Thursday, October 27, 2011

LAPORAN PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #397


LAPORAN PENGURUSAN KEWANGAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
APA YANG BOLEH DI FAHAMI MELALUI LAPORAN TERSEBUT


LAPORAN KEWANGAN OLEH JABATAN AUDIT NEGARA UNTUK TAHUN 2010
  • Baru-baru ini JABATAN AUDIT NEGARA telah mengeluarkan LAPORAN untuk PRESTASI KEWANGAN yang di lakukan oleh KERAJAAN PERSEKUTUAN
  • Dan melalui Link berikut anda boleh merujuk laporan-laporan yang berkenaan: 1) Main Page 2) SIPNOSIS LAPORAN
  • Editor tidak akan mengupas Laporan Audit Negara ini secara terperinci kerana ia telah banyak di kupas, di hurai dan di perkatakan oleh ramai Ahli-Ahli Parlimen, Ahli-Ahli Politik, parti-parti Politik serta Bloger-Bloger sambilan dan sepenuh masa.
  • Apa yang ingin di ketengahkan oleh Editor ialah PRESTASI KEWANGAN NEGARA yang di bawah Tadbir-Urus KERAJAAN PERSEKUTUAN.
AUDIT NEGARA MELAPORKAN 
  • Dan AUDIT NEGARA ini pula melibatkan 25 Buah KEMENTERIAN KERAJAAN PERSEKUTUAN dan 35 Buah JABATAN PERSEKUTUAN untuk Tahun 2010..
  • Pendapatan Kasar Negara untuk Tahun 2010 adalah sebanyak RM159.65 Billion dan itu adalah kenaikan sebanyak 0.6% daripada tahun 2009 yang sebanyak RM158.64 Billion.
APA KAH LAPORAN YANG MENARIK
Di dalam laporan tersebut Pihak Audit Negara telah MENGGARISKAN beberapa Perbelanjaan yang DI LUAR BAJET yang di Luluskan oleh Parlimen seperti:-

KES PERTAMA
  • Untuk Bajet Perbelanjaan Tahun 2011 Kerajaan Persekutuan yang memperuntukkan Bajet sebanyak RM149.06 Billion untuk Perbelanjaan Pengurusan (Operating Expenditure)
  • Tetapi Jumlah tersebut TIDAK MENCUKUPI untuk menggerakkan 9 Buah Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan yang sebanyak RM151.63 Billion.
  • Dan pada 3hb June 2011 Pihak Kerajaan memohon untuk menambah Bajet Perbelanjaan sebagai langkah untuk mengatasi Kekurangan Bajet dan di Luluskan oleh Parlimen yang sebanyak RM52.79 Billion kerana telah TERLEBIH BERBELANJA sebanyak RM0.66 Billion atau 1.3% dari Bajet Asal.
  • Dan sekali lagi Kerajaan persekutuan memohon untuk Penambahan Bajet yang sebanyak RM1.95 Billion yang juga Terpaksa di Luluskan oleh Parlimen pada 5hb April 2011, juga sebagai langkah untuk mengatasi Kekurangan Wang Perbelanjaan
KES KEDUA
Melalui Pemeriksaan Berkala yang di lakukan terhadap 243 Jabatan dan Pejabat Kerajaan Persekutuan di dapati:
  • Wang Rakyat serta Harta Benda Awam & Kerajaan tidak di jaga dengan betul oleh Jabatan dan Pejabat yang berkenaan.
  • Lambat untuk memasukkan Wang Pungutan ke Dalam Bank Simpanan
  • Dan Jumlah Wang Tunai di dapati Tidak Sama dengan apa yang Di Rekodkan.
RUMUSAN DARI SUDUT TADBIR-URUS KEWANGAN
PERTAMA
  • Jika di dasarkan melalui Audit Kewangan Negara ini telah menunjukkan bahawa KECEKAPAN JENTERA PENTADBIRAN Kerajaan Persekutuan di dalam SUDUT KEWANGAN di dapati SANGAT LEMAH dan TIDAK TEPAT MELAKUKAN ANGGARAN KEWANGAN.
  • Tetapi Pasukan Pemikir dan Pakar-Pakar Kewangan & Ekonomi yang hebat di Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan termasuk Perdana menteri yang juga sebagai MENTERI KEWANGAN tidak juga dapat melakukan Tadbir-Urus Kewangan Negara dengan berkesan.
  • Ini di sebabkan oleh Kelemahan SISTEM TADBIR URUS yang melibatkan Semua Kementerian Kerajaan yang menggunakan Kaedah CENTRALISE CONTROL di bawah Pejabat Perdana Menteri.
  • Dimana Perdana Menteri Mengawal semua Kementerian seakan Sistem AUTOCRATIC atau KUKU BESI.
  • Hasil nya sebagai Perdana Menteri yang bersifat Kuku Besi tidak akan mendapat LAPORAN YANG TEPAT dari Anggota-Anggota menteri di semua Kementerian dan Jabatan yang terlibat, ini akan mendorong sesuatu FAKTA yang ingin di jadikan Perkiraan Belanjawan akan TERSASAR dari KETEPATAN.
  • Dan Sikap KETAATAN kepada Pemimpin di dalam KES ini di lihat sangat TIPIS di tunjukkan oleh Semua Menteri, Pegawai, Kakitangan dan Warga Kerja di Kementerian dan Jabatan Kerajaan Persekutuan.
KEDUA
  • Melalui Laporan Audit Negara ini juga menonjolkan FAKTA bahawa di Semua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan Persekutuan di lihat seolah-olah mereka bekerja TANPA Standard Of Practice (SOP)
  • Itu membawa maksud bahawa di kesemua Kementerian, Jabatan dan Pejabat Kerajaan Persekutuan itu mereka Bekerja TANPA SELIA dan PEMANTAUAN yang RAPI dari Menteri-Menteri, Ketua-Ketua Pengarah dan Pengarah-Pengarah di bahagian masing-masing.
  • Sehingga Hal-Hal Penting seperti WANG & HARTA RAKYAT tidak di beri Perhatian yang sewajar nya
  • Seolah-olah semua Anggota JABATAN PERKHIDMATAN AWAM ini melakukan SILENCE PROTEST terhadap Pucuk Pimpinan Kerajaan Persekutuan dengan TIDAK MENUNJUKKAN PRESTASI KERJA yang menurut PIAWAIAN yang di tetapkan.
APAKAH INDIKATOR TERHADAP NEGARA
  • Jika semua GEJALA ini BERTERUSAN dan tidak WUJUD KEUPAYAAN untuk Membenteras serta melakukan Pembaikan terhadap semua KEPINCANGAN di Seluruh Sudut Pentadbiran Negara, maka Negara akan MENUJU kearah KEMUSNAHAN.
  • Ini di sebabkan oleh PUCUK PIMPINAN yang LEMAH di dalam SOAL-SOAL TADBIR-URUS yang di pamerkan oleh Kumpulan Kerja Perdana Menteri telah MEWUJUDKAN semua Permasaalahan yang di laporkan ini.
  • Dan Kepakaran Perdana Menteri walau di sokong oleh Pakar-Pakar Kewangan dan Ekonomi di lihat di Luar Kemampuan untuk Menguruskan Negara secara Cekap dan Efisen.
  • Dimana Perdana Menteri jika di lihat dari Modus Operandi Bekerja nya lebih banyak MEMBELANJAKAN WANG daripada melakukan PENJIMATAN-PENJIMATAN yang tidak perlu.
  • Dan Membelanjakan WANG Negara dengan CARA yang Kurang Tepat dengan Kehendak dan Keperluan Ekonomi Negara serta Rakyat Umum.
HARUS DI FAHAMI BAHAWA
  • PEMIMPIN NEGARA yang CEKAP dan EFISEN di dalam MEMIMPIN NEGARA ialah dari jenis Pemimpin yang MAHIR di dalam Mentadbir Kewangan Negara serta MAMPU untuk Menambah SIMPANAN NEGARA dengan PENINGKATAN yang STABIL dari Tahun ke Tahun.
  • Bukan untuk melakukan atau menambahkan BEBAN HUTANG yang bertambah dari Tahun ke Tahun sehingga BEBAN HUTANG tersebut terpaksa di lepaskan kepada Rakyat Umum dengan melakukan pelbagai PROGRAM CUKAI dan PEMBATALAN SUBSIDI.
APAKAH REAKSI RAKYAT UMUM
  • Daripada laporan-laporan Tidak Rasmi dari Semua Golongan Masyarakat di Seluruh Negara kini sedang HANGAT MEMPERKATAKAN KECEKAPAN dan KEWIBAWAAN Kerajaan persekutuan di bawah Pimpinan Perdana Menteri dari parti BARISAN NASIONAL.
  • Dimana secara KASAR NYA Ramai Rakyat Umum KECEWA dengan PRESTASI yang di Pamerkan oleh Kerajaan yang Memimpin Negara buat masa ini.
  • Dan JIKA Kekecewaan Rakyat tersebut di TERJEMAHKAN ke dalam PETI UNDI di dalam Pilihan Raya pada MASA ini, sudah pasti Kerajaan BARISAN NASIONAL akan DI UNDI KELUAR oleh Rakyat Umum.
  • Dan Kerajaan BARISAN NASIONAL tidak boleh MENUDING JARI terhadap Rakyat yang MENGUNDI mereka keluar kerana Rakyat Membuang UNDI mereka berdasarkan PRESTASI yang telah di pamerkan.
Editor

