Thursday, February 10, 2011

STRATEGY #8 - Post #90

TIPsNIAGA.COM Posting #90


STRATEGY #90
Strategi MENGEKALKAN Perniagaan Turun Menurun


Topik ini saya pilih khusus kerana telah banyak berlaku di mana sahaja, Perniagaan jenis turun menurun ini akan GAGAL apabila memasuki Generasi kedua, ketiga dan seterusnya.
Jika keturunan Orang Rumpun Melayu, mereka terkenal dengan Menu seperti Sate, Soto, Mee Rebus, Nasi Ambeng / Dagang / Rawon / Kerabu dan lain-lain.
Orang-Orang dari Rumpun Cina pula terkenal dengan pelbagai menu seperti Nasi Ayam, Kuay Teow Goreng, Hor Fun, dan segala masakan yang berasaskan MEE. Orang-Orang dari Rumpun India pula terkenal dengan Masakan KARI-KARI mereka. Tetapi selang beberapa zaman, setiap kegemilangan yang telah di cipta oleh Datuk Nenek mereka mula pudar.....


SOALAN LAZIM - KENAPA?
Permasaalahan ini berbangkit daripada kemajuan dan tamadun Manusia itu sendiri dimana pada hari ini banyak perkara telah berubah di sebabkan oleh Innovasi dan Kemajuan Teknologi dalam Dunia Perniagaan.
Fakta 1
Jika 50 atau 100 tahun yang lalu, jika dalam Dunia Masakan semua bahan-bahan asas masakan akan di buat menggunakan tangan sahaja dan kurang menggunakan mesin-mesin kerana kelembapan teknologi pada masa itu.
Fakta 2
Semua bahan-bahan pada zaman tersebut juga menggunakan bahan asli dan tidak ada atau kurang bahan-bahan tiruan seperti Garam, Gula, Perwarna Makanan dan Serbuk Perasa. Ini termasuk pembuatan Mee yang menggunakan tangan.
Fakta 3
Bahan-bahan keperluan lain seperti Ikan, Ayam, Daging Lembu / Kambing atau apa juga binatang yang di gunakan, di pelihara secara semulajadi dan tidak ada pemeliharaan yang berasaskan kemajuan sains seperti hari ini. Ini termasuk sumber bahan AIR dan Sayur-Sayuran.
Fakta 4
Alat-Alat memasak pada zaman dahulu juga berbeza dengan yang wujud pada hari ini, di mana zaman dahulu banyak menghasilkan Alat Memasak daripada sumber asli seperti Tembaga, Tin, Besi, Timah atau Emas yang semuanya ASLI.
Fakta 5
Menu Masakan zaman dahulu juga banyak berasaskan bahan-bahan yang ada NILAI KESIHATAN seperti bahan-bahan yang boleh menghindarkan penyakit-penyakit tertentu yang wujud di dalam sesuatu bahan. Mereka pada zaman itu mencipta Menu Makanan untuk KESIHATAN bukan setakat untuk merasa sedap dan kenyang sahaja.


Jadi, Apakah relevannya fakta-fakta tersebut dengan kegagalan sesuatu perniagaan turun menurun yang berlaku pada hari ini?
Alasan 1
Apa yang dilakukan pada zaman dahulu sudah tidak dapat di ulang-laku pada hari ini di sebabbkan oleh Inovasi dan kemajuan teknologi canggih, dimana ramai Pengusaha turun menurun GAGAL untuk MENGEKALKAN tahap MUTU dan RASA seperti yang di lakukan oleh Datuk Nenek mereka.
Alasan 2
SEMUA bahan-bahan masakan dan sumber daging dan sayur-sayuran pada hari ini telah di inovasikan melalui kemajuan teknologi sehingga kesemuanya menggunakan bahan-bahan sampingan untuk tumbuh-besaran sesuatu subjek termasuk penggunaan sesuatu jenis ubat atau kimia.
Maka hasil yang wujud pada hari ini tidak akan dapat menyamai hasil zaman dahulu dari segi keaslian RASA dan MUTU.
Alasan 3
Jika zaman dahulu, Datuk Nenek Moyang mereka berniaga secara berinteraksi terus dengan pelanggan tetapi pada hari ini, pelanggan tidak akan tahu atau kenal siapa pemilik perniagaan kerana semuanya di uruskan oleh pekerja!
Alasan 4
Begitu juga hal nya dari segi SAIZ sesuatu Menu, pada hari ini kebanyakannya telah berubah saiz menjadi lebih kecil dengan sukatan yang berkurangan termasuk mengurangkan bahan-bahan tertentu untuk mengurangkan kos.]
Alasan 5
Zaman dahulu, NIAT seseorang Peniaga lebih kepada memberi BAKTI kepada orang ramai selain untuk menyara kehidupan keluarga masing-masing.
Tetapi pada hari ini ianya telah berubah, bukan semua bertujuan memberi BAKTI tetapi 99.9% atas dasar mencari keuntungan.


Inilah penyebab yang menyebabkan sesuatu perniagaan turun menurun tidak dapat bertahan lama kebanyak Generasi.
Yang paling getir ialah waktu peralihan dari yang pertama ke yang kedua dan seterusnya, di mana waktu peralihan itu akan berlaku "kejutan rasa" seperti "culture shock"
Contohnya...
Pelanggan yang biasa dengan masakan Si Ayah akan mula berhenti melanggan kerana perubahan rasa, dan Si Anak hanya dapat meneruskan jika dia berjaya mendapat pelangan baharu, kerana pelanggan yang baharu tidak pernah merasa masakan Si Ayah....begitulah seterusnya



RUMUSAN
Jika anda akan mewarisi sesuatu perniagaan daripada Ayah atau Ibu anda, pastikan anda pelajari segala aspek pembuatan dan penyediaan menu masakan mereka dengan tepat.
Dan cuba kekalkan segala sukatan dalam setiap menu dari segi sajian, jumlah, rasa bagi mengekalkan pelanggan-pelangan setia.
Sebarang pembaharuan harus tidak menjejaskan keaslian menu masakan tersebut tetapi cuba fikirkan cara persembahannya dengan kemudahan yang ada pada hari ini.


Sebaik cara ialah BUKUKAN setiap proses untuk membuat sesuatu menu masakan yang di warisi. Ia kelak boleh di jadikan panduan untuk generasi anda yang akan datang dan dapat menjamin pembuatan yang betul dan mutu yang terkawal.

editor

No comments:

Post a Comment