Sunday, February 20, 2011

PSIKOLOGI PERNIAGAAN #8- Post #121

TIPsNIAGA.COM Posting #121


PSIKOLOGI PERNIAGAAN #8


MENGAPA TIPsNIAGA.COM MEMILIH NEGARA MALAYSIA
SEBAGAI SASARAN.......


Sebagai EDITOR TIPsNIAGA.COM saya banyak menumpukan Contoh-Contoh Masaalah Perniagaan dari dalam Negara MALAYSIA berbanding Negara-negara lain seperti INDONESIA, BRUNEI, SINGAPURA, THAILAND, FILIPINA dan negara-negara ASEAN yang lain....


Perkara ini telah di suarakan oleh beberapa PERTANYAAN yang di hantar terus kepada saya sebagai EDITOR TIPsNIAGA.COM. 
Oleh yang demikian, saya merasa ini suatu tanggungjawap untuk menjelaskan perkara yang sebenar.


Dan perkara yang sebenar itu pula bukan sesuatu yang amat menyenangkan hati sesiapa yang membacanya, tetapi kita harus menerimanya dengan hati yang terbuka demi kemajuan dan perniagaan anda.


PERSOALAN MENGAPA MALAYSIA DI PILIH MENJADI MODEL?
Sebelum saya memberitahu sebab yang sebenar, saya mahu anda memerhatikan fakta-fakta berikut :-


POPULASI PENDUDUK (kasar)

  1. INDONESIA     250 Juta
  2. FILIPINA             92 Juta
  3. MALAYSIA         29 Juta
  4. SINGAPURA         5 Juta
  5. BRUNEI               400 Ribu
SEBAB & FAKTA NO.1

SETIAP NEGARA DI BAHAGI KEPADA 3 BAHAGIAN TARAF KEHIDUPAN PENDUDUK dan Setiap TARAF mewakili 1 PERTIGA BAHAGIAN daripada JUMLAH KESELURUHAN

