Sunday, January 23, 2011

BOS / CEO GAGAL - Bhgn 1 - Post #29

BOS atau CEO GAGAL
Apakah faktor-faktor penyebabnya...


Ramai Usahawan beriya-iya menubuhkan perniagaan samaada yang berskala kecil ataupun yang berskala besar, mereka sanggup berhempas pulas untuk memastikan pelan penubuhan perniagaan mereka itu dapat direalisasikan dengan segera.
Mereka sanggup berhabis wang dan masa untuk memastikan "Working Paper" mereka serba cantik dan tanpak professional bagi tujuan mendapatkan DANA melalui pelbagai Institusi Kewangan dan Pinjaman.
50-60% daripada mereka akan berjaya dan impian mereka untuk berniaga atau memiliki perniagaan sendiri berhasil. Tetapi bukan semua diantara mereka ini berjaya mmembangunkan perniagaan mereka itu seperti yang dilakarkan didalam Working Paper mereka. 
Persoalannya sekarang ialah kenapa dan bagaimana ianya boleh berlaku?


Merujuk kepada kes-kes yang pernah saya ambil sebagai Business Consultant, kebanyakkan KEGAGALAN usahawan tersebut berpunca daripada KETIDAK-UPAYAAN mereka untuk mengendalikan segala hal-hal pentadbiran perniagaan mereka, terutama sekali didalam pentadbiran dan pengurusan KEWANGAN..!!!
Dengan MODAL yang terbatas dan tidak memiliki Wang Keselamatan yang mencukupi, selalunya mereka terjerat dengan masaalah-masaalah kewangan yang TIDAK DIJANGKA atau MENYALAH-GUNAKAN wang atau berbelanja kepada perkara-perkara yang BELUM PERLU.


Semua ini kebanyakkan berlaku kepada Usahawan-Usahawan yang baru menceburi bidang keusahawanan dan amat kurang berlaku kepada usahawan yang telah mantap dan berpengalaman.
Sebagai Usahawan yang memiliki sesuatu jenis perniagaan samaada ianya besar atau kecil, anda adalah BOS atau PENERAJU syarikat perniagaan anda, segala urusan pentadbiran, pengurusan, penyeliaan dan penjagaan urusniaga perniagaan anda TERLETAK di tangan anda. Jadi..jika perniagaan tersebut GAGAL, maka andalah yang menjadi penyebabnya kenapa ia gagal, bukan kerana faktor-faktor lain.


Ramai usahawan-usahawan yang telah gagal apabila ditanya, mereka banyak memberi pelbagai alasan dan akan menyalahkan pelbagai perkara yang menyebabkan mereka itu gagal. Jarang sekali yang berani mengaku bahawa kegagalan mereka itu adalah kerana diri mereka sendiri.
Anda juga yang marah dan menunjukkan sikap tidak suka apabila ditonjolkan kesilan-kesilapan yang mereka lakukan dengan alasan bahawa mereka TERPAKSA berbuat demikian kerana desakkan orang-orang tertentu.
Jika seorang BOS / CEO bagi sesebuah Organisasi mudah dipengaruhi oleh orang-orang yang tidak ada kena mengena dengan perniagaan mereka dan dengan mudah menuruti tanpa MERUJUK kepada TANGGUNGJAWAP mereka keatas syarikat yang diterajui, maka usahawan-usahawan seperti ini maseh belum layak untuk berkari dan berniaga sendiri, apatah lagi untuk dipanggil BOS!


Ini adalah kerana, didalam ETIKA PENTADBIRAN sesebuah Syarikat, seorang BOS atau CEO yang juga pemilik perniagaan HARUS BERPEGANG kepada DISIPLIN-DISIPLIN Pentadbiran dan Pengurusan Syarikat, seperti Etika pekerjaan seorang Doktor, Peguam dan Akitek.
Dimana setiap RESOLUSI Syarikat HARUS DIPATUHI walaupun hanya anda seorang Ahli Lembaga Pengarahnya!


Jika sebagai seorang BOS atau CEO Syarikat anda sendiiri, anda MENGAMALKAN sikap "Use First" atau "Pakai Dulu" wang syarikat anda sendiri untuk digunakan untuk keprluan peribadi dan keluarga anda yang tidak tertakluk didalam BUDGET Syarikat, maka segala Sistem Kewangan syarikat anda akan RUNTUH!


Sebab-sebab dan Faktor-Faktor yang mendorong seseorang BOS atau CEO itu GAGAL mentadbir perniagaan mereka sendiri akan dikupas dan dirungkai melalui post-post selanjut, dimana saya menganggarkan TOPIK ini akan berlarutan untuk beberapa SIRI Penerangan.


Oleh itu...Jangan lupa Ikutilah post-post selanjutnya.....


editor

1 comment: