Monday, February 21, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #9 - Post #122

TIPsNIAGA.COM Posting #122


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #9
BAHASA PERNIAGAAN


BAHASA PERNIAGAAN yang di guna-pakai untuk semua URUSAN PERNIAGAAN di seluruh Dunia adalah BAHASA INGGERIS


Walaupun ada beberapa Negara Besar Perniagaan Dunia yang MENGUTAMAKAN BAHASA NEGARA SENDIRI seperti Negara-Negara :-

  • JEPUN
  • KOREA
  • CHINA
  • TAIWAN
  • GERMAN
  • PERANCIS
  • RUSSIA

TETAPI apabila mereka melakukan segala URUS-NIAGA di peringkat ANTARABANGSA, mereka AKAN dan TERPAKSA menggunakan BAHASA PERNIAGAAN iaitu BAHASA INGGERIS.


SEBAB

  • Ini adalah kerana kebanyakan TERMA-TERMA PERNIAGAAN di wujudkan dan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai RUJUKAN UTAMA walaupun ianya boleh di terjemahkan kepada apa juga BAHASA-BAHASA yang lain.
  • Dan dari kesan SEJARAH, penggunaan Bahasa Inggeris telah di guna-pakai sejak bermulanya REVOLUSI PENAKLUKAN dan PENJAJAHAN yang di lakukan oleh Bangsa-Bangsa Utama Dunia berkurun yang lalu.
  • Juga kerana Bahasa Inggeris adalah Bahasa yang di nobatkan sebagai BAHASA ANTARABANGSA untuk segala urusan di peringkat Antarabangsa tidak mengira Negara atau Bangsa.

KEPERLUAN

  • Oleh kerana itu, KEPERLUAN untuk Menguasai, Memahami dan Kebolehan menggunakan Bahasa Inggeris ADALAH satu KEMESTIAN jika seseorang Usahawan itu ingin menceburi dan meluaskan cabang perniagaan mereka ke peringkat Antarabangsa.
  • Ini sangat perlu bagi memudahkan segala urusan dan perhubungan di peringkat Antarabangsa yang menggunakan Bahasa Inggeris untuk berinteraksi termasuk segala Perundangan hal-hal Perniagaan.
  • Kerana hal ini juga, untuk menjadi seseorang PEMIMPIN bagi sesebuah Negara yang bukan berbahasa Inggeris di haruskan Pemimpin-Pemimpin tersebut berupaya berbahasa Inggeris kerana untuk kemudahan dari pelbagai sudut. Tidak terkecuali untuk semua Usahawan.

KELEBIHAN

  • Jika para Usahawan memiliki kebolehan dalam menguasai Bahasa Inggeris maka mereka tidak merasakan kepayahan untuk berinteraksi dengan lebih lancar dengan sesiapa juga di peringkat Antarabangsa, dan segala Terma & Syarat yang di perbincangkan di dalam bahasa Inggeris akan MUDAH dan CEPAT DI FAHAMI tanpa perlu menggunakan khidmat TRANSLATOR.
  • Penggunaan khidmat Translator bukan tidak baik atau tidak tepat TETAPI adakalanya setiap TERJEMAHAN Istilah dan Terma di dalam bahasa Inggeris TIDAK DAPAT di alih bahasa kedalam Bahasa-Bahasa lain secara TEPAT seperti yang di maksudkan di dalam bahasa Inggeris. Ini akan menimbulkan kekeliruan dan boleh mendatangkan KERUGIAN.


KEMESTIAN

  • Untuk menjadikan setiap Perusahaan Perniagaan anda itu berjaya di peringkat Antarabangsa, anda perlu menguasai Bahasa Inggeris.
  • Dengan mempelajari Bahasa Inggeris yang bukan sahaja telah di jadikan bahasa untuk berinteraksi di peringkat Antarabangsa TETAPI Bahasa Inggeris juga adalah BAHASA PERNIAGAAN.
  • Dan bahasa Inggeris untuk Perniagaan juga memiliki GAYA BAHASA nya yang tersendiri jika di bandingkan dengan GAYA bahasa Inggeris yang biasa.
  • Oleh kerana itu, jika anda belum menguasai Bahasa Inggeris, adalah di galakkan untuk mempelajarinya dan untuk menguasai Bahasa Inggeris Perniagaan tidak lah begitu menyusahkan, ia boleh di kuasai dalam masa yang singkat dalam sekitar 3 hingga 6 bulan sahaja (bergantung pada individu)

RUMUSAN
Jika ada PENDAPAT yang mengatakan bahawa sesebuah Negara itu harus mempertahankan BAHASA Negara mereka sendiri dan tidak perlu mempelajari Bahasa Inggeris, pendapat seperti ini tidak akan mendatangkan faedah kepada pertumbuhan perniagaan Usahawan dari Negara-Negara tersebut, malah ia akan menghambat kelancaran perhubungan dua hala yang di perlukan dalam sesuatu URUS-NIAGA di peringat Antarabangsa.

Kerana BAHASA sesuatu BANGSA itu sememangnya HAK MUTLAK sesuatu BANGSA...Tetapi BAHASA INGGERIS adalah BAHASA PERNIAGAAN yang bukan merujuk kepada Negara atau Bangsa British!...Kita harus memahami hakikat ini dengan jelas.



editor

No comments:

Post a Comment