Tuesday, October 25, 2011

DI SEBALIK KEDAI DAN RESTORAN 1MALAYSIA

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #396


DI SEBALIK KEDAI DAN RESTORAN 1MALAYSIA
YANG PERLU DI FAHAMI OLEH MASYARAKAT


KEDAI & RESTORAN 1MALAYSIA
  • Saya telah memperkatakan Isu Kedai 1MALAYSIA ini di Artikel yang terdahulu (semak kembali Post) tetapi pada kali ini saya ingin menyentuh mengenai perkara-perkara di SEBALIK TABIR mengenai APAKAH KOS-KOS YANG TERSEMBUNYI di sebalik OPERASI Kedai & Restoran 1MALAYSIA.
APA YANG DI TEKAN MELALUI KEDAI & RESTORAN 1MALAYSIA
  1. HARGA PRODUK YANG 40% LEBIH MURAH untuk Kedai-Kedai Runcit 1MALAYSIA
  2. HARGA MAKANAN YANG 50% LEBIH MURAH untuk Restoran-Restoran 1MALAYSIA
FAKTOR PENYEBAB KOS JUALAN PRODUK MURAH - KEDAI 1MALAYSIA
  • Menggunakan Produk-Produk KELUARAN TEMPATAN sebanyak yang mungkin, terutama untuk menghasilkan BAHAN-BAHAN MENTAH
  • Menghapuskan BUNGKUSAN YANG BERJENAMA dan DI GANTIKAN dengan LOGO 1MALAYSIA
  • Dan setiap VENDOR atau PEMBEKAL yang MEMBEKALKAN setiap Produk yang Berlogo 1MALAYSIA di Syaratkan BERDAFTTAR dengan KPDNKK
  • Dan Syarikat MYDIN menjadi Syarikat yang MENGENDALIKAN segala OPERASI PERNIAGAAN Kedai-Kedai 1MALAYSIA.
  • Syarikat MYDIN juga MENYUMBANG Produk-Produk yang mereka sediaada serta menggunakan segala SUMBER BEKALAN yang mereka miliki sebelum ini.
RESTORAN 1MALAYSIA
  • Juga berkisar kepada menggunakan BAHAN-BAHAN MENTAH BUATAN TEMPATAN yang telah DI KHASKAN untuk BEKALAN KEPADA setiap Restoran
  • Dimana melalui CARA ini, setiap PENIAGA Restoran 1MALAYSIA tidak perlu membeli dari PASARAN TERBUKA untuk mengawal KOS.
  • Dan Setiap RESEPI untuk MENU MAKANAN telah DI OLAH SEMULA untuk MENGURANGKAN Bahan-Bahan yang tidak di perlukan untuk Tujuan Komersial.
  • Ini akan MENJIMATKAN KOS serta dapat DI JUAL dengan HARGA MURAH seperti yang di tetapkan oleh KPDNKK
APA DI SEBALIK SEGALA OPERASI INI
Setiap KOS OPERASI untuk Menjalankan Perniagaan Kedai 1MALAYSIA dan Restoran 1MALAYSIA seperti
  1. Kos Gaji Pekerja & Kakitangan
  2. Kos-Kos Pengendalian Perniagaan
  3. Kos Sewa Kedai & Bangunan
  4. Kos Bayaran Air dan Letrik
  5. Kos Pengangkutan & Penghantaran (kenderaan)
  6. Kos Pembelian Bahan-Bahan Import
  7. Kos Cukai Perniagaan & Peribadi
  8. Masih SAMA NILAI NYA dengan semua Jenis Perniagaan yang lain di seluruh Negara tanpa PENGECUALIAN.
INI MEMBAWA MAKSUD
  • Setiap Produk yang DI HASILKAN melalui KONSEP 1MALAYSIA hanya Kurang KOS terhadap Hal-Hal PENJENAMAAN nya sahaja dan BUKAN terhadap segala KOS-KOS OPERASI seperti yang di sebutkan di atas.
  • Dan JIKA setiap KOS-KOS yang di sebutkan itu MENINGKAT di sebabkan oleh Faktor kenaikan Harga Minyak Petrol, Letrik dan Gas memasak, Maka KOS OPERASI mereka akan TURUT MENINGKAT Tanpa Pengecualian.
  • Dan dengan sendiri nya Pihak Pengendali Kedai & Restoran 1MALAYSIA akan terpaksa MENAIKKAN HARGA JUALAN PRODUK dari masa ke semasa.
PENGERTIAN NYA
  • KONSEP KEDAI dan RESTORAN 1MALAYSIA ini hanya BERCORAK SEMENTARA untuk menawarkan Harga Produk yang lebih Murah kepada Pengguna.
  • Dan BUKAN untuk PENYELESAIAN JANGKA PANJANG bagi Tujuan MEMBANTU RAKYAT untuk Mengurangkan BEBAN PERBELANJAAN.
KERANA DI DALAM PERNIAGAAN
  • Setiap KOS untuk Menghasilkan sesuatu Produk di dalam Kilang Pembuatan masing-masing masih di dorong oleh 7 Faktor Asas yang di sebutkan di atas.
  • Dan TIDAK WUJUD mana-mana PENIAGA yang sanggup untuk MENYERAP sebarang KOS hanya untuk menjadikan sesuatu Harga Produk itu menjadi lebih MURAH.
DARI SUDUT MUTU 
  • Setiap Produk yang di hasilkan melalui Konsep dan Logo 1MALAYSIA akan MENGALAMI PENURUNAN MUTU kerana HAL-HAL PENJIMATAN yang di perlukan supaya setiap Produk itu dapat di jual murah.
  • Dan setiap Pengeluar Produk juga tidak akan bertanggung jawap terhadap Masalah Sampingan daripada Penurunan Mutu KERANA pembelian Produk-Produk tersebut di lakukan secara SUKARELA dan bukan secara PAKSAAN.
  • Dari Sudut Perundangan setiap Pengeluar adalah Bebas dari Tanggungan Undang-Undang secara Asas nya.
MANFAAT KEPADA SELURUH RAKYAT
USAHAWAN
  • Konsep Kedai & Restoran 1MALAYSIA ini juga TIDAK AKAN DAPAT untuk beroperasi atau di wujudkan di seluruh Negara kerana memerlukan Peruntukkan MODAL yang Amat Besar dimana untuk sebuah Kedai Runcit 1MALAYSIA sahaja memerlukan lebih kurang RM500K hingga RM1.2Juta untuk menubuhkan nya.
  • Dan bukan setiap Orang akan Mampu atau Layak untuk membuka nya kerana perlu melakukan PINJAMAN dari BANK-BANK
PENGGUNA
  • Oleh kerana Pertumbuhan Kedai & Restoran 1MALAYSIA ini tidak dapat di wujudkan di seluruh Negara secara mudah, maka bahagian-bahagian tertentu di seluruh negara tidak akan dapat menikmati kemudahan yang di tawarkan oleh Konsep Kedai & Restoran 1MALAYSIA.
  • Dan Masyarakat Luar Bandar adalah yang paling RUGI kerana Syarat-Syarat Penubuhan Kedai & Restoran 1MALAYSIA ini Tidak Sesuai untuk di wujudkan di Kawasan-Kawasan Pendalaman atau Luar Bandar kerana POTENSI PENDUDUK sebagai PELANGGAN adalah tidak menggalakkan
  • Ini akan membuat Pihak BANK tidak akan meluluskan setiap Permohonan untuk menubuhkan Kedai & Restoran 1MALAYSIA di tempat-tempat sedemikian.
KEDAI RUNCIT BEBAS
  • Dan Kedai-Kedai Runcit Bebas juga tidak akan dapat menerima Faedah yang sama jika mereka menjadi AGEN JUALAN untuk Produk-Produk yang Berlogo 1MALAYSIA walaupun di tawarkan dengan Harga Pembelian yang Murah
  • Ini di sebakkan oleh TARAF Kedai-Kedai mereka Bukan 100% Kedai 1MALAYSIA dan hanya sebagai Agen Jualan Produk sahaja.
RUMUSAN
  • KONSEP KEDAI atau RSTORAN 1MALAYSIA adalah BUKAN PENYELESAI MASAALAH EKONOMI RAKYAT secara keseluruhan
  • Dan sangat JAUH dari MEMBANTU semua Rakyat di seluruh Negara samaada di Dalam Bandar atau di Luar Bandar
  • Dan Akhirnya nanti Pemilik-Pemilik Kedai & Restoran 1MALAYSIA akan juga MENGALAMI TEKANAN KEWANGAN untuk BERTAHAN apabila KOS ASAS terus meningkat di dalam Negara
Editor

