Thursday, February 10, 2011

STRATEGY #10 - Post #92

TIPsNIAGA.COM Posting #92

STRATEGY #10
Perbezaan Strategi Dalam PERNIAGAAN


Ada Tiga (3) Jenis Strategi yang harus di ketahui untuk semua jenis perniagaan, jika anda bersandarkan kepada 3 Jenis Strategi ini, tidak akan wujud kekeliruan di dalam segala urusan Pentadbiran dan Pengurusan Perniagaan anda.
Apakah ketiga-tiga Jenis Strategi tersebut?.....

  1. CORPORATE STRATEGY
  2. BUSINESS STRATEGY
  3. FUNCTIONAL STRATEGY



KEGUNAAN NYA


CORPORATE STRATEGY
Strategi yang anda susun di permulaan perniagaan dimana anda telah menentukan di manakah kedudukan perniagaan anda itu berada. Atau dalam lain perkataan, Jenis perniagaan apakah yang anda usahakan.
Strategi ini mula di lakar ketika di dalam perencanaan penubuhan syarikat anda yang merangkum perkara yang syarikat anda lakukan untuk jangka masa pendek dan panjang.
Ia termasuk :-
  • Penjenamaan Produk
  • Pemprosesan Bahan Mentah Produk
  • Pembinaan Akhir Produk
  • Spesifikasi produk
  • Mutu Produk
  • Penetapan Harga dan Keuntungan
  • Sekmen Pasaran
  • Sekmen Jualan
  • Visi dan Misi Syarikat anda


BUSINESS STRATEGY
  • Lebih kepada Perancangan Strategi yang agresif  untuk mengatasi persaingan yang di beri oleh para pesaing perniagaan anda. Dimana anda perlu menyediakan pelbagai Strategi atau Planning yang perlu di ikuti oleh setiap pegawai yang terlibat dengan Pemasaran dan Penjualan.
  • Matlamat Business Strategy ialah untuk mencapai hasil penjualan seperti yang di lakarkan di peringkat awal. 
  • Kegagalan menepati sasaran adalah kegagalan di dalam menyediakan Busines Strategy yang berkesan.

FUNCTIONAL STRATEGY
Adalah kumpulan Strategi terhadap segala pelan untuk:-
  • Pembangunan produk kearah masa hadapan (inovasi)
  • Pengembangan Rangkaian Syarikat
  • Pembetukkan Kerjasama dengan Usahawan lain
  • Pemecahan Jenis Perniagaan 
  • Pelaburan untuk jangkamasa pendek dan panjang.
Oleh yang demikian, pastikan segala PERANCANGAN untuk MERANCANG segala jenis STRATEGI untuk syarikat anda, anda merujuk kepada 3 jenis Strategi di atas.

Ia akan memberi anda PANDUAN bahawa setiap BAHAGIAN di dalam Organisasi Syarikat anda PERLU ADA Strategi yang berlainan cara dan tujuan.

Ia mungkin kelihatan rumit tetapi jika anda ambil masa yang sesuai untuk melakarkannya, pasti anda dapat melakukannya dengan baik dan sempurna. Anda juga boleh meminta pendapat dari rakan-rakan yang berpengalaman atau dari pakar-pakar di dalam bidang masing-masing.

 editor

No comments:

Post a Comment