Saturday, February 26, 2011

MODEL PERNIAGAAN #5 - Post #138

TIPsNIAGA.COM Posting #138


MODEL PERNIAGAAN #5
KONSEP PERNIAGAAN ISLAM
ILMU PENTADBIRAN PERNIAGAAN ISLAM


DALAM KONSEP PERNIAGAAN ISLAM akan wujud ILMU PENTADBIRAN nya yang tersendiri di dalam semua urusan dalam perniagaan yang di jalankan oleh seorang PENGANUT ISLAM, dan ILMU PERNIAGAAN DALAM ISLAM lebih MENGUTAMAKAN ETIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN menurut segala KEPERLUAN dan PERUNDANGAN yang wujud di dalam ISLAM.


ILMU PERNIAGAAN
YANG bermula dengan HAL EHWAL PENTADBIRAN KESELURUHAN ORGANISASI harus berkonsepkan ISLAM, di mana kesemua NILAI MURNI menjadi TERAS menjalankan Perniagaan didalam bentuk atau jenis apa sekali pun.
KEMUDIAN di susuli dengan HAL EHWAL PENGURUSAN yang MERANGKUM ;-
  1. Hal Ehwal PEMASARAN
  2. Hal Ehwal PENJUALAN
  3. Hal Ehwal SUMBER MANUSIA
  4. Hal Ehwal PERKILANGAN
  5. Hal Ehwal KEWANGAN
HARUS PULA DI JALANKAN dengan BERPANDUKAN ETIKA PENGURUSAN ISLAM yang pula berhubung rapat dengan PERUNDANGAN ISLAM atau SHARIAH. 
Dimana penjelasan telah di lakukan melalui posting #136 & #137.


KEUTAMAAN DI BERI KEPADA NILAI ETIKA
KONSEP PENGURUSAN ISLAM sangat MENGUTAMAKAN ETIKA KEISLAMAN di dalam URUS TADBIR Operasi Perniagaan agar apa yang di lakukan di dalam kerja-kerja harian tidak bercanggah atau bertentangan dengan apa yang di perintahkan untuk kesejahteraan Umat Manusia.


Dimana SEMUA STRATEGI ASAL ILMU PERNIAGAAN tidak perlu DI UBAH SUAI tetapi DI NILAI TAMBAH dengan ETIKA ISLAM, dan ini akan menjadikan STRATEGI yang sedia wujud di dalam ILMU PERNIAGAAN yang asal menjadi KUKUH dan MANTAP untuk membantu seseorang USAHAWAN itu berjaya menjalankan Perniagaan mereka.


TERAS ETIKA PERNIAGAAN ISLAM
  1. MENGHINDAR Aktiviti RIBA' (keuntungan yang di dapati secara tidak jujur atau berlebihan)
  2. MENGHINDAR Aktiviti Yang TIDAK HALAL (dalam semua perkara)
  3. MENGHINDAR Aktiviti PENIPUAN PELANGGAN / PEKERJA
  4. MENGHINDAR Aktiviti ANIAYA PADA DIRI SENDIRI (suka langgar HUKUM)
  5. MENGHINDAR Aktiviti HARAM (yang di larang oleh ISLAM)
Dimana didalam keadaan yang biasa, seseorang PENIAGA itu cenderung untuk melakukan Aktiviti Perniagaan yang bercorak TIDAK ADA BATAS dalam menentukan KEUNTUNGAN untuk perniagaan nya.


MUDAH TETAPI SUKAR

  • TERAS ETIKA PERNIAGAAN ISLAM sememang nya nampak MUDAH tetapi ianya SUKAR untuk di laksanakan JIKA seseorang USAHAWAN atau PENIAGA itu TIDAK FAHAM atau TIDAK TAHU APAKAH ISLAM ITU YANG SEBENAR.
  • Jika mereka KURANG FAHAM dan KURANG TAHU berkenaan dengan ISLAM, maka apa yang mereka FIKIRKAN dan RASAKAN ialah RASA KESUKARAN, RASA TIDAK ADIL, RASA TIDAK PUAS HATI, RASA KECEWA dan akan wujud pelbagai lagi RASA, dimana mereka fikir ETIKA ISLAM akan menjejaskan kemajuan dan kepesatan perniagaan mereka atau sebagai BATU PENGHALANG kepada usaha mereka.
  • Kerana sebab yang sedemikian lah ramai USAHAWAN dan PENIAGA yang menganut ISLAM tetapi tidak menurut TERAS ETIKA PERNIAGAAN ISLAM secara menyeluruh.
  • Mereka lebih gemar menuruti apa sahaja yang nampak mudah dan tidak menjejaskan diri mereka sendiri.
Ini akan dapat DI LIHAT dengan MUDAH melalui segala tindakkan yang mereka ambil di dalam hal-hal PENGURUSAN perjalanan perniagaan mereka, samaada secara INDIVIDU ataupun melalui Syarikat.


ADALAH SUATU KESILAPAN
  • MENOLAK atau MENGHINDAR penggunaan TERAS ETIKA PENGURUSAN PERNIAGAAN ISLAM didalam perniagaan yang di jalankan merupakan suatu KESILAPAN BESAR oleh Usahawan dan Peniaga yang MENGANUT ISLAM.
  • Ini adalah kerana DI SEBALIK semua TERAS ETIKA tersebut, WUJUD JUTAAN KEBAIKAN yang akan membawa seseorang Usahawan dan Peniaga itu ke suatu TARAF yang lebih tinggi daripada biasa. 
  • Dimana YANG PASTI ialah ORANG RAMAI akan MERASA HORMAT kepada anda di sebabkan mereka anda HORMATI terlebih dahulu!...Ini NILAI NYA!!!...Dimana MENGHORMATI ORANG LAIN adalah asas dalam ISLAM.
  • INI belum termasuk kepada hal-hal yang bersangkutan dengan KEJUJURAN BERNIAGA terhadap Pelanggan dan Pekerja TANPA wujud elemen yang boleh Pelanggan dan Pekerja MERASA CURIGA dengan Penjualan Produk dan Perkhidmatan yang anda berikan.
  • Dimana ISLAM mengajar semua Umat untuk berlaku JUJUR dalam apa juga HAL dan bukan berdasarkan pada pakaian luaran. Ia bermula dari HATI....PAKAIAN bukan KAYU UKUR untuk menentukan KEISLAMAN.
JUGA elemen yang menunjukkan anda tidak memberi sebarang DISKRIMINASI terhadap semua BANGSA & AGAMA PARA PELANGGAN. Dimana semua nya di layan secara ADIL dan SAKSAMA.


RUMUSAN
OLEH YANG DEMIKIAN, 
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ETIKA PERNIAGAAN DALAM ISLAM, sebaik nya anda pelajari nya secara KHUSUS dimana telah wujud banyak Buku-Buku dan eBook untuk di jadikan sebagai bahan bacaan dan rujukan anda, juga anda boleh menghubungi KEMENTERIAN yang bertanggungjawap terhadap PEMBANGUNAN PERNIAGAAN YANG BERKONSEPKAN ISLAM di NEGARA anda sendiri.


editor

No comments:

Post a Comment