Saturday, October 08, 2011

BUDGET 2012 - MAMPU KAH MALAYSIA BERUBAH

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #395


BUDGET 2012 - MAMPU KAH MALAYSIA BERUBAH
DARI SUDUT PENGANALISA EKONOMI


BUDGET 2012

  • Seperti yang di baca oleh Perdana Menteri Malaysia pada hari Jumaat 7hb Oktober 2011 yang baharu berlalu, telah Menggariskan beberapa perkara yang penting untuk Mensejahterakan Ekonomi Negara untuk tahun 2012.
  • Dimana TEMA Budget 2012 ini di namakan sebagai “DASAR TRANSFORMASI NASIONAL: BAJET MEMBELA RAKYAT, MENSEJAHTERA NEGARA”
JUMLAH BUDGET 2012
  1. Jumlah Bajet : RM232.8 bilion
  2. Perbelanjaan Operasi : RM181.6 bilion
  3. Perbelanjaan Pembangunan : RM51.2 bilion
SEDUTAN TEKS UCAPAN 
Oleh Perdana Menteri boleh di rujuk melalui Link yang berikut :-
Yang di bentangkan di dalam Lima (5) Fokus Utama dengan 126 Perenggan....
FOKUS UTAMA
  1. MELIGAT PELABURAN
  2. MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
  3. PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
  4. MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
  5. MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT
ANTARA YANG DI BERI PERHATIAN KHUSUS IALAH
Antara Fokus Utama
1...Perumahan Rakyat
  • Pembiayaan Skim Rumah Pertama ku di naikkan kepada RM400,000
  • 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
  • Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat
2...Kakitangan Awam
  • Struktur Gaji lebih baik dengan Kenaikan Gaji 7-13%
  • Kenaikan Gaji Tahunan antara RM80-RM320 mengikut Gred
  • Umur Persaraan di naikkan kepada 60 tahun
  • Bonus SETENGAH Bulan Gaji atau Minimum RM500
3...Pesara Kerajaan
  • Bayaran Khas RM3,000 kepada Bekas Anggota, Duda dan Balu Polis khas dan Polis Tambahan
  • Kenaikan Pencen 2 % setahun
  • Bayaran Bantuan RM500
4...Sektor Swasta
  • Caruman Majikan KWSP untuk Gaji Bulanan di bawah RM5,000 di naikkan kepada 13 %
  • Pelepasan Cukai sehingga RM3,000 bagi Caruman Skim Persaraan Swasta dan Anuiti Insurans
  • Pengecualian Cukai ke atas Pendapatan Dana Skim Persaraan Swasta
5...Warga Emas 
  • Caj Pendaftaran Pesakit Luar Percuma di semua Hospital dan Klinik Kesihatan termasuk Klinik 1Malaysia
  • Diskaun 50 % Tambang LRT dan Monorel
6...Tangani Inflasi
  • Bantuan RM500 kepada Isi Rumah berpendapatan di bawah RM3,000
  • Penerusan Subsidi Bil Elektrik RM20
  • Penerusan Subsidi, Insentif dan Bantuan berjumlah RM33.3 bilion
7...Pelajar
  • Yuran Sekolah Percuma
  • Bantuan RM100 untuk semua Pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
  • Baucar Buku RM200 kepada Pelajar IPTA 
8...Peneroka FELDA
  • FELDA Global Ventures Holdings di senaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi Syarikat Konglomerat Global
  • Peneroka akan dapat Durian Runtuh

