniaga & Usahawan berusaha untuk MEMENUHI semua PERMINTAAN yang bertambah dengan memperbanyakkan lagi Cabang dan Kilang Pembuatan di Seluruh Dunia.
  • Ini telah menambah PELUANG PEKERJAAN dan juga menambah KEKAYAAN kepada Para Peniaga & Usahawan.
Kelima
  • Akhir nya kedua-dua Golongan MISKIN & KAYA ini telah berjaya MENINGKATKAN TARAF HIDUP masing-masing.
  • Dimana yang MISKIN berjaya melepasi Kemiskinan Tegar dan dapat Merasakan Kesenangan dari kehidupan yang dahulu.
  • Yang berkehidupan Sederhana pula berjaya untuk melangkah lebih jauh dan lebih Senang dalam Hidup mereka
  • Dan yang KAYA pula secara otomatik menjadi semakin KAYA kerana Pertambahan KEKAYAAN daripada KEMAJUAN GOLONGAN MISKIN TEGAR.
OLEH KERANA ITU
  • Di atas Kertas, memang Wujud KEMAJUAN terhadap Golongan MISKIN yang berjaya KELUAR dari Kemiskinan.
  • Dimana kini banyak Negara telah berjaya meningkatkan Taraf Hidup Penduduk mereka dari masa kesemasa.
  • Dan KEMISKINAN TEGAR hanya tertumpu di dalam Negara-negara yang mempunyai Masaalah Ekonomi & Politik yang TEGAR seperti yang tersenarai di dalam NEGARA TERMISKIN DUNIA.
ANALISA PAKAR EKONOMI
  • PAKAR-PAKAR EKONOMI dari seluruh Dunia pula melihat semua Kemajuan ini dengan hati dan pemikiran yang Terbuka.
  • Tetapi mereka semua MENGAKUI bahawa JURANG antara ORANG KAYA dengan ORANG MISKIN semakin MEMBESAR.
  • Walaupun TARAF KEMISKINAN TEGAR DUNIA semakin berkurangan di dalam setiap CARTA KEMISKINAN.
  • Ini berpunca daripada KONSEP PERNIAGAAN yang DI MONOPOLI oleh sesuatu Golongan PENIAGA & USAHAWAN di dalam SEKTOR UTAMA PENGGUNA.
  • Dan apabila STATISTIK JURANG tersebut di ANALISA dengan lebih TELITI di dapati JURANG tersebut Bukan bertambah RAPAT tetapi bertambah RENGGANG.
CONTOH
  • Jika RATIO antara Golongan MISKIN dengan KAYA pada 10 Tahun yang lepas adalah 1:10 tetapi pada hari ini RATIO tersebut telah menjadi 1:20.
  • Ini menunjukkan ORANG KAYA adalah SEMAKIN KAYA
LANGKAH SELANJUT NYA
  • Oleh kerana itu, pada hari ini Pakar-Pakar Ekonomi di setiap Negara sedang berusaha untuk MEWUJUDKAN lebih ramai ORANG-ORANG KAYA dari Golongan-Golongan Orang Sederhana KAYA dan Orang-Orang Miskin
  • Melalui pelbagai PROGRAM BANTUAN untuk memulakan pelbagai Bidang Perniagaan di Negara masing-masing.
  • Ramai yang boleh di katakan sebagai BERJAYA menjadi PENIAGA & USAHAWAN tetapi maseh belum boleh di Kategorikan sebagai Golongan KAYA.
  • Hanya Golongan KECIL sahaja dari Golongan tersebut yang berjaya mencapai TARAF KAYA atau bergelar sebagai JUTAWAN.
  • Dan TARAF JUTAWAN di kira melalui HARTA & PENDAPATAN SYARIKAT yang berjaya melepasi ANGKA 1 Juta USD Setahun. (USD adalah Ukuran di Peringkat Antarabangsa / Dunia), Kira-Kira RM3 Juta untuk MALAYSIA.
MALANG NYA
  • Di dalam PROSES untuk mewujudkan ORANG KAYA yang bertaraf JUTAWAN di dalam setiap Negara, Wujud BANYAK KEGAGALAN dan Peniaga & Usahawan menjadi BANKRUP.
  • Dan KEGAGALAN ini pula berpunca daripada KEGAGALAN mereka untuk MEMAHAMI ASAS-ASAS ILMU PERNIAGAAN yang mereka ceburi.
  • Yang TERUTAMA nya di dalam Bidang PENGURUSAN KEWANGAN dan Bahagian-bahagian Pengurusan yang lain.
  • Walaupun Ramai yang telah di berikan dengan Kursus-Kursus ASAS PERNIAGAAN oleh Agensi-Agensi Kerajaan di Negara masing-masing.
Dan MASAALAH inilah yang sedikit sebanyak telah memberi Dorongan untuk Mewujudkan Blog TIPsNIAGA.COM

editor