Thursday, February 10, 2011

STRATEGY #9 - Post #91

TIPsNIAGA.COM Posting #91


STRAGEGY #9
Strategi membuka CAWANGAN


APA KEBAIKAN & KEBURUKAN NYA


Strategi membuka cawangan yang menjadi topik pada kali ini bukan bermasud seperti dalam penggunaan Bahasa Kiasan Melayu yang membawa maksud "Berkahwin lagi" (sabo jer laa) Tetapi ia merujuk kepada Pengembangan Cabang Perniagaan yang sama di kawasan lain yang terpilih.


Strategi sebegini digunapakai untuk jenis-jenis perniagaan yang tidak boleh berkembang besar di tempat yang sama (statik) kerana pertambahan pelanggan, permintaan yang tinggi di lain-lain kawasan, tempat, daerah dan Negeri atau Negara seperti perniagaan:

  • Semua jenis perniagaan Runcit
  • Restoran dan Kedai Makanan
  • Hiburan - Seperti Panggung Wayang
  • Kedai Dobi
  • Bengkel membaiki Kenderaan / Motosikal
  • Klinik Kesihatan
  • Pejabat Peguam
  • Kejuruteraan
  • Farmasi
  • Kedai Gunting
  • Salon kecantikan
  • Pusat Senaman
  • Dan ada pelbagai lagi....

Secara asasnya, perniagaan seperti tersebut tidak boleh berkembang di tempat yang sama kerana keterbatasan ruang untuk menampung pertambahan pelanggan, oleh kerana itu dengan membuka CAWANGAN di tempat lain yang terpilih dapat merealisasikan impian mereka untuk berkembang maju.


Strategi sebeginilah yang sering di gunapakai oleh ramai pengusaha di seluruh Dunia, mereka akan membuka cawangan mungkin lebih daripada sebuah jika kemampuan kewangan mereka mengizinkan Atau mereka pada peringkat ini boleh menggunakan Konsep Franchise sebagai salah satu cara mengembangkan perniagaan.


KESAN NYA

  • Meningkatkan Hasil Jualan
  • Meningkatkan Jumlah Pelanggan
  • Meningkatkan Keuntungan
  • Memecahkan golongan pelanggan kepada daerah
  • Menambah Peluang Pekerjaan
  • Menambah Daya Penghasilan Pengilang
  • Merancakkan Kegiatan Ekonomi 
  • Juga menambah Pendapatan Negara Melalui Cukai



KESUKARAN

  • Mengawal Setiap Pengurusan Cawangan (jika dimiliki sendiri)
  • Aduan Pelanggan Akan Meningkat Mengenai Mutu Perkhidmatan dan Mutu Barang
  • Mengekal Momentum Perniagaan Cawangan dengan yang Pertama
  • Pengaliran Wang Tunai Yang Agresif

Harus ada pentadbiran & Pengurusan yang sangat cekap dengan bantuan Teknlogi terkini untuk mendapatkan segala Data dan Fakta Jualan.


KEBAIKAN

  • Penjenamaan Nama Syarikat Akan Kukuh
  • Di Kenali Ramai
  • Menjadi Tumpuan dan Perhatian Usahawan Lain untuk Bekerjasama
  • Dapat membeli Bekalan secara lebih besar dan menjadi murah
  • Margin keuntungan meningkat
  • Menggajikan Ramai Pekerja dan membantu ekonomi mereka



RUMUSAN

  • Dengan perkembangan yang sihat melalui pembukaan Cawangan-Cawangan, anda sudah boleh untuk memasuki bidang-bidang perniagaan yang lain sebagai Strategi Pemecahan Perniagaan yang bukan Tradisional seperti bidang perniagaan:-
  • Hartanah
  • Pembangunan Bangunan Komersial & Private
  • Atau beralih untuk mengambil alih atau menguasai perniagaan lain yang berdaya maju dan yang tersenarai di Bursa Saham

Semuanya boleh anda lakukan setelah anda berjaya berkembang dengan memulakan membuka cawangan daripada satu!


editor

No comments:

Post a Comment