PERUTUSAN EDITOR

  • Editor tidak akan mengulas setiap Perkara secara terperinci yang wujud di dalam Lima (5) Fokus Budget 2012 ini 
  • Ini di sebabkan Lima (5) Fokus Keutamaan Budget 2012 ini tidak banyak beza nya dengan apa yang telah di umumkan melalui Program Transformasi Ekonomi sebelum nya.
  • Editor hanya akan mengulas Budget 2012 ini dari Sudut Kepentingan Ekonomi-Politik yang akan melibatkan Rakyat Umum secara langsung dan Pembangunan Ekonomi Negara secara keseluruhan nya.
ULASAN EDITOR
Dari Sudut Ekonomi
Fokus 1 - MELIGAT PELABURAN
  • Kerajaan terpaksa Meligatkan Pelaburan kerana kemasukan FDI -Foreign Direct Investment agak perlahan dan tidak menepati sasaran untuk membangun Ekonomi Negara di dalam Program ETP.
  • Kerana kelembapan FDI maka kerajaan terpaksa memilih untuk Meligatkan kegiatan GLC untuk menampung kekosongan yang di wujudkan oleh FDI
Fokus 2 - MENGUNGGULI MODAL INSAN, MENCERNA KREATIVITI DAN MENCETUS INOVASI
  • Modal Insan yang terdahulu (lepasan sekolah/graduan) tidak menepati Keperluan Pasaran dari segi kelulusan yang Berteknologi Tinggi
  • Kerana itu Modal Insan itu kini di pergiatkan melalui program-program yang Mesra Industri seperti yang giat di lakukan oleh UTM (umpamanya)
Fokus 3 - PROGRAM TRANSFORMASI LUAR BANDAR
  • Kawasan Luar Bandar di beri Perhatian yang Khusus di sebabkan bekalan Makanan atau Bahan Makanan Asas yang berkurangan untuk menampung Keperluan Negara
  • Dimana Industri-Industri Luar bandar seperti Sektor Pertanian tidak lagi mendapat perhatian Rakyat untuk di usahakan
  • Dan juga untuk menampung Kegiatan Ekonomi yang meruncing di dalam Sektor Pengilangan dan Pembuatan di sebabkan Permintaan yang merosot di Peringkat Global.
Fokus 4 - MEMPERKEJAP PERKHIDMATAN AWAM
  • Rombakan di dalam Tangga Gaji untuk Penjawat Awam yang tertentu di beri perhatian di sebabkan oleh gejala Penghijrahan Penjawat Awam ke Sektor Swasta yang memberikan Imbuhan dan Gaji yang lebih menarik
  • Ini melibatkan Sekmen Pendidikan, Anggota Keselamatan dan Kaki Tangan Awam yang bekerja dengan semua Kementerian Kerajaan.
Fokus 5 - MEREDAKAN INFLASI DAN MENGIMARAH KEHIDUPAN RAKYAT
  • Langkah-Langkah memberikan Bonus-Bonus yang tertentu adalah sebagai Langkah untuk mengimbangi KENAIKAN HARGA BARANGAN yang berada di Luar Kawalan
  • Yang telah menjejaskan KOS SARA HIDUP RAKYAT secara keseluruhan di semua Sektor Pekerjaan dan Golongan Rakyat.
  • Dengan Imbuhan-Imbuhan terhadap Golongan Sasaran seperti Penjawat Awam, Pemandu Teksi serta Para Pelajar akan dapat Menggiatkan KUASA MEMBELI ke tahap yang lebih baik dan langkah ini akan merancakkan keadaan Ekonomi yang malap.
  • Dan segala IMBUHAN ini sebagai Langkah untuk MENGEKALKAN Kadar Subsidi yang telah di Rombak sehingga berlaku nya Kenaikan Harga Minyak, Gas Memasak, Tarif Letrik, Harga Makanan Asas / Mentah yang menyebabkan INFLASI.
  • Dimana HASIL daripada BAHAN ASAS tersebut adalah SUMBER UTAMA kepada Pentadbiran Najib Razak di dalam Kerajaan hari ini.
Dari Sudut Politik
  • Melalui Ucapan Perdana Menteri itu sendiri dan Ulasan-Ulasan dari ramai Pengulas Ekonomi dan Politik mengatakan bahawa Budget 2012 ini adalah Budget yang TERBAIK dari Pentadbiran PM Najib Razak.
  • Ini di sebabkan oleh MISI "Do Or Die" yang perlu di hadapi oleh Pentadbiran Najib Razak untuk Percaturan Politik Peribadi beliau sendiri di dalam UMNO/BN dan Kerajaan.
  • Kerana di sepanjang Pemerintahan beliau sebagai Perdana Menteri Ke-6 Malaysia, PM Najib Razak adalah PM yang paling banyak menerima tentangan daripada Rakyat Umum selepas Tun Mahathir Muhammad.
  • Di samping persediaan beliau untuk menghadapi Pemilihan Parti UMNO yang di jadualkan pada Disember 2011 ini yang menimbulkan banyak KEMUNGKINAN POLITIK.
  • Dan jika beliau BERJAYA mengatasi masaalah di Perhimpunan Agong Umno, beliau akan menghadapi pula PRU13 yang boleh di jangka di dalam Bulan MARCH 2012 atau lebih awal
  • Kerana itu BUDGET 2012 yang di umumkan oleh beliau lebih MENCERMINKAN untuk MENGEMBALIKAN KEYAKINAN RAKYAT terhadap KEPIMPINAN beliau yang telah banyak menerima KRITIKAN dari banyak pihak yang termasuk Kritikan dari dalam UMNO/BN itu sendiri.
  • Jika beliau tidak berusaha untuk MEREDAKAN HATI RAKYAT yang terutama nya KAKI TANGAN KERAJAAN dan PENJAWAT AWAM maka harapan untuk beliau di pilih semula sebagai Presiden Parti, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia adalah TIPIS.
PERBANDINGAN DI ANTARA BUDGET PAKATAN RAKYAT DENGAN BUDGET KERAJAAN
  • Editor berpendapat bahawa Tidak banyak Perbezaan terhadap FOKUS-FOKUS yang di berikan oleh kedua-dua belah Pihak
  • Yang KETARA hanya Pemfokusan untuk MENURUNKAN HARGA BARANGAN yang lebih di Utamakan oleh Budget Pakatan Rakyat yang berpunca daripada ISU MINYAK
  • Dan Budget Kerajaan pula masih MENGELAKKAN untuk menjejaskan apa yang telah di dasarkan pada tahun 2010 dan awal 2011 untuk menjana HASIL daripada Sumber tersebut.
  • Keseluruhan nya, kedua-dua Pihak saling cuba membantu Rakyat menurut Perspektif masing-masing tetapi Budget PAKATAN RAKYAT yang sebanyak RM220.0 Billion adalah lebih rendah jika di bandingkan oleh Kerajaan UMNO/BN yang sebanyak  RM232.8 Bilion
YANG MENJADI TANDA TANYA IALAH
  • Keupayaan Pihak Kerajaan sekarang untuk MELAKSANAKAN kesemua Perkara yang telah Di FOKUSKAN itu
  • Kerana Kerajaan sekarang memiliki REKOD yang tidak baik di dalam melaksanakan JANJI-JANJI di dalam Sebutan Budget Negara.
  • Ini termasuk UNJURAN kenaikan Pertumbuhan Ekonomi Negara sebanyak 6% untuk Tahun 2012 yang di lihat sangat menentang ARUS EKONOMI DUNIA pada hari ini, dimana kebanyakan negara-negara Dunia hanya mengunjurkan Pertumbuhan sekitar 3-4% di sebabkan MASAALAH KEWANGAN yang MELANDA DUNIA.
  • Dan PENYENARAIAN FELDA di Bursa Saham juga di lihat tidak akan memberikan IMPAK secara langsung kepada Rakyat Umum malah ia akan mendorong kepada kenaikan harga Sawit dan Minyak Sawit kelak.
Editor

