Tuesday, February 15, 2011

TREND PERNIAGAAN #1 - Post #105

TIPsNIAGA.COM Posting #105


TREND PERNIAGAAN #1
Apakah Itu TREND PERNIAGAAN


DEFINASI
TREND PERNIAGAAN bermaksud KECENDERUNGAN para peniaga untuk menjalankan jenis perniagaan yang sama atau serupa dalam sesuatu masa, apabila lebih daripada seorang peniaga melakukannya, itu di namakan sebagai TREND atau KEMAHUAN atas sebab-sebab yang serupa.
Ia juga boleh di kaitkan dengan sesuatu jenis Produk dan Perkhidmatan yang mendapat perhatian dan permintaan yang tinggi daripada Umum pada masa tersebut.



TREND SETTER - Atau Penentu Trend
Dalam Dunia Perniagaan, setiap Usahawan akan berlumba-lumba untuk mengatasi di antara satu dengan yang lain dan mahu berada di hadapan daripada pesaing masing-masing.


Kebanyakan dari jenis Usahawan ini lebih mengejar untuk menjadi TREND SETTER atau PENENTU TREND untuk mempengaruhi samaada Pengguna / Pelanggan dan juga para Pesaing Perniagaan mereka sendiri.
Menjadi Trend Setter memiliki keistimewaan yang tersendiri dimana setiap siapa yang muncul dahulu akan dapat menguasai pasaran terlebih dahulu, walaupun apa yang mereka keluarkan belum tentu yang terbaik. Dan Trend Setter selalunya melakukan R&D mereka sendiri.


TREND FOLLOWER - Pengikut Trend
Trend Follower adalah golongan Usahawan yang gemar mencontohi apa yang di lakukan dan yang di keluarkan oleh pihak Trend Setter kerana bagi mereka dengan menjadi Trend Follower.


Mereka terlepas daripada RISIKO kegagalan jika sesuatu produk dan perkhidmatan itu tidak di minati ramai. Dan Trend Follower ini tidak suka melakukan R&D kerana ingin menjimatkan kos.


TREND OPPORTUNIST - Pengambil Kesempatan dari Trend
Trend opportunist ialah para Usahawan yang mengambil kesempatan daripada apa yang di keluarkan oleh Trend Setter dengan membuat sesuatu yang lebih baik lagi daripada yang sebelumnya. 
Golongan ini juga melakukan R&D dan sanggup mengeluarkan KOS Tambahan untuk R&D kerana mereka YAKIN akan dapat mengatasi apa yang di keluarkan oleh pihak Trend Setter.


TREND COPYCAT - Peniru / Penciplak Trend
Trend Copycat adalah golongan peniaga yang menghasilkan produk yang sama di kelaurkan oleh pihak Trend Setter tetapi dengan kaedah MENIRU.


Modus Operandi mereka hanya mengambil kesempatan Untung Segera sewaktu produk tersebut sedang hangat di pasaran tanpa mengambil kira risiko-risiko yang akan di hadapi, asalkan mereka cepat dan pantas dalam mengeluarkan produk tiruan.




TREND BLOCKER - Penghalang Trend
Trend Blocker adalah dari golongan Peniaga yang suka merendah-rendahkan sesuatu Produk dan Perkhidmatan yang di keluarkan oleh pihak Trend Setter kerana dengan sesuatu pengeluaran produk terbaru, penjualan produk mereka terjejas teruk penjualannya.


Oleh kerana itu mereka akan berusaha untuk menggagalkan sesuatu promosi penjualan yang di lakukan terhadap apa juga produk-produk baharu dengan mengeluarkan iklan-iklan yang menentang seperti mengeluarkan artikel-artikel yang berbaur hasutan agar pengguna jangan membelinya.


CONTOH....
Inilah yang dialami oleh MPOB - Malaysia Palm Oil Board, apabila cuba memasarkan MINYAK SAWIT daripada MALAYSIA di pasaran Antarabangsa dan usaha tersebut telah di sambut dengan pelbagai Artikel  oleh pihak-pihak tertentu.


Yang mengatakan Minyak Sawit TIDAK BAIK UNTUK KESIHATAN dan MEROSAKKAN HUTAN dan HABITAT TUMBUH-TUMBUHAN DAN UNGGAS serta BINATANG-BINATANG di Alam Semulajadi
Beginilah Modus Operandi oleh Trend Blocker kerana ingin menjaga kepentingan Produk keluaran yang mereka usahakan.


RUMUSAN
Oleh yang demikian, sebagai PENGUSAHA PERNIAGAAN anda perlu BIJAK untuk menentukan PERANAN SYARIKAT ANDA di pasaran UMUM. 


Adakah anda ingin menjadi Trend Setter?...Trend Follower?...Trend Opportunist?....Trend Copycat?....atau ingin menjadi Trend Blocker?......Buat penilaian anda sendiri!




editor

No comments:

Post a Comment