Friday, January 21, 2011

10 PERKARA TIDAK BENAR MENGENAI SISTEM MLM - Post #14

 TIPsNIAGA.com - Post # 14


10 PERKARA TIDAK BENAR MENGENAI SISTEM MLM
Seperti yang dikatakan oleh  pihak MLM


Ada wujud 10 Perkara Utama yang sering dilaungkan oleh para Perancang Perniagaan yang menggunakan Sistem MLM sebagai strategi ampuh mendapatkan atau untuk menarik keahlian baru kedalam syarikat-syarikat mereka. Ikuti selanjutnya....


TIPU #1
MLM menawarkan peluang yang lebih baik daripada semua sistem Konvensional yang lain dan bersifat professional dalam menjana pendapatan yang besar


SEBENARNYA:-
Pada kebanyakan yang melabur sebagai Ahli-Ahli MLM akan mengalami kerugian secara berterusan dan hanya kurang dari 1% yang benar-benar berjaya meraih keuntungan dalam jangkamasa panjang.
Ini disebabkan oleh Faktor untuk berjaya adalah 1% dan jika 1,000 orang ahli diperlukan untuk seorang UPLINE untuk benar-benar berjaya mendapat puluhan ribu pendapatan sebulan, maka orang-orang dibawah setiap UPLINE yang berjaya ini memerlukan 1JUTA orang ahli pula untuk berjaya. Ini adalah perkiraan yang amat mudah bagi mengukur kejayaan yang harus diraih melalui Sistem MLM ini.
Dan pendapatan sebagai Upline haruslah datang dari pengambilan Downline yang berterusan dan mantap sepanjang masa.


TIPU #2
Mereka katakan bahawa Sistem MLM adalah suatu sistem yang sangat berkesan dan disukai ramai dimana ramai pelanggan pada zaman ini menyukai jualan yang secara peribadi dan bukan seperti dikedai-kedai


SEBENARNYA:-
Yang sebenar ialah sistem jualan MLM bukan sistem jualan yang baru tetapi sistem masa lalu yang tidak relevan dimasa sekarang, dimana melalui sistem jualan MLM setiap pembeli tidak memiliki pilihan yang luas serta terbatas dan akan terpaksa membayar harga yang tinggi terhadap sesuatu barangan kerana unsur-unsur pembayaran komisen terhadap ahli-ahlinya.
Kenyataan yang paling nyata ialah, melalui Jualan Sistem MLM setiap syarikat akan bergantung kepada pengambilan AHLI-AHLI BARU dan mereka inilah PEMBELI PERTAMA dan yang SEBENAR.


TIPU #3
Mereka menekan bahawa semua penjualan melalui kedai-kedai dan penjualan melalui katalog adalah strategi lama dan sudah lapuk di zaman


SEBENARNYA:-
Didalam dunia hari ini hanya lebih kurang 1% sahaja seluruh barangan yang di jual di seluruh dunia menggunakan kaedah atau sistem MLM.
Orang-orang yang melabur didalam sistem MLM ini hanya mahu mengambil peluang "TERATAS" sahaja bagi mendapatkan keuntungan segera dan apabila mereka berjaya mendapat pulangan dan sedikit keuntungan, mereka akan meninggalkan anda.


Opportunist seperti yang wujud didalam MLM akan memberikan kata-kata dan janji-janji manis yang berlebihan tanpa berpaksikan fakta perniagaan yang sebenar bagi mempengaruhi orang ramai untuk menjadi ahli, dimana niat atau tujuan mereka ialah hanya untuk melengkapkan hasil jualan harian mereka dan mendapat imbuhan.
Yang nyata, ramai yang kerugian daripada meraih keuntungan.


TIPU #4
MLM menjanjikan perubahan hidup dan kekayaan kepada sesiapa yang berani menceburinya


SEBENARNYA:-
Sebenarnya ini bukan ISTILAH yang terdapat didalam mana-mana sistem perniagaan didunia ini, ia hanya dicipta oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan peribadi untuk mendapat keuntungan yang segera daripada orang-orang yang jahil ilmu perniagaan.
Tidak ada satu skim perniagaan didalam dunia hari ini yang dapat menjanjikan kejayaan dan kekayaan dalam masa yang singkat tanpa perlu menindas, menipu dan memperbodohkan orang lain.






