Thursday, February 03, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #8 - Post #62

TIPsNIAGA.COM Posting #62

MEMBANGUN PERNIAGAAN #8
Kempen Menarik Pelanggan 


Ini suatu ISU yang mudah bagi sesetengah pihak dan menjadi sukar bagi golongan yang lainnya. Ianya menjadi mudah apabila kita tahu akan selok beloknya dan menjadi sukar jika kita tidak mengerti sepenuhnya. Itulah yang berlaku kepada golongan Peniaga-Peniaga diseluruh Dunia pada hari ini.


Untuk MENARIK PELANGGAN kepada perniagaan kita, seperti yang telah diperkatakan melalui posting yang lalu, seseorang Peniaga itu HARUS FAHAM terlebih dahulu APA YANG MEREKA JUAL atau tawarkan untuk Pelanggan.
Kerana setiap Produk dan Perkhidmatan itu akan ADA GOLONGAN SASARnya seperti:-
  • Apa kegunaannya kepada sesuatu golongan
  • Kumpulan UMUR yang akan menggunakannya
  • Tempat, Kawasan, Daerah, Negeri, Negara sasaran
  • Produk dan Kemampuan membeli golongan sasar



Setelah perkara-perkara tersebut dianalisa dengan baik, maka pelan Pemasaran baharu boleh dilakar berdasarkan Maklumat daripada Hasil Dapatan Analisa tersebut. Dimana seseorang Peniaga itu akan dapat mengagak atau meramal potensi jualan sesuatu produk yang dicadangkan.
Selepas itu, baharulah Strategi Penjualan dilakukan dengan bantuan PENGIKLANAN yang berstrategi menurut Hasil Analisa sebelumnya.


Setiap IKLAN harus disasar tepat kepada golongan sasar dan bukan secara rambang jika mahu keberkesanan daripada pergiklanan yang dijalankan. Disinilah KEJUJURAN seseorang Peniaga itu TERLETAK, adakah mereka memilih taktik kotor untuk menarik Pelanggan?...atau menggunakan taktik bersih / jujur yang berdasarkan psikologi kemanusiaan?...atau bagaimana?


Jika anda mahu berniaga secara berterusan dan ingin bertapak lama didalam bidang perniagaan ini, anda disarankan agar menjauhi dari menggunakan taktik-taktik kotor atau penipuan didalam Pengiklanan anda. Sebaik mungkin gunakan strategi berdasarkan psikologi kemanusiaan untuk beriklan, jika anda berkemampuan dan memiliki bajet yang besar, sebaik mungkin anda gunakan Pakar-Pakar Pengiklanan untuk melakar Iklan pemasaran & penjualan bagi pihak Syarikat anda. Cara ini lebih baik, lebih sempurna dan lebih profesional. Dan hasilnya juga agak baik jika dibandingkan dengan lakaran iklan sendiri. Kecuali anda sendiri dari bidang pengiklanan atau memiliki pengalaman mengenainya.


PENGIKLANAN adalah suatu ALAT untuk menterjemahkan kepada Pelanggan sesuatu produk yang anda ingin para Pelanggan miliki, kerana itu setiap lakaran Iklan harus benar-benar berkesan untuk "menarik" mereka datang ketempat jualan anda. Jika mereka datang setelah membaca Iklan anda, itu bermakna 50% produk anda telah "terjual" dan bakinya akan bergantung kepada LAYANAN dipihak anda kepada mereka sebagai Pelanggan.
Ramai Peniaga GAGAL untuk menaikkan semangat MEMBELI pihak Pelanggan sewaktu dipremis jualan kerana pelbagai sebab seperti:-

  • Terlalu ramai Pelanggan hingga tidak dapat dilayan kesemuanya pada satu-satu masa
  • Staf yang terlalu sedikit diperuntukkan
  • Staf yang tidak terlatih untuk melayan Pelanggan
  • Staf yang tidak bersungguh-sungguh bekerja
  • Sususan produk-produk yang tidak teratur
  • Produk yang dipamerkan tidak seperti didalam Iklan anda

Jadi setiap IKLAN harus bersamaan dengan produk yang sebenar, jangan cuba menipu Pelanggan untuk datang ketempat anda, jika anda tidak mampu untuk menepati segala syarat penjualan dan janji, anda dinasihatkan agar jangan membuat apa-apa promosi jualan.
Kerana itu, khidmat dan kepakaran orang-orang yang duduk diJabatan Pemasaran harus memantau dengan ketat segala perjalanan dibahagian penjualan dengan rapi, jika tidak segala usaha mereka mengkaji dan menganalisa pasaran menjadi sia-sia.


Jika melalui IKLAN pertama, kedatangan orang ramai kepremis anda diluar jangkaan, itu bermakna produk yang anda iklankan memiliki potensi untuk diterima ramai KERANA kebanyakan orang ramai yang datang adalah dengan tujuan INGIN TAHU LEBIH LANJUT berkenaan produk yang diiklankan.
Untuk itu, anda harus MEMBEKALKAN setiap yang hadir dengan Brochure Product yang lengkap sebagai bahan rujukan bakal-bakal pelanggan, jangan biarkan bakal-bakal pelanggan pulang begitu sahaja, ini adalah salah satu strategi jualan.
Kerana, ada sebahagian Pelanggan tidak mahu membuat sesuatu keputusan membeli secara tergesa-gesa, lebih-lebih lagi golongan Profesional, mereka lebih suka mengambil masa untuk berfikir segala "keperluan" mereka terhadap produk yang ingin dibeli serta bajet yang akan diperuntukkan.


Kerja-Kerja MENARIK PELANGGAN merupakan suatu SENI yang sangat halus kerana ia melibatkan Psikologi kemanusiaan, jika anda mengetahuinya maka kerja-kerja anda menjadi mudah!...Begitu juga untuk sesuatu jenis produk yang lain seperti makanan bermasak dan perkhidmatan profesional. 


Anda harus tahu GOLONGAN SASARANnya terlebih dahulu sebelum melakukan kerja-kerja penarikan pelanggan.


Contoh Golongan Sasaran


A...Golongan (Status kehidupan)

  1. Golongan Bawahan
  2. Golongan Pertengahan
  3. Golongan Atasan
B...Pendapatan Kasar Bulanan
  1. Bawah 2,500 
  2. Bawah 10,000
  3. Keatas 10,000
C...Pekerjaan
  1. Pekerja Biasa
  2. Profesional
  3. Profesional & Usahawan
Dan ada banyak lagi perkara-perkara yang boleh dijadikan ALASAN atau Kayu Ukur untuk melakukan Penganalisaan terhadap Golongan Pelanggan, lagi banyak sumber anda perolehi akan bertambah JELAS penanalisaan anda terhadap pelanggan.
Itu sebabyna Syarikat-Syarikat yang mengeluarkan produk rokok menggunakan khidmat Market Surveyor bagi mendapatkan maklumat tepat mengenai Golongan Sasar bagi setiap produk yang mereka keluarkan.

Dan kaedah tersebut boleh diguna-pakai untuk apa juga Produk jika anda berkemampuan untuk mengambil khidmat Market Surveyor seperti itu.

editor

No comments:

Post a Comment