Thursday, January 27, 2011

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #1 - Post #45

TIPsNIAGA.COM Posting #45

RAHSIA-RAHSIA PERNIAGAAN #1



Terletak pada perkara-perkara berikut.....


Untuk berjaya menjalankan sesuatu jenis perniagaan, ia bergantung rapat dengan perkara SIAPA YANG ANDA LANTIK MENGURUSKANNYA, meraka adalah golongan PENGURUS.


DISEBALIK SEORANG PENGURUS
Seorang Pengurus yang berkesan tidak semestinya harus berkelulusan tinggi tetapi mereka harus dapat menjaga orang-orang bawahan dengan baik serta dapat mengarahkan apa yang mererka harus lakukan.
memiliki IQ dan kelulusan yang tinggi belum menjamin seseorang itu menjadi seorang Pengurus yang baik serta sangat berkesan.


Melantik seseorang Pengurus yang sangat menghargai tugasan dan jawatan mereka akan memudahkan seseorang Pemilik Perniagaan dan anda akan dapati anda akan memiliki banyak masa terluang, tetapi jika anda memiliki seorang Pengurus yang tidak cekap, anda akan dapati diri anda akan sentiasa sibuk sepanjang hari tanpa mendapat masa untuk berehat!


Melantik Pengurus juga harus selaras dengan minat dan kepakaran mereka, jangan melantik seorang Pengurus   Pembinaan untuk jawatan Pengurus Pemasaran kerana mereka tidak akan berjaya melakukannya dengan baik begitu juga sebaliknya.


Begitu juga halnya untuk Pengurus-Pengurus Perniagaan, sebaik mungkin ambil orang-orang yang telah memiliki pengalaman yang sama didalam bidang tersebut kerana mereka telah memiliki pengalaman didalam bidang yang sama dan selok belok pengurusan perniagaan telah mereka ketahui.
Jika anda tersalah pilih melantik seorang Pengurus bagi meguruskan perniagaan anda, berkemungkinan perniagaan anda runtuh tidaklah mustahil.


Begitu juga halnya dalam mengambil tenaga kerja untuk jawatan-jawatan yang lain, anda perlu memastikan sesorang itu SESUAI dengan jawatan yang disandang.
Dan anda perlu cekap bertindak apabila seseorang itu kurang menyerlah didalam menjalankan tugas dan tanggungjawap yang diberikan. Jika syarikat anda bersais kecil dan sederhana, anda tidak perlu untuk menunggu lama untuk menukarkan orang-orang yang tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana sais syarikat anda tidak mengizinkan untuk sesi belajar semula.


Kerana itu jika diamati syarikat-syarikat kecil atau besar yang berjaya, bukan terletak pada produk dan perkhidmatan mereka semata tetapi ianya terletak pada faktor siapa yang menguruskannya!


Pengurus yang berkesan dan boleh dianggap berjaya ialah mereka-mereka yang dapat merealisasikan MATLAMAT atau HALATUJU Syarikat yang telah dilakarkan lebih awal. Itu bermakna mereka-mereka itu telah MEMAHAMI dan MENYEDARI tugas-tugas dan tanggungjawap mereka sepenuhnya.


Pengurus yang kurang berdedikasi pula akan sering menimbulkan pelbagai masaalah dalaman dan luaran sehingga mengganggu kelancaran perniagaan syarikat.


Jadi berhati-hati membuat pilihan


editor

No comments:

Post a Comment