Sunday, February 27, 2011

MODEL USAHAWAN #2 - Post #141

TIPsNIAGA.COM Posting #141


MODEL USAHAWAN #2
ARKITEK USAHAWAN


ARKITEK USAHAWAN bukan merujuk kepada Jawatan ARKITEK SENIBINA tetapi ia merujuk kepada segolongan USAHAWAN yang di klasifikasikan sebagai ARKITEK PERNIAGAAN kerana golongan USAHAWAN ini memiliki NILAI-NILAI yang berikut :-


Memiliki KEBOLEHAN untuk MENCIPTA, MELAKAR & MENCARI :-
  • KONSEP PERNIAGAAN BAHARU
  • KONSEP PRODUK BAHARU
  • KONSEP PERKHIDMATAN BAHARU
  • KONSEP PENCIPTAAN BAHARU


SAMAADA di lakukan Melalui atau Dalam :-
  • Syarikat yang Sediaada
  • Penubuhan Syarikat Baharu
  • Penubuhan Syarikat Usahasama
  • Penubuhan Cawangan dalam Syarikat Sediaada
PEMIKIRAN ARKITEK USAHAWAN amat berbeza daripada KEBOLEHAN BERFIKIR seperti kebanyakan Usahawan Umum, dimana Arkitek Usahawan lebih cenderung BERFIKIR untuk melakukan sesuatu yang baharu sebagai langkah MEMAJUKAN PERNIAGAAN yang sediaada.
ARKITEK USAHAWAN adalah TREND SETTER atau PENENTU GAYA didalam Dunia Perniagaan, dimana apa yang di usahakan oleh golongan ini AKAN DI TURUTI oleh Usahawan Umum yang lain, kerana Usahawan Umum lebih suka menjadi PENGIKUT daripada menjadi Trend Setter.

MEMENTINGKAN INOVASI
ARKITEK USAHAWAN lebih mementingkan INOVASI dalam semua Aspek Perniagaan yang merangkum perkara seperti :-
  • Penciptaan dan Penghasilan Proses & Produk Baharu agar sentiasa berada di hadapan
  • Pembaharuan terhadap Pengurusan Pelanggan / Pengguna agar lebih Mesra pelanggan
  • Menyediakan sesuatu yang baharu dari apa yang di perlukan oleh Pengguna yang tidak di lakukan oleh Usahawan lain.
  • Sentiasa menggunakan Kepakaran segala Sumber Manusia yang ada di sekeliling nya ke tahap Maksima bagi menghasilkan sesuatu yang terbaik.
TIDAK TAKUT BEKERJASAMA
  • ARKITEK USAHAWAN tidak takut untuk BEKERJASAMA dengan Usahawan yang lain di dalam melakukan sesuatu yang baharu, kerana mereka berpendapat BUKAN SEMUA MANUSIA BOLEH MELAKUKAN SEMUA PERKARA DALAM SATU MASA.
  • Mereka juga yang banyak menjadi PELOPOR kepada pelbagai USAHASAMA atau PENGGABUNGAN PERNIAGAAN bagi melakukan Perniagaan yang berbentuk STRATEGIK.
SUKA TERUS BELAJAR
ARKITEK USAHAWAN adalah dari jenis yang SUKA BELAJAR daripada apa yang mereka :-
  • LIHAT
  • DENGAR
  • ALAMI
Dan akan cuba melakukan sesuatu daripada apa yang dapat di INOVASI daripada perkara yang mereka lihat/ dengar dan alami untuk di jadikan suatu PELUANG di dalam PERNIAGAAN.
Golongan ini juga suka belajar DARI ORANG LAIN dan CEKAP serta PANTAS mengambil peluang daripada ILHAM atau IDEA Orang lain.

RUMUSAN
Jenis Arkitek Usahawan adalah tergolong di dalam Cerdik Pandai Golongan Usahawan tetapi ada juga dari golongan ini yang melakukan sesuatu dari kebolehan mereka itu dengan melakukan INOVASI PERNIAGAAN yang bertentangan dengan :-
  • ETIKA PERNIAGAAN
  • ETIKA KEMANUSIAAN
  • UNDANG-UNDANG PERNIAGAAN 
  • UNDANG-UNDANG NEGARA
  • UNDANG-UNDANG AGAMA
Hanya mereka yang tahu apa yang mereka lakukan itu untuk kesejahteraan siapa, kerana golongan orang-orang yang sangat kreatif fikiran seperti ini amat sukar di fahami TUJUAN mereka melakukan sesuatu.


 editor

No comments:

Post a Comment