Wednesday, September 28, 2011

BUKU JINGGA DAN KERAJAAN BAYANGAN PAKATAN RAKYAT

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #394


BUKU JINGGA DAN KERAJAAN BAYANGAN PAKATAN RAKYAT
PENYELARASAN HARUS DI PERHALUSI LAGI


PERUTUSAN EDITOR
  • Artikel ini adalah kesinambungan daripada Post#393 mengenai BUKU JINGGA yang menjadi Agenda PAKATAN RAKYAT.
  • Oleh kerana BUKU JINGGA itu telah di sentuh maka Editor berpendapat adalah lebih baik untuk memperkatakan lebih lanjut lagi mengenai nya.
  • Ini di sebabkan BUKU JINGGA bukan sahaja SEBUAH BUKU yang MENGGARISKAN APA yang menjadi Agenda PAKATAN RAKYAT tetapi BUKU JINGGA adalah ROH kepada SELURUH kekuatan Parti-Parti PAKATAN RAKYAT.
APA YANG PERLU DI PERHALUSI OLEH PAKATAN RAKYAT
  • PAKATAN RAKYAT melalui Pendapat Editor setelah mengikuti dengan teliti segala Perkembangan Politik, Dasar-Dasar dan Corak TADBIR-URUS kerajaan-kerajaan Negeri yang di bawah perintah mereka berpendapat bahawa sudah tiba masa nya untuk Pakatan Rakyat untuk MENGGARISKAN Anggota-Anggota KABINET BAYANGAN.
  • Walaupun daripada Penstrategian Politik nya Pakatan Rakyat telah memiliki Anggota-Anggota KABINET BAYANGAN tersebut secara RAHSIA dan tidak di umumkan sebagai langkah politik tetapi untuk masa ini adalah lebih baik untuk Pakatan Rakyat mengumumkan nya sebagai langkah untuk mengukuhkan kedudukan mereka di Mata Rakyat.
  • Adalah di ketahui bahawa untuk Menggariskan Anggota-Anggota KABINET BAYANGAN bukan lah suatu Proses Pemilihan yang mudah kerana ia akan menyentuh Pelbagai Portfolio Kerajaan serta harus memilih Orang-Orang yang sesuai dengan Kementerian yang berkaitan.
  • Serta PERSEFAHAMAN dan KOMITMEN yang tinggi daripada semua Parti-Parti Komponen Pakatan Rakyat tetapi itu bukan sesuatu yang Mustahil untuk di lakukan JIKA ianya dapat di lakukan untuk MENCAPAI SATU MATLAMAT YANG SAMA.
MENGAPA KABINET BAYANGAN INI PERLU SEKARANG
  • Ini untuk memudahkan "Menteri-Menteri" yang di pertanggung jawapkan di setiap Kementerian yang di libatkan itu untuk MULA menunjukkan kepada Rakyat segala Corak, Dasar dan Tadbir-Urus yang mereka tawarkan sebagai Alternatif kepada Menteri-Menteri di Kementerian yang sama.
  • Di samping itu, "Menteri-Menteri" di dalam Kabinet Bayangan ini dapat melakukan "Provokasi Kepimpinan" secara SATU LAWAN SATU dengan Menteri-menteri sediaada.
  • Tindakkan ini akan MEMPERLUASKAN RUANG PERDEBATAN dengan secara MENYELURUH di semua Kementerian yang terlibat tanpa meninggalkan RUANG KOSONG terhadap Kerajaan yang memerintah untuk memilih ISU-ISU yang perlu di Perdebatkan di Mata Rakyat.
  • Peranan "Menteri-Menteri" Kabinet Bayangan ini juga akan dapat membuat Kerajaan yang Memerintah tidak dapat memfokuskan kepada sesuatu ISU sahaja kerana SEMUA KEMENTERIAN telah Wujud LAWAN yang perlu di beri perhatian seperti di dalam Perlawanan Bola Sepak.
  • Jika STRATEGI ini dapat di lakukan dengan baik oleh Pakatan Rakyat maka PELUANG mereka untuk MELEMAHKAN Kekuatan Kerajaan yang Memerintah adalah TINGGI.
AKAN TETAPI
  • Pihak Pakatan Rakyat HARUS lebih TELITI dengan SEMUA ISU-ISU yang telah berlaku, sedang berlaku dan yang akan berlaku di Setiap Kementerian di dalam Kerajaan sekarang.
  • Oleh sebab-sebab tersebut lah FUNGSI KABINET BAYANGAN perlu DI WUJUDKAN secara FIZIKAL dan bukan di atas Kertas sahaja.
  • Dan Kabinet Bayangan ini harus juga BERFUNGSI seperti di dalam keadaan yang sebenar dengan Jadual-Jadual Pertemuan yang Rasmi dan di Pengerusikan oleh Perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri Bayangan
  • Mewujudkan Kabinet Bayangan pada MASA SEKARANG akan memberi PELUANG untuk Anggota-Anggota nya melakukan LATIHAN BEKERJA untuk Mentadbir-Urus Kementerian masing-masing dimana sebarang KESILAPAN tidak akan melibatkan RISIKO yang tinggi dan dapat di Perbaiki menjelang PRU13.
  • Dan jika Pakatan Rakyat berjaya mendapat MANDAT untuk memimpin Negara Malaysia, sudah pasti Anggota-Anggota KABINET BAYANGAN tidak akan kekok untuk menjalankan Tugas dan Tanggung Jawap masing-masing.
ANGGOTA KABINET SEKARANG
  • Anggota-Anggota Kabinet Kerajaan yang Memerintah sekarang adalah di dapati BUKAN SEMUA Berkelayakan atau Berupaya untuk Memimpin Kementerian mereka KERANA Pemilihan mereka kepada Jawatan MENTERI PERSEKUTUAN adalah berdasarkan KUOTA PARTI dan Keperluan untuk Menghormati dan Membalas Jasa Anggota-Anggota Parti komponen di dalam BARISAN NASIONAL.
  • Mentelah lagi Semua Kementerian yang terlibat kini di bawah KUASA MUTLAK Perdana Menteri melalui Pejabat Perdana Menteri (PMO)
  • Dan langkah tersebut telah Melunturkan Kewibawaan dan Keberkesanan seseorang Menteri untuk Berkhidmat untuk Rakyat secara langsung dimana KETERBATASAN KUASA telah berlaku.
PERDANA MENTERI
  • Perdana Menteri kini juga di lihat telah MEMIKUL banyak Tanggung Jawap yang "Di Ambil" daripada Menteri-Menteri di semua Kementerian sehingga beliau sendiri kelihatan KELIRU dengan TUGAS dan TANGGUNG JAWAP sebagai Perdana Menteri yang sebenar.
  • Strategi Perdana menteri ini telah MENGAKIBATKAN segala PELAN PEMBANGUNAN EKONOMI dan POLITIK NEGARA terumbang-ambing dan kelihatan tidak berpendirian.
  • Ini adalah Kesan atau Implikasi daripada PEMUSATAN KUASA di bawah Pejabat Perdana Menteri yang beliau perkenalkan sendiri.
STRATEGI BARISAN NASIONAL UNTUK KEKAL BERKUASA
  • Masih menggunakan STRATEGI LAMA seperti yang di perkenalkan oleh Dr Mahathir iaitu MENCANTAS SETERU POLITIK APABILA MULA BERTUNAS.
  • Samaada di dalam Parti dan Parti Komponen sendiri atau daripada Parti-Parti Pembangkang MENERUSI KUASA UNDANG-UNDANG.
  • Dimana menerusi Kuasa Undang-Undang ini PELBAGAI PERKARA boleh di lakukan sehingga seseorang itu DI LEMAHKAN sehingga ke Akar Umbi nya sekali.
  • Strategi yang paling di sukai ialah dengan Cara MENGAIBKAN seseorang Pemimpin dengan pelbagai Skandal yang Tidak Bermaruah dengan CARA HALAL atau HARAM.
  • Dan perkara seperti juga lah yang di SUARAKAN oleh Rakyat dan NGO-NGO yang menggerakkan TUNTUTAN BERSIH dan BERSIH 2.O yang lalu.
KEWIBAWAAN PAKATAN RAKYAT
  • Editor Berpendapat dan Ramai Pemerhati Politik Antarabangsa AKUR bahawa ISU ANWAR IBRAHIM tidak menggugat Kewibawaan PAKATAN RAKYAT di Mata Rakyat
  • Ini di sebabkan KEINGINAN RAKYAT bukan mahu melihat ANWAR IBRAHIM menjadi Perdana Menteri Malaysia TETAPI Rakyat Malaysia MAHUKAN Perubahan KERAJAAN yang Memerintah
  • Dan Rakyat secara Umum nya menganggap ANWAR IBRAHIM adalah sebagai PEJUANG dan PENGGERAK kepada REFORMASI POLITIK di Malaysia.
  • Dan apa juga TUDUHAN yang di kenakan terhadap ANWAR IBRAHIM tidak membawa sebarang IMPAK yang besar terhadap KEINGINAN Rakyat untuk MENUKAR KERAJAAN.
ISU HUDUD DI KELANTAN
  • Juga bukan ISU yang DI TAKUTI oleh Rakyat Umum tetapi hanya di TAKUTI oleh BARISAN NASIONAL dan Anggota-Anggota Parti mereka
  • Kerana jika BARISAN NASIONAL mengizinkan HUDUD, bukan Anggota Parti Barisan Nasional yang Beragama lain yang merasa TAKUT tetapi amat MENAKUTKAN Anggota-Anggota yang Beragama Islam mereka sendiri.
  • Ini di sebabkan di dalam Parti UMNO, Asas Pergerakkan Parti mereka adalah bercorak SEKULAR dan BEBAS AGAMA yang membawa maksud boleh melanggar apa-apa juga yang di Larang oleh Syarak.
PILIHAN DI TANGAN PAKATAN RAKYAT
  • Kini PELUANG untuk memenangi PRU13 terletak di dalam Pilihan PAKATAN RAKYAT itu sendiri yang samaada INGIN MENGAMBIL PELUANG yang sediaada daripada semua KELEMAHAN yang wujud di dalam BARISAN NASIONAL atau pun tidak.
  • Kerana Momentum Rakyat untuk Menukar Kerajaan adalah Semakin Membara serta Tinggi di Seluruh Negara malah di Luar Negara juga
  • Bagi Editor inilah MISI DO or DIE untuk PAKATAN RAKYAT di dalam PRU13 yang pula akan berdasarkan KEBIJAKSANAAN mereka untuk melakukan APA yang DI PERLUKAN SEKARANG.
  • PENGKHUSUSAN STRATEGI harus di lakukan segera daripada PUCUK PIMPINAN sehingga kepada ke Akar Umbi.
Editor
Ini adalah Pendapat Bebas Editor TIPsNIAGA.Com