TIPU #5
Perniagaan MLM adalah berbentuk Spiritual dan kehendak Agama masing-masing


SEBENARNYA:-
Tiada kaitan ilmu pemasaran perniagaan dengan mana-mana unsur-unsur keagamaan dimana-mana juga didalam dunia ini, kaitan itu jika ada pun diwujudkan oleh orang-orang yang mahu mengambil kesempatan kejahilan orang-orang yang "kuat Agama" agar tampil menyertai mereka. Kerana mereka melihat setiap orang adalah POTENSI sebagai ahli baru mereka.
Ini sebenarnya bukan strategi PEMASARAN PERNIAGAAN sebenar tetapi strategi PENIPUAN JENAYAH terhadap orang-orang yang kurang arif mengenai perniagaan.


TIPU #6
Mereka menekankan bahawa untuk berjaya melaui MLM amat mudah kerana Saudara Mara dan Sahabat handai anda adalah orang-orang yang akan membantu anda untuk berjaya


SEBENARNYA:-
Sebenarnya melibatkan ahli keluarga dan sahabat handai kekancah perniagaan MLM yang anda ceburi bukan membawa kesan kebaikan malah ia akan membawa banyak bencana didalam keharmonian kekeluargaan dan persahabatan.
Anda sebenarnya memaksa mereka dengan IKATAN kekeluargaan atau persahabatan untuk membeli daripada anda. Untuk jangkamasa panjang sistem kekeluargaan dan persahabatan anda akan rosak



TIPU #7
Mereka menekankan bahawa bekerja dalam sistem MLM anda adalah bebas bekerja diwaktu anda sendiri dan bebas untuk bekerja dimana-mana yang anda suka


SEBENARNYA:-
Melalui sistem MLM anda perlu bekerja "LEBIH KERAS" untuk mendapatkan dan meyakinkan bakal-bakal ahli baru untuk menyertai anda, banyak masa yang perlu anda peruntukkan untuk menemui dan meyakinkan mereka termasuk wang saku anda sendiri.
Anda terpaksa bekerja tanpa mengira waktu dan tempat kerana terpaksa mengikut masa yang ditetapkan oleh bakal pelanggan anda


TIPU #8
MLM menawarkan perniagaan yang positif dan syarikat yang supportif dengan kebebasan untuk berdikari


SEBENARNYA:-
Sebenarnya melalui MLM, anda akan hidup dalam KETAKUTAN atas desakan untuk meraih pendapatan yang sukar dijangka, setiap hari anda terpaksa berfikir siapakah "mangsa" anda seterusnya dan dimana dan bagaimana anda harus mencari mereka
Lebih-lebih lagi jika anda sendiri kekeringan wang pusingan!. Anda anda jadi lebih tertekan dari bebanan kewangan yang memuncak




TIPU #9
MLM adalah suatu pekerjaan yang TERBAIK untuk anda untuk menjana ekonomi


SEBENARNYA:-
Sebenarnya anda hidup dalam ILUSI kononnya "Memiliki" perniagaan sendiri bila mendaftar dengan syarikat-syarikat MLM.
Tanpa anda sedar anda sebenarnya tertakluk dengan pelbagai polisi syarikat yang mahu anda menghasilkan jualan dalam masa yang ditetapkan dan tugas penting anda ialah mencari downline baru setiap hari. Jika anda gagal maka keahlian anda akan dibatalkan dan Downline anda akan diambil oleh Upline-Upline anda secara otomatik
Ini adalah kerana dalam siistem MLM anda bukan seorang USAHAWAN


TIPU #10
Meraka tegaskan MLM BUKAN sistem PIRAMID


SEBENARNYA:-
Dalam Undang-Undang mana-mana Negara, penjualan produk kepada ahli-ahli syarikat tidak bercanggah dengan undang-undang, tetapi HAKIKATnya disini penjualan yang tertutup pada sesama ahli itu adalah SKIM PIRAMID yang sebenar.
Syarikat-syarikat MLM yang sediaada tidak dihadapkan keMahkamah kerana mereka TIDAK MENJUAL kepada UMUM, jika mereka menjual kepada UMUM maka syarikat mereka telah melanggar undang-undang kerana mengamalkan sistem jualan piramid.
Sistem Hirarki yang digunapakai oleh MLM adalah kaedah sebenar Sistem PIRAMID.....


editor


Nota:-
Posting yang berkaitan, Sila klik Link ini-


http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/01/ecosway-bukan-perniagaan-franchise.html
http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/02/trend-perniagaan-5-post-108.html?utm_source=BP_recent
http://tipsniagacom.blogspot.com/2011/02/psikologi-perniagaan-5-post-118.html?utm_source=BP_recent

No comments:

Post a Comment