Thursday, February 17, 2011

TREND PERNIAGAAN #7 - Post #110

TIPsNIAGA.COM Posting #110


TREND PERNIAGAAN #7
Transformasi KEDAI RUNCIT


TREND PERNIAGAAN terkini tidak sahaja melanda perniagaan-perniagaan yang berbentuk berteknologi tetapi di dalam bidang PERUNCITAN juga turut menjalankan perubahan terhadap Strategi Penjualan mereka.


TREND TERKINI
Jika kita lihat di Malaysia, Gergasi Peruncitan seperti Carrefour memulakan langkah daripada menjalankan perniagaan runcit dengan format HYPERMARKET, kini mereka menukar Strategi dengan membuka kedai-kedai kecil dan di jenamakan sebagai Carrefour Express.
Melalui format Carrefour Express, setiap Outlet di buka dengan kriteria berikut:-

  • Harus berada di kawasan Taman Perumahan
  • Bersaiz antara 1200sqm -2000sqm
  • Menyediakan 4,000 Jenis barangan
  • Menggunakan 3 khidmat kaunter Bayaran
  • Modal antara RM150,000 - RM500,000
  • Di jalankan melalui konsep FRANCHISE

APA YANG BOLEH KITA FAHAM DAN PELAJARI?
Pertama:-

  • Ini menunjukkan kebanyakan Kedai-kedai runcit yang berformat asal telah merubah corak perniagaan daripada format kedai runcit kepada format kedai serbaneka. 
  • Dimana format kedai serbaneka tidak lagi mengutamakan barangan runcit untuk keperluan dapur sahaja tetapi ia di pelbagaikan penjualan produknya hingga meliputi keperluan seisi rumah.
  • Peniaga Runcit yang asal TERPAKSA menukar format perniagaan kerana tidak dapat bersaing dengan Mega Hypermarket yang telah banyak di buka seperti Giants, Carrefour, Tesco, Mydin, Sogo, Jusco, Metrojaya dan Makro. 
  • Dimana Pekedai Runcit banyak kehilangan pelanggan yang lebih banyak menumpukan pembelian di Hypermarket untuk cara pembelian yang banyak dengan harga yang murah.

Kedua:-

  • Apabila format kedai runcit asal berkurangan, itu bermakna potensi dan peluang untuk membuka kedai-kedai runcit di kawasan-kawasan taman perumahan adalah terbuka luas. 
  • kerana bukan semua penduduk di kawasan perumahan dapat pergi atau suka pergi berbelanja di Hypermarket.

Ketiga:

  • Penduduk kawasan perumahan akan hanya berbelanja di Hypermarket apabila tiba Hari-Hari Gaji dan bukan secara harian. 
  • Untuk keperluan yang sedikit, mereka hanya mencari kedai-kedai runcit untuk mendapatkan sesuatu barang yang mereka perlukan.
  • Untuk perkara ini sahaja, peluang perniagaan maseh terbuka sekitar 30-40% untuk perniagaan kedai runcit
  • Oleh yang demikian, Pihak seperti Carrefour yang juga Syarikat Peruncitan yang Kedua terbesar di Eropah, telah melihat potensi dan peluang ini, lalu mereka memulakan Trend membuka Carrefour Express yang berformatkan kedai runcit di kawasan taman perumahan sebagai langkah untuk memenuhi sekmen permintaan yang sedang di abaikan.

Keempat:-

  • Kebanyakan kedai-kedai runcit yang di usahakan oleh pelbagai syarikat tidak dapat memenuhi semua permintaan di semua kawasan taman perumahan yang padat penduduk di sebabkan oleh penglibatan DANA yang besar. 
  • Hanya Syarikat-syarikat yang menggunakan konsep Franchise dapat melakukannya seperti rangkaian Seven Eleven atau 7E
  • Yang lain seperti rangkaian 99 Speedmart dan KK Super Mart tetapi keupayaan syarikat-syarikat ini juga terbatas untuk membuka Outlets di seluruh Negara.
  • Ini adalah suatu Strategi Perniagaan yang sangat baik dan tidak harus di pandang ringan oleh semua Peniaga kerana sekmen perniagaan runcit maseh lagi di perlukan di seluruh Negara.

PELUANG SEDIAADA

  • Daripada senario tersebut, para Peniaga yang berkemampuan maseh boleh memasuki sekmen Kedai Runcit secara agresif tetapi ianya tidak harus di lakukan dengan format dahulu kala, dimana pada hari ini setiap Kedai Runcit harus menggunakan format Convenient Store, dimana setiap SATU KEPERLUAN barangan untuk seisi rumah harus di sediakan secara bersistematik dan tersusun dengan jumlah menurut permintaan.
  • Sebaiknya ia dapat di lakukan secara bersama, samaada menggunakan platform Persatuan ataupun Konsortium.
  • Dewan-Dewan & Persatuan Perniagaan juga boleh mengambil inisiatif ini dengan mengumpulkan semua Ahli dan membuka Satu Bahagian baharu untuk tujuan ini, libatkan semua Ahli sebagai Pemegang Saham.

MODEL KEDAI TERKINI
Maksudnya, Ruang untuk mempamerkan keperluan seperti di bawah ini harus disediakan:-

  • 70% Ruang untuk Makanan / Minuman / Bahan Mentah & Memasak
  • 10% Ruang untuk keperluan Barangan Kesihatan / Ubat-Ubatan semua golongan.
  • 15% Ruang untuk keperluan Barangan Alat-Alat, Alat Ganti Perkakas Rumahtangga dan lain-lain
  • 5% Ruang untuk keperluan yang pelbagai tetapi yang kurang di keutamaan.
  • Dan untuk Kedai Runcit sebegini harus ada 2 atau 3 kaunter BAYARAN sebagai kemudahan dan kelancaran di bahagian pembayaran.
  • Penerimaan Pembayaran melalui pelbagai jenis card Kredit / Debit juga harus di sediakan untuk menarik semua golongan.

RUMUSAN
Melalui Trend Perniagaan Carrefour Express ini, bakal-bakal Peniaga boleh mengambil Model kedai Runcit sebegini untuk di gunapakai sebagai platform menjalankan usahaniaga anda di bidang Kedai Runcit dan jangan lagi menggunakan cara atau format yang lama.


Sedangkan Kerajaan Malaysia juga sedang berusaha untuk MERUBAH WAJAH seluruh Kedai-Kedai Runcit di Malaysia di bawah Program Tukar - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKDK)


Itu pula membawa maksud:bahawa Perniagaan Kedai Runcit-

  • Maseh di perlukan secara meluas
  • Maseh menerima permintaan yang tinggi
  • Maseh lagi menguntungkan
  • Maseh lagi berdaya maju
Tetapi:-
  • Sekmen ini di tinggalkan
  • Gagal di manfaatkan sepenuhnya

editor

No comments:

Post a Comment