Monday, February 14, 2011

DECISION MAKING #4 - Post #103

TIPsNIAGA.COM Posting #103


DECISION MAKING #4
Memilih Rakan Niaga Anda


RAKAN NIAGA 
Memiliki Definasi yang luas, tetapi ini di tujukan ketika anda mencari-cari Rakan Niaga yang dapat MEMBANTU  JUALAN BARANGAN Syarikat anda. Samaada secara Individu, Syarikat Persaorangan dan Syarikat Sendirian Berhad.


Perkara mencari Rakan Niaga ini berlaku jika syarikat anda adalah dari jenis Pembuat dan Pengeluar sesuatu jenis Barangan untuk Pengguna. Dimana anda memerlukan seberapa Rakan Niaga untuk menjadi tulang belakang memasarkan Barangan anda dengan lebih luas lagi.


LANGKAH YANG PERLU DI AMBIL
Di dalam Proses Decision Making perniagaan, anda perlu ketahui dan buat semakan perkara-perkara seperti yang berikut:-




No.1 Pada Orang / Individu
  • Apa Latar Belakang Orang-Orang yang terlibat
  • Apa Syarikat yang mereka Wakili
  • Apa Jawatan mereka di dalam syarikat
  • Adakah Orang-Orang tersebut memiliki Rekod Jenayah Kolar Putih & Biru
  • Adakah Rekod Muflis atau Tuntutan Muflis terhadap mereka
No.2 Pada Syarikat
  • Periksa Kesahihan Pendaftaran Syarikat di SSM atau ROC/ROB
  • Semak senarai nama Lembaga Pengarah Syarikat
  • Semak Modal Berbayar Syarikat
  • Semak Aktiviti Perniagaan Syarikat
  • Semak Taraf Keupayaan Kewangan Syarikat
  • Semak adakah Syarikat tersebut A Good Pay Master
  • Semak Rekod Keburukan Syarikat - *(Kes-Kes Salah-laku Perniagaan)
Semua pemeriksaan dan semakan boleh di lakukan dengan pelbagai cara seperti MERUJUK dan MENDAPATKAN KHIDMAT:-
  • Pihak Polis
  • Pihak Penyiasat Persendirian
  • Pihak Mahkamah
  • Pihak Pendaftaran Syarikat
  • Pihak Kementerian & Agensi Kerajaan - Perniagaan
  • Pihak-Pihak yang di dapati pernah berurus-niaga dengan Individu atau syarikat yang terlibat.
TUJUAN
Pemeriksaan dan Semakan ini terhadap kedua-dua golongan tersebut AMAT PENTING sebagai langkah untuk mengelakkan sebarang:-
  1. Penipuan
  2. Hutang Tertunggak
  3. Strategi Pemusnahan Produk Anda


KERANA:-
Tujuan #1 - 
Akan ramai yang mengambil kesempatan untuk berurus niaga dengan syarikat-syarikat yang baharu wujud dan muncul dengan tujuan untuk menipu pengusaha-pengusaha ini, dimana mereka akan menggunakan Strategi Menipu menggunakan Kaedah yang Profesional Lengkap seperti Perjanjian Perniagaan Bertulis dan menggunakan khidmat Peguam.


Tetapi pada hal yang sebenarnya Syarikat mereka tidak wujud atau telah tamat tempuh atau telah di batalkan taraf kerana terlibat dengan Kes Undang-Undang.


Tujuan #2 - 
Ada juga yang mengumpan dengan pelbagai JANJI MANIS untuk mendapatkan kepercayaan anda bagi mendapatkan bekalan yang banyak dan sanggup membayar 30 -50% Wang Pendahuluan sebagai langkah MEYAKINKAN. 


Tetapi pada akhirnya mereka akan melambat-lambat pembayaran hingga berbulan-bulan dan ada juga sampai bertahun. Kerana mereka ada NIAT untuk tidak membayar anda!



Tujuan #3 - 
Ada juga Syarikat yang akan cuba menjadi Rakan Niaga Anda sebagai Agensi Pemasaran Produk-Produk yang anda keluarkan, mereka menggunakan Strategi untuk menjadi samaada sebagai Sole Sales Representative ( Wakil Jualan Tunggal) atau sebagai Exclusive Sole Distributor ( Pengedar Tunggal Eksklusif) untuk syarikat anda.


TETAPI niat mereka untuk menjadi Wakil atau Agen adalah bertujuan untuk MEMERANGKAP produk anda agar jangan tersebar di pasaran kerana mereka BERKEPENTINGAN untuk memasarkan Produk-Produk untuk syarikat lain yang mungkin serupa dengan produk keluaran syarikat anda.
Mereka mungkin di bawah arahan atau di bawah naungan pesaing-pesaing perniagaan anda atau pun yang bergerak sendirian.


RUMUSAN


Anda perlu menyelidik, mengkaji, menyemak dan memeriksa semua perkara sebelum anda membuat sebarang KEPUTUSAN.

Oleh kerana itu, ketika melakukan Decision making untuk mendapatkan sebarang Business Assiociates dan Business Affiliates. 
Anda lakukan segala penyemakan yang perlu....


editor

No comments:

Post a Comment