Tuesday, February 08, 2011

PEMBANGUNAN PRODUK #7 - Post #79

TIPsNIAGA.COM Posting #79

PEMBANGUNAN PRODUK #7 
R&D Pemikiran & Pilihan - Sekmen Produk ASAS TANI


Samaada semua orang suka atau pun tidak dengan FAKTA ini, itu terpulang kepada penilaian masing-masing, didalam sekmen ASAS TANI yang melibatkan Pemasaran Buah-Buahan, Sayur-Sayuran dan Hasil Bumi yang lain, PENGLIBATAN SEMUA bangsa TIDAK SEIMBANG.
Jika di Negara Malaysia contohnya, Produk ASAS TANI didominasikan oleh Bangsa CINA dimana segala aspek Pemasaran & Penjualan secara BORONG dikuasai oleh golongan ini. Tetapi Bangsa CINA bukan dari Golongan PETANI hanya segelintir sahaja yang menjadi Petani. Persoalannya KENAPA Bangsa-bangsa lain tidak ramai, terutamanya Bangsa MELAYU?.
Peringatan: Ini bukan Artikel yang berbaur Politik - Editor


SOALAN A
Adakah Bangsa Melayu / India dan yang lain-lain tidak berminat dalam sekmen ini?
Adakah sekmen ini tidak punyai pasaran yang baik?
Adakah sekmen ini tidak menguntungkan?


SOALAN B
Adakah sekmen ini terlalu susah?
Adakah sekmen ini terlalu kotor?
Adakah sekmen ini tidak glamor?


FAKTA 1
Di Malaysia kebanyakan Tanah-Tanah di miliki oleh Bangsa Melayu dan Kerajaan, dan semua produk ASAS TANI kebanyakannya ditanam diTanah Rezab Melayu.
Tetapi Golongan Pengusaha Produk ASAS TANI ini BUKAN Orang Melayu


FAKTA 2
Di Malaysia, kebanyakan di Pasar-Pasar Awam, Pasar Borong dan Pasar TANI, kebanyakan PERUNCIT-PERUNCIT Produk ASAS TANI terdiri dari Orang Melayu pula.
Selainya daripada orang-Orang Cina dan India.


R&D MASAALAH DI ATAS
Bagi SOALAN A
Dari kajian Rambang, bukan Orang Melayu tidak berminat dengan sekmen Pertanian atau untuk menghasilkan Produk ASAS TANI ini. Kerana Hasil Dapatan menunjukkan pemikiran Orang-orang Melayu terpengaruh dengan kepesatan Pembangunan Bandar-Bandar dalam Negara dan seawal Kemerdekaan ramai yang meninggalkan kampung-Kampung untuk pergi mencari peluang-peluang pekerjaan di Bandar-bandar Besar seluruh Tanah Air.


Ini yang menyebabkan Tanah-Tanah yang dimiliki atau yang diwarisi ditinggalkan begitu sahaja dan peluang-peluang ini diambil alih oleh Orang-Orang Cina yang melihat POTENSI Produk ASAS TANI ini sudah hilang pengdominasiannya dari Bangsa Melayu.


Lalu mereka mengambil alih sekmen ini dengan MENYEWA TANAH-TANAH milik Orang Melayu ini secara berkontrak dan mengusahakan jenis-jenis pertanian yang tinggi permintaan. Dan perkara ini berlanjutan hingga ke hari ini.




Bagi SOALAN B
Akhirnya pemikiran mereka sudah tidak berminat lagi dengan sekmen Pertanian yang dianggap sebagai PEKERJAAN ORANG KAMPUNG.
Mereka juga merasakan untuk mengerjakan sekmen ini terlalu banyak karenah dan susah, kotor serta tidak sesuai dengan KELULUSAN yang mereka miliki. Akhirnya, sekmen ini bukan menjadi pilihan dan tumpuan mereka. Mereka lebih senang bejerka Makan Gaji di bandar-Bandar.


Bagi FAKTA 1
Kerana Penghijrahan Orang-Orang Melayu ke Bandar-bandar, sekali gus sekmen Asas Tani ini menjadi suatu sekmen yang mempunyai permintaan yang tinggi kerana kurangnya Pengusaha Pertanian. Dengan itu Orang-Orang Cina yang cekap berfikir mengambil alih kekosongan ini dan mengusahakannya walaupun tidak memiliki tanah dan berusaha mengerjakan pertanian secara MENYEWA TANAH.


Mereka bukan Golongan PENJAJAH TANAH atau PENJAJAH sekmen Pertanian TETAPI mereka adalah USAHAWAN yang OPTIMIS dan yang bijak memahami kehendak pasaran dan mengambil Peluang yang terluang.


Dan apabila permintaan semakin tinggi kerana pertumbuhan Penduduk, mereka menggiatkan lagi sekmen pertanian ini dengan menggunakan Teknologi-Teknologi terkini untuk penghasilan yang lebih banyak dan baik. 
Dan dengan tindakkan itu, sekmen ini menjadi berteknologi tinggi dan mereka telah maju kehadapan, dan jika ada orang-orang Melayu ingin mengusahakannya, maka mereka akan ketinggalan dibelakang jika maseh menggunakan kaedah-kaedah pertanian yang konvensional.


Bagi FAKTA 2
Oleh kerana ramai Pengusaha Sekmen Pertanian ini di selia-tadbir oleh Orang-Orang Cina, maka secara tidak langsung jika orang-orang Melayu ingin berniaga runcit produk-produk ASAS TANI ini mereka terpaksa MEMBELI daripada Pengusaha-Pengusaha Bangsa Cina.
Ini bukan SALAH SESIAPA dan tidak perlu menuding jari kepada mana-mana KAUM, kerana mereka semua telah MEREBUT PELUANG MASING-MASING yang difikirkan baik untuk mereka.


RUMUSAN
Jika ada Orang-Orang Melayu berminat untuk kembali mengusahakan Sekmen Pertanian, mereka harus berfikir dan bertindak segera serta harus memiliki katahan mental yang tinggi untuk menguasai semua sekmen ini. 


Mereka harus memulakan dengan MEMILIKI:-

  • Perancangan yang baik
  • Pengurusan yang cekap dan berdedikasi tinggi
  • Penggunaan teknologi yang tinggi serta canggih
  • Daya Penghasilan yang tinggi
  • Sistem Pemasaran dan Penjualan yang bersepadu dalam dan luar Negara
  • Menjana Rangkaian Penjualan dengan Kaedah BANTU & JUAL
  • Jadikan Sekmen Pertanian ini lebih menarik dan menguntungkan



editor

No comments:

Post a Comment