Sunday, February 20, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #6- Post #119

TIPsNIAGA.COM Posting #119


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #6
PRODUK TIDAK LAKU.....


Dalam semua Sektor Perniagaan keluhan seperti "Produk Tidak laku"...sering berlaku terutama di dalam sekmen Barangan Pengguna atau Consumer Goods.


Tetapi ramai Peniaga yang tidak dapat MEMAHAMI dengan TEPAT mengapa sesuatu produk dan perkhidmatan itu kurang mendapat sambutan daripada Orang Ramai.


Apakah sebab-sebabnya dan bagaimana untuk mencari cara penyelesaiannya?


CONTOH DI BUTIK PAKAIAN
Jika Butik anda menggunakan cara konvensional di dalam sisitem penjualan dimana anda tidak menggunakan Alat P.O.S System atau Point Of Sales Systems untuk mendaftarkan segala maklumat produk anda ke dalam satu sistem seperti POS Sistem, maka anda perlu juga menggunakan cara konvensional untuk melakukan pemeriksaan dan penelitian mengenai sebarang stok yang tidak laris di jual iaitu dengan Kaedah Physical Stock Checking. 
Jika anda menggunakan Sistem POS, anda hanya perlu meneliti MENYEMAK kelarisan sesuatu Produk melalui Laporan Aktiviti Jualan yang boleh dikeluarkan melalui Sistem POS ini dengan mudah kerana segala maklumat telah tersedia di dalam sistem tersebut.


Setelah laporan mengenai sesuatu produk yang TIDAK LARIS anda dapati, anda perlu meneliti jenis-jenis produk yang terlibat seperti maklumat :-

  1. Rekabentuk produk
  2. Warna produk
  3. Saiz produk
  4. Harga produk
  5. Mutu bahan produk
  6. Jenama produk
  7. Negara pengeluar produk

KENAPA PERLU TAHU

  • Ini adalah kerana setiap MANUSIA memiliki CITARASA dan KEINGINAN yang berbeza diantara satu dengan yang lain.
  • Setiap Rekabentuk dan Warna sesuatu produk akan menjadi TUMPUAN UTAMA orang ramai dan dua perkara inilah yang selalu menjadi kayu-ukur samaada mereka mahu membelinya ataupun tidak.
  • Jika Rekabentuk sesuatu pakaian (contoh) sangat menarik tetapi penggunaan WARNA yang tidak menepati Citarasa orang Ramai, maka produk tersebut kurang laris di pasaran.
  • Kerana itu, anda sebagai Peniaga harus memerhati semua GERAK-LAKU didalam pemilihan produk yang dilakukan oleh pelanggan dengan teliti.

Dan melalui MAKLUMAT yang terkumpul anda akan dapat ketahui apakah jenis-jenis produk yang :-

  • Paling Laris
  • Kurang Laris
  • Tidak Laris

Dan setiap kelarisan itu anda akan dapat ketahui juga sebab-sebabnya, maklumat akan lebih tepat jika anda memiliki POS Sistem yang canggih.




TINDAKAN
Selepas anda berpuas hati dengan semua maklumat yang terkumpul dan anda telah memahami dengan jelas MENGAPA dan KENAPA sesuatu Produk itu kurang mendapat PERHATIAN pembeli, selepas itu anda harus MENGATUR semula CARA PEMBELIAN STOK untuk masa-masa yang akan datang.
Dan stok-stok yang tidak laku tadi boleh lah anda masukkan kedalam perancangan JUALAN MURAH agar ia tidak terus tersimpan di kedai anda, jangan mengulangi kesilapan yang telah berlaku.


DALAM LAIN SEKMEN

Begitu juga yang terjadi didalam sekmen perniagaan yang lain, terutamanya yang berhadapan terus dengan pelanggan. Anda perlu peka terhadap pemilihan dan permintaan pelanggan.
Untuk menjadi Peniaga yang BIJAK anda harus bekerja untuk memenuhi dan menepati segala citarasa dan keinginan pelanggan, dengan cara itu perniagaan anda akan cepat berkembang pesat dan orang ramai akan menyukai perkhidmatan yang anda sediakan.



RUMUSAN
Jangan ABAIKAN sesuatu Tindak-Balas atau Reaksi daripada CORAK PEMBELIAN yang di lakukan oleh para Pelanggan anda, kerana setiap reaksi itu sebenarnya ia merupakan suatu AMARAN atau SIGNAL kepada anda agar melakukan sesuatu untuk mengubah keadaan kepada yang lebih baik dan yang lebih mesra pelanggan.
Jika anda ABAIKAN amaran atau signal yang ditimbulkan oleh para pelanggan, maka dalam jangkamasa panjang anda akan dapati anda KEHILANGAN PELANGGAN!.


editor

No comments:

Post a Comment