Friday, January 21, 2011

FRANCISE - PERKARA PENTING - Post #17

FRANCHISE - PERKARA PENTING
Perkara penting yang harus diketahui.....


Sebelum anda menandatangani apa-apa surat perjanjian, anda haruslah terlebih dahulu menganalisa Franchise Offering Circular yang selalunya akan diberi lebih awal untuk bakal-bakal Franchisee dengan dokumen bernama Disclosure Document


DISCLOSURE DOCUMENT

  • Semak segala perkara yang tersirat didalam syarat-syarat pembelian Hak Franchise dan dapatkan khidmat nasihat pakar-pakar perundangan jika anda tidak faham mengenai segala terma dan syarat yang di keluarkan.
  • Anda dinasihatkan agar jangan menandatangani sesuatu perjanjian TANPA anda FAHAM dengan jelas isi kandungannya.
  • Perkara-perkara yang terdapat didalam Disclosure Document yang disediakan oleh pihak Franchisor selalunya akan mengandungi perkara-perkara yang berikut:-

LATAR BELAKANG PENGUSAHA

  • Pihak Franchisor akan menerangkan dengan jelas sejarah pengalaman mereka didalam bidan pengusahawan perniagaan Franchise ini dan jangkanmasa yang mereka ambil untuk mencapai tahap terkini.
  • Franchisor yang berjaya akan memiliki pengalaman yang bertahun-tahun serta terlibat langsung dengan pelbagai aktiviti Franchise secara aktif. Ini menggambarkan bahawa pengendali Franchise tersebut sememangnya berpengalaman dan terlatih untuk menguruskan Franchise yang ditawarkan.

REKOD JENAYAH & MUFLIS

  • Setiap pengusaha dan pegawai yang memajukan syarikat Franchise haruslah BEBAS dari rekod jenayah dan jenayah perniagaan serta bebas Muflis.
  • Ini amat perlu untuk memberi keyakinan bahawa perniagaan mereka akan selamat dan tidak berisiko tinggi untuk mengalami keruntuhan dari tindakkan pegwai-pegawai yang memiliki rekod jenyah.
  • Pihak Franchisor akan mendedahkan perkara ini didalam Disclosure Document syarikat mereka.

Dalam hal ini, anda wajib meneliiti dan bertanya kepada pihak Franchisor segala persoalan dan mereka harus menjawap persoalan anda bagi memberikan penjelasan yang sewajarnya.
Seterusnya anda harus pula meneliti perkara-perkara yang berikut.


Ikuti selanjutnya


editor

No comments:

Post a Comment