Saturday, February 05, 2011

JENIS PERNIAGAAN #4 - Post #68

TIPsNIAGA.COM Posting #68

JENIS PERNIAGAAN #4
Antara Berniaga Pasar Malam vs Berniaga Kedai Runcit


KELEBIHAN & KELEMAHAN


Jika dibuat perbandingan secara satu persatu diantara Berniaga Pasar Malam dengan Berniaga kedai Runcit, kedua-duanya memiliki Kelebihan dan kelemahannya yang tersendiri.


Yang paling KETARA ialah:


KEDAI RUNCIT

  1. Modal yang Besar
  2. Perlukan Lokasi & Kedai TETAP
  3. Perlu menyimpan STOK Barangan yang banyak
  4. Perlu Pekerja yang ramai
  5. Perlu Pengurusan yang cekap
  6. Kos Tanggungan yang tinggi
  7. Perlu Menunggu Pelanggan antara 10 hingga 24 jam sehari
  8. Margin Keuntungan Antara 5% hingga 45%
  9. Urusniaga harus menggunakan Sistem Teknologi IT - Data Kewangan & Stok
  10. Memerlukan Iklan dan Papantanda
PASAR MALAM (Yang Pelbagai Jenis)

  1. Modal yang sederhana mengikut jenis-jenis produk
  2. Tidak perlu Lokasi & Kedai tetap - Hanya kenderaan Bergerak / Berlainan Tempat
  3. Tidak perlu menyimpan STOK Barangan yang banyak (Ada juga tidak perlu menyimpan Stok)
  4. Perlukan Pekerja yang sedikit
  5. Perlu Pengurusan yang Mudah
  6. Kos Tanggungan yang rendah
  7. Hanya Perlu Menunggu Pelanggan 4 - 5 Jam sehari
  8. Margin Keuntungan Antara 20% - 200% (bergantung pada produk)
  9. Urusniaga secara Manual atau Konvensional
  10. Tidak perlu Iklan atau Papantanda
Walaupun Berniaga berkonsepkan Pasar Malam lebih kelihatan menguntungkan daripada Berniaga berkonsepkan Kedai Runcit, NAMUN pilihan akan bersandarkan kepada MINAT seseorang. Dimana bukan ramai yang mahu berniaga di Pasar-Pasar Malam dan lebih selesa dengan konsep Kedai Runcit yang nampak lebih exclusive.

Tetapi jika dibandingkan pula dengan PULANGAN MODAL, Perniagaan Pasar Malam akan lebih pantas memulangkan MODAL daripada Perniagaan Kedai Runcit, dimana kebiasaannya sesbuah Perniagaan Kedai Runcit memerlukan masa antara 2 hingga 3 Tahun bagi mendapatkan kembali MODAL.
Bagi Perniagaan Pasar malam pula kebiasaannya diantara 6 hingga 18 Bulan untuk mendapatkan kembali MODAL tetapi bergantung kepada jenis-jenis produk yang dipasarkan.

MASAALAH UTAMA
Kedua-dua jenis perniagaan ini juga memiliki MASAALAH yang sama iaitu PENGURUSAN WANG TUNAI. hanya Peniaga-Peniaga yang BERDISIPLIN TINGGI sahaja yang dapat MENGAWAL segala pengaliran WANG TUNAI mereka dengan baik.
KEGAGALAN kedua-dua jenis Peniaga ini untuk bertahan lama didalam bidang masing-masing JUGA terletak kepada PENGURUSAN WANG TUNAI.
Dimana Sistem atau Kaedah BELI & JUAL yang juga menggunakan WANG TUNAI tidak dijaga dengan teliti dan akhirnya Margin Keuntungan merosot dan ia akan menjejas kelicinan pergerakan perniagaan mereka dihari-hari berikutnya.


Lebih-lebih lagi jika diantara Peniaga-Peniaga ini membuat PINJAMAN WANG MODAL daripada Institusi Kewangan ataupun dengan bantuan Agensi Kerajaan. Ini akan menyebabkan TEKANAN terhadap PEMBAYARAN BALIK jika penjualan dan keuntungan merosot.
Kerana itu dalam banyak Posting saya menekankan supaya setiap Peniaga itu FAHAM dan MEMAHAMI jenis-jenis perniagaan yang akan mereka ceburi dengan baik, lebih baik jika pernah bekerja dengan orang lain sebelumnya. Kerana PENGALAMAN anda bekerja adalah Aset yang sangat bernilai untuk menjalankan usahaniaga sendiri.


editor

4 comments:

  1. Salam Dr Soul,
    Jika saya ingin memulakan perniagaan Pasar Pagi/Pasar Tani, adakah konsepnya sama spt Pasar Malam? Jika tidak, bolehkah Dr ulaskan bagaimana caranya utk memulakan perniagaan ini.
    Terima Kasih.

    ReplyDelete
  2. W'Salam,
    Pasar Tani / Pagi dari segi Operasinya adalah sama dengan Konsep PASAL MALAM.
    Hanya BEKALAN bahan-bahan jualan lebih tertumpu kepada Hasil ASAS TANI
    Sebaik cara mendapatkan bekalan, berhubung terus dengan Pemilik Ladang untuk mendapatkan tawaran terbaik dan harga yang lebih rendah berbanding mendapatkan bekalan dari pihak kedua ataupun Orang Tengah.
    Tetapi jika bekalan itu sangat jauh dari kawasan anda berniaga, memungkinkan kaedah membeli terus dari Pemilik Ladang tidak relevan atau Feasible kerana akan menambah Kos pengangkutan.
    Jika ini berlaku adalah lebih baik membeli dari Orang Tengah.
    tetapi, jika anda dapat bersepakat dengan beberapa peniaga yang lain, mungkin kaedah pertama itu baik dan menjimatkan.

    ReplyDelete
  3. smekom,saya nk tnye sikit ...saya telah bukak kedai runcit dekat 1 tahun tp tk bleh nk laku ....first time bkak ok tk lpas dh dekat setahun dh rendah untung..

    ReplyDelete
  4. Pada yang bertanya.
    Banyak FAKTOR boleh di jadikan sebab perniagaan menjadi menurun.
    Untuk KES anda, anda perlu melakukan penelitian & kajian di semua bahagian perniagaan, MESTI ada faktor atau sebab.
    Tetapi lakukan KAJIAN dengan jujur pada diri sendiri, daripada apa yang di dapati..anda perlu membaiki nya.Gunakan Panduan yang wujud di dalam Blog ini bagi mengesan masaalah perniagaan anda.

    Untuk memberikan jawapan yang tepat agak sukar kerana saya tidak tahu sebarang maklumat mengenai perniagaan anda secara terperinci.

    Terima Kaseh kerana bertanya

    Dr Soul

    ReplyDelete