Tuesday, February 01, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #9 - Post #53

TIPsNIAGA.COM Posting #53


RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #9
Akaun Simpanan Wang bagi Perniagaan.....


Melalui Post #51 ada disebut bahawa setiap Syarikat digalakkan untuk memiliki atau membuka lebih daripada 1 Akaun Simpanan Wang dimana-mana Bank...KENAPA?


Baik...Setiap Urusan Perniagaan akan ada sesuatu PEMBAYARAN yang harus dilakukan oleh seseorang Peniaga seperti Pembayaran untuk:-

  • Kreditor - Untuk Pinjaman dari pihak Bank / Institusi Kewangan
  • Vendor - Perbekalan Bahan / Barangan
  • Gaji Pekerja
  • Sewa Premis / Ansuran Bulanan Premis
  • Pengangkutan - Kos minyak kenderaan / Road Tax / Insuran
  • Cukai-Cukai Penguasa Tempatan / Negeri
  • Juga Penerimaan Pembayaran daripada Pelanggan

Jika sesebuah Syarikat memiliki hanya 1 Akaun Simpanan sahaja, mereka memerlukan seseorang atau Akauntan bagi menjaga segala urusan berkenaan segala pengeluaran dan penerimaan wang. tetapi WANG tersebut tetap berada didalam sebuah AKAUN BANK.
Cara ini selalunya akan mendatangkan masaalah jangka masa panjang JIKA setiap pengrekodan tidak dibuat atau dilakukan secara tetap dan berterusan, akhirnya penyalah-gunaan wang kepada hal-hal yang tidak diperuntukkan akan berlaku.


Sebaik mungkin, segala hal-hal PEMBAYARAN yang melibatkan jangkamasa panjang, PERUNTUKAN WANG harus dialihkan kedalam Akaun bank yang berlainan, anda perlu mengenal pasti apakah pembayaran yang akan dibuat secara Bulanan, Dwi Bulanan, 3..4..5..6..7..8..9..10..11..12 Bulan sekali.
Setelah dikenalpasti, AGIHKAN wang yang telah diperuntukkan itu kedalam Akaun-Akaun berlainan samaada ianya dibuat 2..3..4..5..Akaun berlainan.


CARA AGIHAN & PEMBAYARAN

  • Semua Penerimaan Pembayaran pertama sekali dimasukkan kedalam Akaun Utama yang dikenalai sebagai RECEIVING ACCOUNT atau AKAUN PENERIMAAN
  • Daripada Akaun Peneriman, baharulah Wang-Wang itu diagih-agihkan kedalam Akaun-Akaun yang lain menurut ketetapan yang telah dilakar.
  • Dan segala PEMBAYARAN baharulah dilakukan melalui Akaun-Akaun yang berkenaan



Cara ini akan MENGAJAR atau MENDISIPLINKAN setiap Peniaga untuk memastikan setiap WANG yang didapati dapat diagihkan untuk semua Pembayaran-Pembayaran yang WAJIB yang diTANGGUNG oleh sesebuah syarikat.
Dan Wang yang di simpan di Akaun-Akaun yang berbeza itu dapat dikenalpasti KEGUNAANnya oleh seseorang Peniaga dan ini dapat mengelakkan mereka untuk memberbelanjakan wang dengan tidak tentu arah, seterusnya dapat menaikkan prestasi kewangan syarikat tanpa perlu mengalami maasalah pengurusan kewangan yang serius dan kritikal.


Ini sebenarnya dikenali sebagai Company's Fund Accounts atau Dana Simpanan Syarikat dan melalui Kaedah ini juga sesebuah syarikat itu dapat membuat TABUNGANnya sendiri bagi tujuan-tujuan pembesaran perniagaan dengan menggunakan DANA mereka sendiri tanpa perlu membuat Pinjaman Bank.
Ramai Usahawan menolak kaedah ini apabila disarankan untuk syarikat mereka, tetapi setelah mereka merasai sendiri faedah-faedah yang mereka dapati dari pengalaman memiliki pelbagai Akaun Simpanan dan keberkesanan kaedah tersebut, baharu;lah mereka mengakui bahawa Kaedah ini banyak membantu mereka mengurangkan SALAH GUNA DANA bagi segala Perbelanjaan.


TETAPI...
Disiplin diri perlu kuat untuk MEMATUHI segala KETETAPAN yang telah dilakar bagi segala Peruntukkan Kewangan Syarikat. Jika tidak, perniagaan anda akan menghadapi kesukaran-kesukaran yang tidak terjangka dikemudian hari.


editor

No comments:

Post a Comment