Monday, September 26, 2011

BUKU JINGGA: PAKATAN RAKYAT vs BARISAN NASIONAL vs PRU13

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #393


BUKU JINGGA: PAKATAN RAKYAT vs BARISAN NASIONAL vs PRU13
DAN MENGAPA UMNO/BN MENENTANG NYA


PERUTUSAN EDITOR
  • KUPASAN mengenai BUKU JINGGA Pakatan Rakyat ini Editor pilih untuk di ketengahkan BUKAN sebagai Alasan untuk MENYOKONG atau MENENTANG sesiapa, tetapi Editor mengambil masa yang agak lama untuk mengambil keputusan untuk menyentuh hal ini.
  • Ini di sebabkan oleh PERSEPSI Pembaca yang akan PELBAGAI dan akan datang dari Kedua-dua belah Pihak seperti dari PAKATAN RAKYAT dan BARISAN NASIONAL
  • Sebagai Pemerhati Politik yang Bebas, Editor akan Mengupas Isu-Isu mengenai BUKU JINGGA dan Penentangan UMNO/BN ini secara RASIONAL dan Profesional yang termampu, kerana bukan suatu perkara yang begitu mudah untuk berada di tengah-tengah jutaan Pendapat.
  • Walau apa juga pun yang berlaku, Pihak Editor tidak BERNIAT untuk Membantu atau Meruntuhkan  mana-mana Kempen Parti-Parti Politik yang terlibat.
  • Dan berharapan bahawa melalui KUPASAN dan RUNGKAIAN ini akan dapat membuka MINDA yang lebih TELUS untuk menerima sesuatu HAKIKAT yang boleh membantu KESEJAHTERAAN NEGARA.
KERANGKA UTAMA BUKU JINGGA
DASAR BERSAMA - Berdasarkan 3 Komponen Parti Gabungan
  1. Demokrasi yang TELUS dan Tulen untuk Memperkasakan Ketuanan Rakyat
  2. Memacu kejayaan Ekonomi berprestasi tinggi yang Mampan untuk menjana Kemakmuran dan Kebajikan kepada semua secara Adil
  3. Keadilan Sosial bagi menjamin Pembangunan Insan secara menyeluruh
  4. Perhubungan Persekutuan - Negeri dan Dasar Luar Negara yang Adil-Setara.
PEMBERITAHUAN
Untuk memudahkan Pembaca merujuk Isi kandungan BUKU JINGGA dan untuk Mengkhususkan Kupasan BUKU JINGGA ini, Editor menyediakan Link kepada maklumat tersebut seperti yang tertera di bawah ini:-
  1. Rujukan untuk Isi Kandungan BUKU JINGGA (Baca Sini)
  2. Penerangan mengenai BUKU JINGGA (Baca Sini)
  3. Laporan Ekonomi Malaysia (Baca Sini)
PENILAIAN EDITOR MENGENAI BUKU JINGGA PAKATAN RAKYAT
BUKU JINGGA Memfokuskan beberapa Perkara seperti berikut :-
  1. Krisis Ekonomi
  2. Kerosakan Institusi Negara
  3. Ketegangan Masyarakat Pelbagai Kaum
  4. Bebanan Rakyat
  5. Hak Rakyat Di nodai
  6. Gejala Rasuah Berleluasa
  7. Krisis Pendidikan
  8. Membebaskan Institusi Negara
  9. Kemakmuran Melalui Pengagihan Ekonomi yang Adil
  10. Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna Rakyat
  11. Pemberdayaan Rakyat
  12. Golongan Pendidik Diambil berat
  13. Budaya Ilmu Sebagai Teras Universiti
  14. Memerangi Rasuah
  15. Sabah-Sarawak Sebagai Rakan Kongsi
RUMUSAN EDITOR TERHADAP 15 PERKARA DI ATAS
PEMBANGUNAN EKONOMI DAN TADBIR-URUS KERAJAAN NEGERI
  • PAKATAN RAKYAT semenjak berjaya memerintah 4 Buah Negeri seperti Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor (Perak terlepas kerana Teknikal Perundangan) telah menunjukkan dan mengamalkan BANYAK PERKARA yang di gariskan di dalam Buku Jingga.
  • Dan APA yang telah di gariskan sebagai Panduan untuk Kerajaan-Kerajaan Pakatan Rakyat itu telah Membuahkan Hasil yang Memberangsangkan menurut Bidang Kuasa yang di miliki oleh sesebuah Kerajaan Negeri.
  • Yang paling Menyerlah ialah di Negeri-Negeri yang bercorak PERINDUSTRIAN seperti di Negeri Selangor dan Pulau Pinang dimana Ketua-Ketua Menteri yang di lantik telah berusaha keras untuk menunjukkan Nilai-Nilai Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan Negeri dengan Cekap, Adil serta Telus seperti Agenda di Buku Jingga.
  • Dan Dua (2) buah Negeri lain seperti Negeri Kedah dan Kelantan adalah Negeri yang bukan 100% bercorak PERINDUSTRIAN tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat di lihat berjaya melakukan Perubahan-Perubahan Dasar yang lebih MESRA RAKYAT serta berjaya membawa Negeri-Negeri tersebut lebih Berdikari serta Membangun di dalam BAJET NEGERI yang terbatas yang tidak Semewah Negeri-Negeri Pulau Pinang dan Selangor
  • Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat juga di lihat Lebih Cekap Mentadbir-Urus Hal-Hal Ekonomi Negeri jika di bandingkan dengan Negeri-Negeri di bawah naungan Barisan Nasional yang lebih mudah untuk mendapatkan Bantuan-Bantuan Kewangan daripada Kerajaan Pusat yang juga Parti yang Memerintah. 
  • Dan Kejayaan Negeri Selangor dan Pulau Pinang mengukuhkan Kewangan Negeri masing-masing adalah Kesan Balas daripada Agenda yang termaktub di dalam Buku Jingga. (Rujuk Sini) (Baca Sini Juga) dan (Sini)
AGENDA YANG MELIBATKAN NEGARA
  • Pakatan Rakyat setakat ini masih belum Berjaya untuk Memperbetulkan Krisis-Krisis Ekonomi dan Politik, Perundangan dan Kehakiman, Hak Rakyat, Gejala Rasuah, Pendidikan, Masaalah Intergrasi Kaum dan Politik serta Ekonomi Sabah dan Sarawak.
  • Kegagalan untuk Merealisasikan Agenda Buku Jingga ke Peringkat Nasional tidak dapat di lakukan di sebabkan oleh Kekurangan Majoriti di Parlimen yang masih di Kuasai oleh Kerajaan Barisan Nasional.
  • Jika Kerajaan Pakatan Rakyat mendapat Majoriti yang di perlukan untuk Memerintah Negara Malaysia, adalah di jangkakan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat akan berjaya untuk Memperbetulkan  segala KEPINCANGAN Sistem yang sediaada kepada Sistem yang di lakar di dalam Buku Jingga.
  • Kejayaan Pakatan Rakyat untuk Merealisasikan Agenda Buku Jingga ke Peringkat Nasional tidak boleh di Perkecilkan kerana mereka (PR) telah berjaya Mengadaptasikan nya di dalam Kerajaan-Kerajaan Negeri di bawah Payung Pakatan Rakyat.
MENGAPA UMNO/BN MENENTANG BUKU JINGGA
  • Agenda yang Terkandung di dalam Buku Jingga ini Tidak DI SENANGI oleh Kerajaan UMNO/BN kerana jika kesemua Agenda tersebut di adaptasikan ke Peringkat Nasional maka Pengaruh, Kekuasaan Ekonomi, Politik yang melibatkan UMNO/BN akan terhapus sama sekali.
