Friday, January 21, 2011

FRANCHISE - CHECK LIST - Post #19

FRANCHISE CHECK LIST
Yang harus anda buat penilaian.......


Ada 13 Perkara yang perlu anda buat penilaian

  1. Sudah berapa lama syarikat Franchisor telah beroperasi?
  2. Dimana-mana Franchisee mereka beroperasi?
  3. Berapakah pelaburan keseluruhan mereka?
  4. Adakah terdapat kos-kos yang tersembunyi?
  5. Berapa lama untuk mendaptkan kembali kos oeprasi dan meraih pendapatan stabil?
  6. Adakah Franchisee mereka berpuas hati dengan segala kos, mutu perkhidmatan seerta barangan yang dibekalkan?
  7. Apakah latar belakang Franchisee yang lain sebelum menceburi bidang ini?
  8. Adakah Franchisor menyediakan latihan yang secukupnya?
  9. Apakah bantuan-bantuan lanjutan yang disediakan oleh Franchisor?
  10. Adakah Franchisee mereka berpuashati dengan program pengiklanan Franchisor?
  11. Adakah Franchisor memenuhi segala perjanjian yang dimeterai?
  12. Adakah Franchisee yang lain membuka cawangan?
  13. Adakah Franchisee yang ada menggalakkan orang lain menyerstai mereka dengan syarikat yang sama?
Perkara-perkara diatas boleh membantu anda untuk membuat keputusan untuk menandatangani sesuatu perjanjian Franchisee dengan mana-mana Franchisor.

Jangan terburu-buru didalam membuat sesuatu keputusan kerana wang anda sangat-sangat berharga, lebih-lebih lagi jika wang tersebut didapati melalui pinjaman Bank dan sebagainya.

editor

No comments:

Post a Comment