  • 1/3 TARAF BAWAH
  • 1/3 TARAF PERTENGAHAN
  • 1/3 TARAF ATAS

APA yang boleh kita FAHAMI daripada PECAHAN TARAF KEHIDUPAN PENDUDUK tersebut?...
Kita ambil contoh hanya di antara Negara INDONESIA dengan MALAYSIA sebagai perbandingan.
  • Jika 1/3 Jumlah Kasar Taraf Penduduk Negara Indonesia, itu bermakna setiap 1/3 itu akan menjadi 83.33 JUTA Penduduk bagi setiap Bahagian.
  • Dan itu bermakna, 1/3 dari setiap Taraf Kehidupan Penduduk di Negara Indonesia jika di bandingkan dengan JUMLAH PENDUDUK Negara MALAYISA, itu bermakna 1/3 yang bersamaan dengan 83.33 Juta Orang adalah 2.88 KALI GANDA dari Jumlah 29 Juta Penduduk Di Negara MALAYSIA.
  • Dan jika Jumlah  Taraf Kehidupan di Negara MALAYSIA itu di bahagi 3 pula, itu akan menjadi 1/3 bersamaan dengan 9.66 Juta Orang.
  • 9.66 Juta Orang bagi 1/3 Bahagian Taraf Kehidupan di Malaysia adalah 11 kali Lebih Kecil daripada 83.33 Juta orang bagi setiap Bahagian Taraf Kehidupan di Indonesia.
  • Dan secara LOGIKnya, di Negara INDONESIA MEMILIKI 73.67 Juta Orang yang lebih BERJAYA dan KAYA atau lebih MISKIN daripada setiap BAHAGIAN di MALAYSIA.
SEBAB & FAKTA NO.2
  • Negara INDONESIA telah MERDEKA dari Tarikh 17hb August 1945 hingga kini, itu bermakna negara Indonesia telah 66 TAHUN Merdeka.
  • Berbanding dengan Negara MALAYSIA yang mendapat KEMERDEKAAN pada tarikh 31hb August 1957 dan sehingga kini ia telah Merdeka selama 54 Tahun.
  • Ini juga bermakna Negara Indonesia telah mendahului Negara Malaysia selama 12 Tahun dan itu juga bermakna Negara Indonesia telah banyak kehadapan dalam pelbagai bidang selama 12 tahun sehingga hari kemerdekaan Negara Malaysia.
SEBAB & FAKTA NO.3
  • Melalui PENGALAMAN saya BEKERJA dan BERINTERAKSI bersama PARA PENIAGA di dalam BIDANG PERNIAGAAN daripada Negara-Negara Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan dari seluruh Dunia. Saya dapati Mentality, Etika, Kefahaman, kecekapan berfikir, perpaduan dan semangat di dalam bidang perniagaan atau hal-hal yang melibatkan selok-belok perniagaan bagi Usahawan Negara Malaysia MEMILIKI banyak RUANG untuk di perbaiki dari pelbagai SUDUT.
  • TERUTAMA sekali mengenai soal KEFAHAMAN mengenai URUS-TADBIR PERNIAGAAN dan PERHUBUNGAN PERNIAGAAN ANTARABANGSA
  • Kerana itu saya dalam banyak penulisan Artikel saya banyak mengambil contoh atau Case Study Model daripada apa yang sedang berlaku di Negara Malaysia, dengan HARAPAN ia akan dapat di kemas-kini dan di perbaiki dari masa kesemasa.
RUMUSAN
PENJELASAN ini bukan bermakna atau bermaksud mengatakan bahawa Usahawan daripada Negara Malaysia itu Bodoh atau Tidak Pandai untuk berniaga, tetapi ia berlandaskan KEPERLUAN SEMASA yang memerlukan sesuatu DORONGAN untuk USAHAWAN MALAYSIA untuk mempertingkatkan segala PENGETAHUAN di dalam Ilmu-Ilmu Urus-Tadbir Perniagaan yang boleh di sesuaikan dengan segala Etika Berfikir, Perundangan, Kecekapan Urus-Tadbir dapat setanding dengan keadaan di peringkat Antarabangsa.


Secara PERIBADI saya dapat melihat dan merasai keperluan yang sangat mendesak dan sangat di perlukan oleh Golongan Usahawan di Negara Malaysia untuk memberikan Input-Input Ilmu Urus-Tadbir Perniagaan, dimana saya dapati segala maklumat agak terbatas di dalam BAHASA MALAYSIA dan jika wujud ianya telah di EBOOK untuk jualan dan bukan berbentuk percuma.


Kerana sebab-sebab tersebut yang mendorong saya untuk mewujudkan TIPsNIAGA.COM dalam BAHASA MALAYSIA dan memberikan seberapa banyak MAKLUMAT PERNIAGAAN secara PERCUMA.


Sebagai Business Psychologist saya yakin semua Model-Model Kes walaupun menggunakan kes-kes dari Negara Malaysia, tetapi ia maseh relevan untuk di jadikan sebagai panduan di seluruh Dunia. Kerana yang penting sekali ialah Dasar Ilmu yang di ketengahkan.


Penulisan TIPsNIAGA.COM lebih cenderung mengetengahkan penulisan yang berbentuk MEMAHAMI sesuatu HAL di dalam Perniagaan kerana ITULAH yang di UTAMAKAN sekali, tanpa PEMAHAMAN dalam sesuatu HAL mengenai selok-belok Perniagaan, DAYA SAING tidak dapat di wujudkan dan seseorang Usahawan itu akan tertinggal di dalam arus persaingan.


Disini tidak wujud sentimen PERKAUMAN atau PILIH KASEH diantara sesebuah Negara di dalam Penulisan TIPsNIAGA.COM dimana saya sendiri adalah dari Keturunan yang Berbangsa INDONESIA / BELANDA (semak Post #1) di besarkan dan terdidik di Negara Singapura dan Amerika Syarikat tetapi melakukan kerja-kerja di seluruh Dunia sejak 25 Tahun yang lalu.


editor

No comments:

Post a Comment