  • Dimana melalui Buku Jingga segala PENGAGIHAN KONTRAK-KONTRAK NEGARA akan di lakukan secara TELUS dan TERBUKA kepada Rakyat Umum dan ini akan menghapuskan PELUANG sesuatu Kontrak Negara itu di lakukan secara "Rahsia dan Dalaman" yang dalam istilah sekarang di sebut sebagai "Nego Contract" di antara Kerajaan dengan Kontraktor Terpilih.
  • Dan AMALAN ini masih lagi BERLUASA di Amalkan oleh Kerajaan UMNO/BN di sebabkan oleh Penguasaan mereka secara Majoriti di dalam Ekonomi Nasional, juga sebagai Sumber untuk Menjana KEWANGAN Parti UMNO dan parti-Parti yang Bersekutu dengan mereka
  • UMNO/BN menentang Buku Jingga juga sebagai Langkah untuk Mempertahankan Sistem Perundangan dan Kehakiman Negara yang sediaada kerana kebanyakan Sistem Perundangan dan Kehakiman tersebut memihak kepada Parti yang Memerintah dan jika di lakukan Perubahan maka Pengaruh UMNO/BN akan terhapus.
  • Begitu juga Penentangan UMNO/BN terhadap Pengumpulan Bahan Sejarah Negara yang banyak Mengelak Mensejarahkan Peristiwa yang sebenar kerana untuk menjaga Kepentingan Kewujudan Kewujudan UMNO/BN yang kurang Kukuh di dalam Sejarah Malaysia.
  • Harus di ketahui bahawa sesuatu Bahan Sejarah sesebuah Negara adalah di bawah Kuasa Kerajaan yang Memerintah untuk mencorakkan bagaimana sesuatu SEJARAH itu harus di Dokumentasikan sebagai Bahan Pendidikan Negara dan Kerajaan UMNO/BN sejauh ini telah Berjaya Merakam dan Membukukan Bahan Sejarah Malaysia menurut ACUAN yang mereka kehendaki sahaja.
PERBEZAAN KERAJAAN PR DENGAN KERAJAAN UMNO/BN
KERAJAAN PR
  • Lebih Terbuka
  • Lebih Telus
  • Lebih Mesra Rakyat dan Berjiwa Rakyat
  • Lebih Fokus Memberdayakan Rakyat dalam Ekonomi
  • Lebih Adil dan Saksama
KERAJAAN UMNO/BN
  • Tidak Terbuka
  • Tidak Telus dan Tertutup
  • Tidak 100% Mesra Rakyat dan Berjiwa Rakyat
  • Lebih Fokus kepada Memberdayakan Ekonomi Parti dan Kroni
  • Kurang Adil dan Tidak Saksama
PENJELASAN YA
  • Kedua-dua PERBEZAAN yang di sebutkan boleh di lihat dengan jelas berdasarkan segala TINDAKKAN yang di lakukan oleh kedua-dua belah Pihak terhadap Rakyat sepanjang Negara Malaysia ini MERDEKA.
  • Dimana melalui ERA UMNO/BN yang bermula dari Pemerintahan Dr Mahathir sehingga kini Perjuangan UMNO/BN telah berubah dan beralih daripada GAGASAN yang di tetapkan oleh Pemimpin-Pemimpin Pengasas.
  • Dan semenjak Zaman Dr Mahathir, IDEOLOGI MAHATHIR telah di serapkan sebagai Ideologi UMNO/BN dan dengan itu berlaku lah Pemerintahan yang berasaskan "Autocratic Democracy" yang juga Ideologi yang berasaskan "Democracy Communism" yang berlarutan sehingga ke hari ini.
MODEL BUKU JINGGA - KESESUAIAN UNTUK MALAYSIA
  • Apabila di amati dengan TELITI segala Agenda yang terkandung di dalam BUKU JINGGA ini, ia sebenarnya Amat Baik dan Sangat BERSESUAIAN dengan Masyarakat MAJMUK Rakyat Malaysia yang Berbilang Kaum, Keturunan, Bangsa dan Agama.
  • Dimana Agenda BUKU JINGGA ini lebih Memfokuskan ASPIRASI RAKYAT secara UMUM tanpa Sikap PILIH KASIH atau MEMANDANG KULIT.
  • Dan BUKU JINGGA ini juga lebih sesuai untuk di Istilahkan sebagai KEHENDAK 1MALAYSIA YANG TULIN dari semua Sudut Ekonomi dan Politik.
  • Jika Agenda BUKU JINGGA ini benar-benar di lakukan di dalam PENTADBIRAN & PENGURUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, akan banyak perkara dapat di pertingkatkan keberkesanan nya yang terutama sekali KEADILAN di antara SEMUA KAUM.
  • Dan KEADILAN untuk SEMUA KAUM yang tersemat di dalam BUKU JINGGA ini juga di lihat TIDAK BERCANGGAH dengan PERLEMBAGAAN NEGARA
TUGASAN MENCABAR PAKATAN RAKYAT
  • PAKATAN RAKYAT (PR)  hanya akan berjaya untuk MEREALISASIKAN apa yang terkandung di dalam BUKU JINGGA jika PR dapat meluaskan KEFAHAMAN RAKYAT MALAYSIA mengenai Tujuan dan Aspirasi yang terkandung di dalam BUKU JINGGA secara lebih meluas lagi.
  • Itu bermakna Pihak PR harus menggiatkan usaha di dalam memberi Penerangan kepada Rakyat Umum dengan lebih Agresif dan Terperinci lagi.
  • Juga harus mengukuhkan Pentadbiran dan Pengurusan Kerajaan-Kerajaan Negeri yang di bawah Naungan Pakatan Rakyat agar lebih Cemerlang daripada Kerajaan Pimpinan UMNO/BN.
  • Dan PAKATAN RAKYAT harus lebih memberikan FOKUS terhadap Pelan Pembangunan Ekonomi Negara secara LEBIH TERPERINCI lagi sebagai Langkah Permulaan untuk Menyiapkan Diri sebagai Pemerintah jika berjaya di PRU13 kelak.
  • PAKATAN RAKYAT juga harus mempertimbangkan dengan Cepat Tokoh-Tokoh Ekonomi yang harus di pertanggung jawapkan untuk TUGASAN tersebut yang Setaraf atau yang lebih Berkaliber daripada Menteri besar Selangor sekarang.
  • Kerana HAL EKONOMI NEGARA adalah ISU UTAMA yang harus DI TANGANI dengan Cepat dan Tepat di samping Hal-Hal Politik yang lain
  • PAKATAN RAKYAT juga harus mengemas-kini INTERGRASI di antara PARTI KOMPONEN agar lebih Mantap dan lebih Bersefahaman di dalam Ideologi Parti masing-masing yang agak berlainan dengan memperbanyakkan KEFAHAMAN mengenai Perjuangan Parti masing-masing serta lebih Teratur di dalam mengeluarkan sebarang KENYATAAN yang boleh di lihat Bercanggah di antara satu dengan yang lain.
RUMUSAN AKHIR
  • Editor secara Peribadi melihat dan mentafsir BUKU JINGGA telah Berjaya melakarkan PILIHAN atau ALTERNATIF kepada Rakyat Umum mengenai JENIS PEMERINTAH yang menjadi ASPIRASI Rakyat.
  • Dan Rakyat Malaysia secara Umum nya telah memperolehi sebuah Parti Pakatan yang boleh di pertanggung jawapkan untuk menerajui Negara Malaysia untuk memasuki Era Kemajuan Negara ke dalam senarai NEGARA MAJU DUNIA.
  • Dan jika Rakyat Malaysia memilih PAKATAN RAKYAT untuk menggantikan Kerajaan UMNO/BN,  pada Pendapat Peribadi Editor itu adalah Pilihan yang Tepat dan Bijak kerana Pakatan Rakyat telah memberikan JAMINAN terhadap Aspirasi tersebut melalui BUKU JINGGA mereka.
Editor

