Tuesday, February 01, 2011

MEMBANGUN PERNIAGAAN #1 - Post #55

TIPsNIAGA.COM Posting #55

MEMBANGUN PERNIAGAAN #1
Langkah Yang Perlu...........PEMBELIAN


Ramai Peniaga berfikir, bagaimana untuk membangunkan perniagaan?, apa yang perlu dilakukan?, perkara apa yang perlu diutamakan dan sebagainya...


Ramai juga yang mempunyai Idea-Idea yang baik untuk membangunkan perniagaan mereka seperti menambah koleksi produk-produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, ini sangat sering dilakukan....TETAPI ramai yang tidak TERFIKIR untuk bagaimana untuk MENGURANGKAN KOS PEMBELIAN tetapi tidak menjejaskan MUTU atau KUALITI sesuatu produk dan perkhidmatan dengan HARGA JUALAN yang sama dan mungkin dapat direndahkan.


Seorang Peniaga yang bijak akan dapat mencari dan membeli produk-produk yang lebih rendah HARGA BELIANnya daripada biasa, dengan langkah ini sesuatu produk itu dapat di rendahkan Harga Jualan untuk menarik lebih ramai pelanggan dan memberi sumbangan yang terbaik untuk semua pengguna dengan mewujudkan PENJIMATAN ketika berbelanja tetapi tidak menjejaskan Keuntungan yang biasa.


Bagaimana untuk melakukannya?......


MENCARI YANG TERMURAH
Seseorang Peniaga tidak harus bergantung dengan seorang sahaja PEMBEKAL untuk mendapatkan HARGA BELIAN yang terbaik, mereka harus mencari dan mencari para pembekal yang dapat menawarkan harga-harga yang lebih rendah daripada Pembekal sediaada.


Jika tidak dapat mencari Pembekal yang lain kerana Taraf Sole Distributorship si Pembekal, cuba rundingkan sesuatu pembelian Produk itu dengan cara BELIAN BORONG yang bermakna dengan kuantiti yang banyak bagi tujuan mendapatkan Harga Belian yang lebih rendah. Selalunya, si Pembekal akan dapat menawarkan Harga Belian yang lebih rendah jika dibeli secara BORONG.


Dan jika sesuatu Produk itu datangnya kedalam Negara secara IMPORT, anda boleh cuba menghubungi Pengedar-Pengedar dari luar Negara dan cuba berunding untuk membeli daripada mereka secara terus dan dapatkan Harga Belian yang lebih rendah, jika Pengedar-Pengedar dari luar Negara bersetuju dengan segala tawaran anda, maka anda cuba membuat Pernjanjian Perniagaan dengan mereka. 


Peluang seperti ini juga boleh anda kembangkan dengan membeli secara Borong dan Banyak dan kemudia anda cuba tawarkan kepada Peniaga-Peniaga lain di Tanah Air dan beri tawaran yang menarik kepada mereka, Jika tawaran anda dapat mengatasi harga jualan Pembekal-Pembekal biasa, maka perniagaan anda secara langsung akan berkembang dari taraf PERUNCIT kepada taraf Peruncit merangkap Pembekal pula. Ini dinamakan sebagai perkembangan perniagaan secara sihat.


Ini adalah kerana didalam Erti PERNIAGAAN anda perlu bersaing dan sesiapa yang BIJAK mengambil PELUANG maka merekalah yang akan berada dihadapan!. jangan terlalu mengongkong perkembangan perniagaan anda dengan sikap-sikap yang merugikan perniagaan seperti terlalu TAAT atau SETIA dengan Pembekal yang memberikan Harga yang MAHAL tanpa anda ketahui.


Mereka boleh terdiri daripada Rakan-Rakan anda sendiri didalam Dunia Persahabatan tetapi didalam Dunia Perniagaan mereka MENGENAKAN anda!
Inilah Istilah yang mengatakan bahawa sesuatu perniagaan itu bermula daripada bawah!...Anda harus BERANI melakukan banyak PENEROKAAN untuk mencari, mencari dan mencari harga-Harga BELIAN yang lebih rendah untuk produk-produk jualan anda.


TETAPI jangan disalah ertikan bahawa dengan mencari dan mendapatkan Harga Belian yang MURAH anda boleh MENAIKKAN HARGA JUALAN semata-mata untuk mendapatkan UNTUNG LEBIH!!!!....Langkah ini akan MEMBUNUH perniagaan anda sendiri dalam masa yang singkat.


Ini akan membawa anda KEMBALI kepada ASAS dan ETIKA BERNIAGA iaitu 
"Memberi Perkhidmatan Kepada Masyarakat Pengguna bagi keperluan Hidup Harian mereka dengan menyediakan segala keperluan Pengguna dengan harga semurah yang mungkin tanpa perlu menjejaskan keuntungan syarikat anda!"

editor

No comments:

Post a Comment