Sunday, September 25, 2011

MASAALAH DAN PENYELESAIAN

TIPsNIAGA.COM - BUSINESS & ECONOMY - Post #392


MASAALAH DAN PENYELESAIAN
GUNAKAN KAEDAH ROOT CAUSE ANALYSIS (RCA)


PERUTUSAN EDITOR
  • Ramai Usahawan, Peniaga, Pemimpin Organisasi, Persatuan, Pertubuhan malah Kerajaan dan Orang Persaorangan akan MENEMUI pelbagai MASAALAH di dalam setiap URUSAN mereka.
  • Tetapi Ramai di antara Golongan ini agak KELIRU untuk mengambil KAEDAH atau PENDEKATAN yang TERBAIK untuk melakukan PENYELESAIAN kepada MASAALAH yang mereka hadapi.
  • Ini di sebabkan oleh penggunaan Kaedah yang KURANG TEPAT untuk MENGESAN dan MENGENALI sesuatu PERMASAALAHAN dan akhir nya masaalah tersebut berlarutan ataupun menjadi semakin MEMBEBANKAN.
  • Di dalam ILMU TADBIR-URUS wujud pelbagai KAEDAH untuk MENYELESAIKAN sesuatu MASAALAH dan telah banyak yang di UBAH-SUAI untuk Kegunaan dan Keperluan sesuatu Organisasi menurut Permasaalahan menurut SEKTOR URUSAN mereka.
  • Akan tetapi Wujud Suatu KAEDAH yang paling lama di gunakan sangat BERKESAN untuk di Aplikasikan di dalam SEMUA SEKTOR URUSAN
  • Dan Kaedah tersebut di kenali sebagai ROOT CAUSE ANALYSIS atau KAJIAN PUNCA MASAALAH.
APA ITU RCA - Root Cause Analysis
  • RCA Adalah Satu KAEDAH untuk Mengesan dan Mengenal Pasti SESUATU MASAALAH dengan TATA-CARA yang tepat dan betul
  • RCA Menggunakan Beberapa Langkah yang tertentu dan Langkah yang berkaitan untuk Mengesan dan Mengenal Pasti Masaalah dan memberikan Jawapan nya.
KAEDAH RAC IALAH
  1. MENENTUKAN APAKAH YANG BERLAKU
  2. MENENTUKAN MENGAPA IA BERLAKU
  3. MEMBERITAHU LANGKAH PENCEGAHAN 
PENEKANAN RAC IALAH
  • Memberitahu anda bahawa SETIAP MASAALAH yang di hadapi itu Adalah BERKAITAN dengan beberapa PERMASAALAHAN yang lain serta BERKAIT RAPAT
  • Dengan KAEDAH meneliti semula kepada PUNCA MASAALAH, anda akan dapat mengetahui Di Mana Masaalah tersebut BERMULA dan Bagaimana Masaalah tersebut mula MEREBAK dan menjadi Masaalah Utama kepada anda.
PUNCA MASAALAH BERDASARKAN RCA
  1. MASAALAH FIZIKAL
  2. MASAALAH MANUSIA
  3. MASAALAH ORGANISASI
HURAIAN NYA
MASAALAH FIZIKAL
  • Sesuatu Perkara yang MELIBATKAN Bekalan Bahan Mentah, Produk Sokongan atau yang melibatkan KELEWATAN Penghantaran Bekalan di sebabkan oleh Masaalah Pengangkutan
MASAALAH MANUSIA
  • Sesuatu KESILAPAN yang di lakukan oleh MANUSIA seperti Kesilapan dari Segi Perancangan, Segi Pemantauan, Segi Perkiraan, Segi Pengabaian Jadual yang Mengakibatkan Masaalah kepada Seluruh Operasi.
MASAALAH ORGANISASI
  • Masaalah yang berkaitan dengan sesuatu SISTEM, PROSES atau POLISI yang Tidak Sesuai atau yang Tidak Relevan atau yang Tidak Efektif dengan sesuatu Operasi Tadbir-Urusan dan Akhir nya mendatangkan Masaalah Komunikasi dan Kesefahaman di dalam Seluruh Operasi sesebuah Organisasi.
KEBOLEHAN RAC IALAH
  • Kaedah RCA ini BOLEH DI GUNA-PAKAI di dalam semua SITUASI MASAALAH samaada dari Golongan Individu, Peniaga, Usahawan dan di dalam pentadbiran Kerajaan.
  • Yang di perlukan HANYA mengikuti sahaja Kaedah-Kaedah untuk Mengesan dan Mengenal-Pasti sesuatu MASAALAH
  • Dan melakukan Cara Pembetulan dan Pemulihan sesuatu Masaalah itu melalui DAPATAN yang di dapati daripada KAJIAN yang di jalankan.
PROSES KAJIAN MELALUI KAEDAH RAC IALAH
  1. KENALI MASAALAH
  2. PENGUMPULAN DATA
  3. PENGENALAN PUNCA MASAALAH
  4. KENALI FAKTOR PUNCA MASAALAH
  5. CADANGAN DAN PERLAKSANAAN PEMULIHAN MASAALAH
PENJELASAN NYA
KENALI MASAALAH
  • Apakah Jejak-Jejak Masaalah yang berlaku?
  • Apakah Keadaan yang membenarkan masaalah itu berlaku?
  • Apakah Faktor-Faktor yang lain yang mendorong Masaalah itu terus berlaku?
Kaedah Yang Harus Di Gunakan ialah:
Kaedah 1: Penerimaan

  • Gunakan segala Fakta untuk mencari FAKTOR KENAPA sesuatu Masaalah itu boleh berlaku.
Kaedah 2: 5 Soalan Kenapa (5 Why)
  • Cari Persoalan mengenai KENAPA sesuatu itu berlaku sehingga Jawapan dapat di kumpulkan
Kaedah 3: Pengkhususan Maklumat
  • Pecahkan segala Data-Data mengenai sesuatu Punca Masaalah kepada beberapa bahagian kecil dan Tentukan Punca-Punca Masaalah secara berasingan.
Kaedah 4: Diagram Punca dan Kesan Masaalah
  • Buat Carta yang memuatkan Segala Punca-Punca Masaalah dan Kesan dengan Teliti daripada mana ia nya Mula Berpunca.
RUMUSAN
  • Melalui 5 PROSES KAJIAN di dalam KAEDAH RCA ini, di akhir kajian nya kelak anda akan dapat melihat dengan jelas sesuatu MASAALAH yang anda hadapi itu BERPUNCA daripada MANA dan APAKAH PENYEBAB nya.
  • Ini akan membolehkan anda untuk melakukan langkah-langkah Pembaikan dan Pemulihan yang tersedia selepas PROSES KAJIAN itu di tamatkan.
  • Dan perkara yang TERPENTING sekali ialah KAEDAH PENCEGAHAN agar masaalah yang sama Tidak Berulang harus di beri Perhatian yang Khusus.
  • Juga semua yang terlibat di dalam setiap MASAALAH yang wujud itu di berikan PENJELASAN YANG SEWAJAR NYA supaya mereka TAHU dan tidak akan mengulangi KESILAPAN yang sama.
Editor